“Saya Menganggap Pembantu Rumah Pekerjaan Yang Mulia..” Siti Sarah Kesal Dipermainkan Followers

Share

Pembantu rumah adalah pekerjaan yang mulia.Bukan untuk direndah-rendahkan statusnya.Lebih-lebih tugasnya adalah memudahkan urusan mak-mak yang sibuk dalam menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Apatah lagi, zaman sekarang cukup sukar untuk mendapat pembantu rumah yang boleh dipercayai dan cekap dalam menguruskan kerja-kerja rumah.

Semalam, penyanyi Siti Sarah Raisuddin ada memuat naik satu status di Instagram miliknya sedang mencari pembantu rumah warga Filipina muslim dengan secepat mungkin. Penyanyi lagu ‘Semakin’ ini meminta bantuan daripada para pengikutnya yang mengetahui mana-mana agen pembantu rumah tersebut agar menulis di ruangan komen status terbabit.

Rata-rata ramai pengikut Siti Sarah meninggalkan komen pada status tersebut tetapi bukan niat untuk membantu penyanyi ini. Sebaliknya ramai yang mempermainkan isteri kepada pelawak Shuib ini dengan mention nama rakan masing-masing diruangan komen dengan niat bergurau.

Perkongsian status tersebut juga turut mendapat perhatian daripada sebahagian pengikutnya serta meminta ia tidak dijadikan bahan gurauan.

Antaranya:

aida__rosidi @sitisarahraissuddin tu mintak tolong nak guna pembantu rumah secepat mungkin..jangan lah nak main-main.. Makin pelik tengok perangai rakyat Malaysia ni..tak kira perempuan atau lelaki same je..semua benda nak di buat gurau..Jangan cakap saya tak boleh bergurau..bagi saya tak semua benda boleh di buat gurau.

mrsirsyad Kadang-kadang natizen ni cakap macam kurang cerdik. Gurau tak kena tempat.Kita buat orang sekarang, one day nak mintak tolong, orang buat balik.Time tu baru tau apa yang dirasanya.

hudahusnaaaaa Orang serious dia main-main pulak..netizens sis @sitisarahraissuddin mintak tolong tu.Bantu laa..mana-mana yang tahu adaaa maid Filipina muslim tu…adehh main2 plak ye…

me_dealova Rakyat Malaysia memang akhlak kurang, bercakap pun tak sopan. Tengah serius ramai yang main-main nak buat lawak. Bodoh dah tahap manaa.Kalau tak dapat tolong diamm tak susah. Jangan di pandang murah sangat!! Kesiann pulak.

Luah Rasa Kesal

Rasa kesal dipermainkan oleh para pengikutnya ketika meminta pertolongan tersebut, Siti Sarah meluahkan rasa kesal di posting terbaru Instagramnya.Penyanyi kecil molek ini menegur tindakan pengikutnya yang menganggap pembantu rumah kerja yang hina dan berstatus rendah.Sebaliknya penyanyi ini memberitahu, baginya pembantu rumah adalah pekerjaan yang mulia kerana membantu dirinya dan membesarkan anak-anaknya dikala sibuk bekerja.

Mingguan Wanita bersetuju sangat dengan apa yang diluahkan dan teguran Siti Sarah buat para pengikutnya. Ada perkara yang boleh dibuat gurauan dan ada perkara yang perlu diambil serius. Pembantu rumah adalah tugas yang mulia, siapalah kita untuk merendah-rendahkan status dan pekerjaan ini.

Sumber: Siti Sarah

Published by
Suhaidah Abd Wahab