Kredit foto: BH Online

Biarpun pemandu Myvi yang menyebabkan kematian Seorang anggota tentera mendapat kecaman hebat daripada kesalahannya, namun hari ini dengan berani dia tampil memohon maaf ketika prosiding mahkamah.

Menurutnya, “Saya menyesal dan memohon ampun dari Keluarga mangsa.” Sudah tentu sebagai manusia  biasa  yang tidak sempurna sudah tentu juga mempunyai perasaan menyesal dan rasa bersalah.

Pemandu Myvi Menyesal dan Memohon Ampun

“Saya mohon maaf dan keampunan daripada keluarga mangsa” kata Nur Fatin Nasrah Suhaimi, 23.

Nur Fatin, pemandu Perodua Myvi yang menyebabkan kematian seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sabtu lalu, menyatakan demikian dengan linangan air mata ketika membuat rayuan dalam prosiding di Mahkamah Majistret, di sini, pagi tadi.

“Saya mengaku salah dan sangat menyesal atas perbuatan saya. Saya memohon maaf dan ampun dari keluarga mangsa kerana menyebabkan kejadian ini,” katanya.

Baca Juga Di sini:

IKLAN

Mengaku Bersalah Setiap Pertuduhan, Pemandu Myvi Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8,000!

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Membuat Rayuan, Memandu Bawah Pengaruh Dadah

Nur Fatin membuat rayuan berkenaan ketika prosiding tuduhan dia memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31.

IKLAN

Bapa mentua Allahyarham Mohd Rizal yang yang duduk di galeri awam dilihat menggeleng-gelengkan kepalanya dan menyatakan dia tidak akan memaafkan Nur Fatin ketika wanita berkenaan mengemukakan rayuannya.

Ibu Nur Fatin yang turut hadir bersama abang dan kakaknya, turut mengalirkan air mata sambil mengurut dada dan menyebut ‘Allahuakbar’ ketika mendengar rayuan anaknya itu.

Pemandu Myvi Dikecam Netizen

Terdahulu, Nur Fatin yang memakai jaket hitam tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru, kira-kira jam 8.40 pagi dengan berkerusi roda.

IKLAN

Sabtu lalu, polis menahan Nur Fatin selepas dia terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, di sini, hingga menyebabkan Mohd Rizal maut.

Video kemalangan maut berkenaan tular di media sosial menyebabkan pemandu wanita terbabit dikecam netizen selain kes berkenaan menjadi tumpuan awam.

MW: Semoga apa yang Berlaku ini menjadi iktibar buat kita semua, kehilangan insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharap keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini. 

Sumber: BH Online

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI