Satu demi satu ujian hebat penyanyi Nora Ariffin hadapi. Apabila diperkatakan netizen tentang video tular mirip anak perempuannya yang bercium dengan seorang remaja lelaki. Menjawab persoalan itu, Nora mengakui sememangnya itu adalah anak perempuannya, Putri Nor Dahlia.
“Allahuakbar.
Dengan penuh rasa terkilan.
I admit, it is her.”
Sebagai ibu, Nora sudah berusaha melakukan yang terbaik untuk mendidik, membimbing dan mendidik anak perempuannya itu. Malah memberi apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.
Namun, sebagai manusia akuinya, dia tetap tak dapat lari dari melakukan kesilapan.
“Dia masih muda.. dan ada banyak ruang untuknya memperbaiki dan belajar daripada kehidupan. Sebagai ibu, saya juga banyak kelemahan.”
Doa Nora agar anaknya itu dapat belajar dari kesilapannya dan menjadi manusia yang lebih baik pada masa hadapan.
“I pray that she learn her lessons, be a better person and move on.
In Shaa Allah.”
“Kepada semua, berikan kami ruang dan ketenangan buat masa ini. Sama-sama doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing.”
Ujian Demi Ujian..
Sebelum ini, pelantun suara Di Persimpangan Dilema ini diuji kehilangan ibu mertuanya, Nora Abdullah yang meninggal pada pagi Rabu. Dan umum sedia maklum, biarpun arwah suami, Johan Nawawi sudah lama meninggal dunia malah anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan meninggal dunia secara mengejut sekitar Disember lalu, tetap tidak mudah untuk Nora melalui getir episod kehilangan insan tersayang.
Dalam pada berdepan ujian hebat seorang ibu ini, Nora tetap menerima kata-kata semangat dan doa yang baik-baik daripada followernya agar dia terus kuat.
Sementara Putri, menerusi akaun Twitter miliknya menjelaskan situasi sebenar dan mengakui dirinya dipaksa.
“Saya dipaksa. Dalam video itu pun boleh nampak saya ke belakang dan cuba mengelak. Selepas ia berlaku saya duduk diam kerana saya malu dan tak tahu nak buat apa. Saya tak sanggup nak tumbuk dia, tapi saya marah dia selepas video itu dan kami sudah putus,” jelasnya menerusi akaun Twitter @itzputridahlia.
Sumber/Foto : Nora Ariffin, Harian Metro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mula Mengaji Pada Usia 3 Tahun, Rahsia Adik Zinnirah Khatam Hafazan 30 Juzuk Di Usia 10 Tahun
Mula mengaji pada usia 3 tahun, rahsia adik Zinnirah khatam hafazan 30 juzuk pada usia 10 tahun. Usianya masih muda, baru 12 tahun. Namun ada sesuatu yang istimewa pada pelajar darjah 6 ini.
Ini kerana pada usianya 10 tahun 11 bulan, adik Zinnirah Abu Dzar sudah pun menghafal 30 juzuk Al-Quran. Perkongsian menarik mengenai diri adik Zinniriah dikongsikan di fb Jabatan Agama Islam Malaysia (JAWI) sempena Pertandingan Tilawah dan Hafazan Peringkat Wilya Persekutuan yang diadakan baru ini.
Mula Mengaji Pada Usia 3 Tahun
Sebagai peserta hafazan yang agak muda, berusia 12 tahun, adik Zinnirah murid darjah 6 Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin, sudah mula menghafaz Al-Quran pada usia 3 tahun secara talaqqi bersama ibu dan ayahnya.
Rahsia Adik Zinnirah Khatam Hafazan 30 Juzuk Di Usia 10 Tahun
Dan, Masya-Allah, adik Zinnirah sudah khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada usia 10 tahun 11 bulan.
Ini kali pertama dia menyertai Majlis Hafazan Peringkat Negeri. Kami tanya apa rahsia mengekalkan hafazan? Katanya rutin menghafaz setengah muka Al-Quran setiap hari di rumah.
Dalam pada itu, bapanya, Abu Dzar yang juga mudir di Tahfiz Darul Haafizhiin Al-Furqan sempat menitipkan nasihat buat ibu bapa.
Katanya, “anak-anak sangat mudah menghafaz sebab akalnya masih suci bersih. Kalau kita tak galakkan anak-anak menghafaz Al-Quran, mungkin mereka akan hafal perkara lain yang kurang baik. Lebih-lebih lagi dengan persekitaran mencabar hari ini. Jadi tanamkan Al-Quran dalam jiwa anak sedari kecil, insya Allah mereka lebih mudah menghafalnya, katanya yang menitipkan sedikit pesanan buat semua.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Hukum Membahagikan Bacaan Juzuk Al-Quran Secara Berkumpulan, Adakah Kita Dikira Khatam Quran?
Lelaki Kongsi Pengalaman Hati Gementar Jumpa Ulama Sohor Pak Su Mid
Ini Doa Diajarkan Rasulullah Agar Kita Mudah Hafal Al-Quran, Baca Tak Merangkak-Rangkak
Fouziah Gous Kongsi Tip Dua Kali Khatam Al-Quran Sepanjang Ramadan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Betullah tu kata Shah Iskandar isteri bukan orang gaji. Para suami kenalah bantu isteri buat kerja rumah tau!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak-Mak Yang Rancang Nak Ubahsuai Dapur, Boleh Cedok Konsep American Classic Milik Wanita Ini
Jika mak-mak ada perancangan nak ubahsuai dapur tu, bolehlah cedok idea dapur berkonsep American Classic milik wanita ini sebagai rujukan dan sumber inspirasi.Memang cantik, menawan dan praktikal ruang dapurnya. Menurut wanita ini rujukan majalah dekorasi kediaman dan hiasan dalaman dari dalam dan luar negara, sering menjadi inspirasinya dalam merencana ruang dapur. Namun, hasil perbincangan bersama pereka, rekaan dapur berkonsep American Classic menjadi impian pemilik pasangan Ahmad Rizal dan Norzaini Rose ini.
Kemasan Kayu Nyatoh Jadi Pilihan
Pemilihan kemasan pintu kabinet memainkan peranan utama dalam menyerlahkan sesuatu konsep dan rekaan kabinet. Keteguhan kemasan kayu menyuntik nilai estetika, memberi elemen malar segar, semula jadi dan bergaya pada ruang dapur. Atas faktor-faktor ini pemilik setia dengan kemasan kayu berbanding kemasan moden seperti 3g, aluminium, melamine dan sebagainya.
“Saya sememangnya gemarkan kemasan kayu kerana ia kena dengan jiwa kami. Konsep ini tampak lebih ringkas berbanding gaya English Classic yang penuh dengan perincian dan detail. Manakala penggunaan solid wood pula menyerlahkan lagi keanggunan kabinet because its timeless beauty, grace and evergreen,”jelas wanita ini membuka bicara.
Peranan Kewujudan Bench Seat
Merealisasikan kaunter pulau dan kaunter semenanjung pada kawasan yang sama memerlukan ruang yang luas, peletakan yang efisien dan tepat agar ruang dapur tidak kelihatan sempit. Pemilik mahukan kedua-dua kaunter ini untuk melakukan kerja di dapur ketika berkumpul bersama keluarga besar. Penambahan tempat duduk juga diperlukan bagi memenuhi keperluan ini.
Pereka merealisasikan impian pemilik menjadikan penyusunan kaunter ini diatur sempurna. Olahan ruang yang terhad dengan meletakkan penambahan bench pada kaunter pulau bukan sahaja sekadar menyediakan tempat duduk tambahan malahan pelengkap gaya di ruang dapur. Menariknya, pada bahagian bawah bench seats juga dilengkapi dengan ruang storan tambahan, ini secara tidak langsung mewujudkan lebih banyak ruang penyimpanan.
“Saya memiliki adik-beradik yang ramai, oleh itu kami memerlukan ruang kerja di kaunter dan tempat duduk tambahan ketika kami berkumpul di dapur. Idea daripada Reno Concept agar mewujudkan bench, mampu menempatkan tempat duduk tambahan untuk dijadikan sitting area ketika berada di kaunter pulau ini. Bukan itu sahaja, bahagian bawah bench ini juga turut dilengkapi kabinet bagi menyimpan pelbagai barangan,”ujar Rose sambil tersenyum.
Penekanan Dapur Ergonomik
Perkara lain yang turut diberi perhatian di dapur ini ialah aspek ergonomik di dapur. Memandangkan pemilik bertubuh kecil molek, paras ketinggian ruang kaunter top pada kabinet dapur dibina sedikit rendah iaitu 3kaki 2 inci berbanding saiz standard bagi kaunter top. Ia dibuat khas bagi memberi lebih keselesaan pada pemilik ketika melakukan kerja-kerja di dapur.
Begitu juga dengan ketinggian kabinet yang tidak dibina secara berketinggian penuh atau full height cabinet. Ia bagi memudahkan carian dan capaian barang tanpa perlu memanjat tinggi. Penyusunan kabinet, peletakan perkakas dan barangan juga diatur sempurna bagi mendapatkan segi tiga kerja yang ergonomik dengan aliran kerja semulajadi dan mudah dicapai.
“Saya mementingkan ciri ergonomik di dapur. Seperti paras ketinggian kaunter top mengikut keselesaan saya ketika melakukan kerja di dapur. Begitu juga penekanan zon kerja segi tiga dapur atau Kitchen Work Triangle, pendekatan ini dapat membantu kita untuk membentuk dapur yang cekap dan mudah guna,”jelas Rose.
Selain itu, pemilihan aksesori dapur juga sentiasa dititikberatkan agar kerja dapur berjalan dengan mudah dan praktikal. Rekaan dapur yang efisien ini dilengkapi dengan sistem soft close pada kesemua laci, selain dish rack, bottle rack, cutlery tray ,pull out baskets, dan drawers bagi menambah lagi kesempurnaan pada binaan kabinet ini.
Dapur Basah Keluasan Terhad
Menjengah ke dapur basah pemilik, rona lemon chiffon melatari kemasan utama pada kabinet dapur. Rona dan aura semula jadi kayu yang dijelmakan, secara tidak langsung membangkitkan rasa damai dan tenang yang menambah pesona ruang dapur. Memiliki saiz keluarga yang kecil, menjadikan pemilik lebih menekankan fungsi dan peranan sesuatu ruang yang digunakan. Meskipun ruang dapur basah ini hanya berkeluasan 50 kaki persegi, namun bagi pemilik ia praktikal untuk kegunaan harian, tanpa perlu ditambah keluasan ruang dapur.
“ Meskipun keluasan bagi dapur basah ini agak terhad, namun ia memadai untuk kegunaan harian bagi kami sekeluarga, apatah lagi kami memiliki saiz keluarga yang kecil. Namun begitu, jika ingin mengadakan kenduri mahupun saudara mara datang berkunjung dan memerlukan ruang memasak yang luas, kawasan Bbq pit di luar rumah boleh digunakan,” tambah Rizal.
Perkara yang turut mencuri tumpuan ialah kepelbagaian pemilihan jubin yang menawan di ruang dapur ini. Pemilik bijak mencari, memilih dan memadankan jubin-jubin yang bersesuaian dengan ruang yang ada. Ruangan backsplash dapur ini terdiri daripada kemasan glass mosaic bercorak pada dapur kering mahupun berwarna earth tone pada dapur basah berjaya menjadi titik fokal yang mampu menyerikan lagi ruang dapur. Paten Subway tiles rona putih dipasang pada sisi dinding, secara tidak langsung menyeimbangkan keluasan pada dapur basah.
Rekaan dapur yang hebat ini jelas menggambarkan cita rasa dan gaya hidup pemilik. Bait tutur kata pemilik yang juga bertugas sebagai seorang pegawai perubatan ini, cukup yakin dengan apa yang diinginkan. Baginya dapur seharusnya menjadi keutamaan di dalam rumah, mewujudkan ruang sosial keluarga dan yang paling penting ia harus lah praktikal untuk kegunaan seharian.
“Kitchen should be the centre of the house, a place for social interaction among family member and yet practical for being use everyday,” jelas Dr Rose mengakhiri perbualan.
PEMILIK: Ahmad Rizal & Dr Norzaini Rose
INFO DAPUR
PEREKA: Reno Concept
JENIS KEDIAMAN: Banglo
MATERIAL KABINET DAPUR BASAH: Solid Nyatoh
MATERIAL KABINET DAPUR KERING: Solid Nyatoh
MATERIAL KAUNTER TOP DAPUR BASAH: Concrete
MATERIAL KAUNTER TOP DAPUR KERING: Quartz Stone
JENIS LANTAI: Jubin & Laminate wood
KELUASAN DAPUR: 220 kaki persegi(Dapur Kering)
50 kaki persegi (Dapur Basah)
Foto:Mohd Azahari Salleh
Sumber: Dapur Impiana
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Bengkak Susu Bukan Main-Main’ Lepas Seminggu Ibu Ini Terpaksa Cucuk Dengan Jarum, Elak Sakit Berulang
Derita bengkak susu ini tuhan saja yang tahu sakitnya macam mana. Bukan sekadar membawa ke demam, malah ada mak-mak yang terpaksa di bedah.
Pengalaman ibu ini, Puan Norinasha Jamjuri yang alami derita bengkak susu disebabkan demam membawa kisah yang berbeza. Selepas seminggu hilang bengkak susu, sakitnya kembali datang.
Dan akhirnya dia terpaksa ambil keputusan cucuk dengan jarum untuk menyahkan bengkak susu datang berulang.
Selalu baca dalam facebook ramai mumies kat luar sana yang kena bengkak susu ni. Ada sampai yang kena operate sebab dah bernanah. Ya Allah minta jauhkan lah.
Mak-mak yang breastfeed kan anak dia memang I tell u struggle dia jangan cakap lah. Bukan sekali dua nak give up. Tapi banyak kali. Kena kuatkan juga sebab fikir untuk anak dan boleh save untuk famili kecil saya ni.
“Lagi-lagi Sofea Elena yang lepas habis pantang tak nak direct dah. Saya kena pum/marmet bagi botol kat dia.”
“Yes! Even 3, 4, 5 pagi pun lena bangun pum/marmet susu untuk dia!”
“Kadang saja tidur lambat untuk pum susu buat stock kalau dia terjaga nak susu.”
Jangan tanya kenapa I pernah jerangkung dulu. Haha.. sebab dulu before usia dia 6 bulan dia hanya breastfee je. So dia akan selalu nak susu.
Bangun pagi-pagi buta 2 ke 3 kali. Even pukul 6 lebih dah kena bangun nak siapkan dia hantar ke babysitter dan pergi kerja.
Demam Sebabkan Derita Bengkak Susu
Saya kena demam. Jadi memang tak larat lah nak bangun pam susu. “Bila kau demam, sakit kepala, kau akan rasa nak duduk pun payah.
“Takkan nak pum susu dalam posisi baring pulak kan? Memang banjir lah katil nanti. So, saya pum cukup-cukup je untuk si Sofea ni minum atau kenyangkan perut. Tak pum sampai cik B betul-betul clear.”
Esoknya Subuh saya rasa cik B bengkak sikit. Try urut tapi tak nak gak hilang atau surut. Sampai ke tangahari saya cuba urut lagi.
Mandi air suam, tuam air suam.. semua tak jalan!
“Dah takut ni. Siap nangis-nangis lagi minta huby tolong. Tak nak juga surut. Sakit dia, Ya Allah sakitttt sangat.
“Kau pernah rasa bila bahagian badan kau bengkak. Dan bengkak ini makin membengkak? macam dah bengkak tapi di pum lagi besar.. lagi bengkak. Faham?”
Masa ini, saya dah minta huby masak air panas lagi untuk cuba mandi air suam kali ke-2. Dah lepas berjam-jam cuba tuam dan urut. Berjam-jam tu bukan sejam dua ya mak-mak. Dari pukul 11 pagi sampai 5 petang.
Pernah rasa bengkak yang diurut-urut? Sakit! Tapi kene tahan. Mandi air suam kali ke-2. Guess what? Tak keluar pun.
So tak apalah time ni dah happy fikir positif. Nak gi urut sebab takut makin teruk. Tapi pum susu dulu bagi Sofea sebab takut nanti saya tak ada dia nak susu pula.
Sakit-sakit pun awak, tugas mak kena diteruskan.
Entah macam mana dalam tengah pun sambil tahan sakit tu, mencurah-curah susu keluar. Happy sambil menangis terus tak jadi pergi berurut. Terus peluk huby lepas teruk kena buli buat itu ini.
Seminggu Susu Susah Nak Keluar, Terpaksa Cucuk Jarum
Sebenarnya selepas episod bengkak susu ini jangan cakap dah ok ya mak-mak. Selama seminggu, susu susah nak keluar. Kadang dalam nursing room sampai 30 minit. Malu pun iya dekat kawan-kawan.
Pum lah macam mana pun memang tak clear susu dalam cik B tu.
Sampai dah bengkak lagi sekali cuma masih dalam stage 1. Apa maksud stage 1 tu? Ni ayat saya buat Kiki, baru ada ketulan belum keras sangat. Oh Tidak!
Dah mula rasa kalut sangat. Takut sakit macam hari tu. So saya tanya la pakcik google. Dia suruh cucuk dengan jarum panas. What? Kalau u all nak ambil tip-tip kenalah banyak buat research, jangan main ikut je. Takut nanti jadi benda lain pula.. susah weh!
So yang ini pun saya tak saran u all buat. Tapi saya TERPAKSA buat sebab tak tahan dan takut jadi lagi. Saya buat juga cuma saya guna jarum yang dicuci.
“Takutlah nak guna jarum panas. Nak tau macam mana? Ini untuk yang lepas bengkak susu saja ya. Yang lain tak tahu.
Ini Caranya:
1. Kalau korang nampak nipple cik B ada macam jerawat dah masak atau kulit bibit kering (yang warna putih kita dok gigit tu) ok, cucuk dia. Bukan cucuk ke dalam nipple ya.
2. At first pun saya ingot macam tu. Rupanya cucuk ke tepi dari kiri ke kanan or vice versa.
3. Kalau nipple luka dan kulit dia dah kering kena buang kulit kering tu. Actually sebarang blockage kat nipple kena diclearkan.
Alhamdulillah lepas semua ini, sekarang dah semangat balik. Angan-angan nak bagi FM kat Sofea dah terkubur. Harap tak ada la rasa-rasa give up.
Sumber/Foto : Norinasha Jamjuri
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI