Saya Memang Baca Semua DM Peminat Di Instagram – Farah Nabilah

Share

Besarnya kesan Titian Cinta dalam hidup pelakon kecil molek-cantik manis, Farah Nabilah Saipuddin, 25. Popularitinya naik mendadak sampaikan ada peminat yang obses dengannya.

Tapi setakat ini taklah sampai mendatangkan keburukan dalam hidup peribadi saya dan keluarga. Kebanyakan daripada mereka suka tinggalkan pelbagai pesanan menerusi DM Instagram.

Setiap hari dekat ribuan DM. Walaupun tak boleh nak balas, tapi saya nak beritahu yang saya memang baca semua pesanan yang diberikan.

Saya sangat-sangat menghargai sokongan mereka.” Bukan saja DM, Farah juga terima macam-macam hadiah daripada peminat.

Penangan glamour drama rantaian popular, Titian Cinta bukan saja mengenai dirinya. Malah ahli keluarganya pun dalam fasa nak sesuaikan diri dengan tempias populariti pelakon watak Aisy ini.

Saya memang jenis yang sangat rapat dengan keluarga, Sentiasa bersama kalau buat apa saja aktiviti atau nak ke mana-mana. Tapi sekarang selalu tak cukup ‘korum’ sebab selalunya saya tak dapat ikut mereka.

Jadi keluarganya pun kenalah belajar terima dan sedang sesuaikan diri dengan situasi yang berlaku.

 

Pergi Pasar Pun Makcik Ajak Bergambar

Dulu saya memang selamba saja buat apa saya nak buat. Keluar rumah pun pakai ikut yang sempat, tapi sekarang memang tidak boleh macam tu lagi. Sebab apa pun yang saya buat akan jadi perhatian.

Paling kelakar, pergi pasar dekat rumah pun ada makcik-makcik yang nak bergambar.”

Sokongan peminat yang tak berbelah bagi inilah membolehkan kelab peminat rasmi, Fawaariors dilancarkan baru-baru ini.

Sebenarnya Fawaarriors dah tertubuh tahun lalu. Selepas saya berlakon drama Inikah Cinta.

Cuma tahun ini yang lebih aktif selepas Titian Cinta mendapat sambutan ramai. Penubuhan kelab peminat ini saya sifatkan sebagai penghargaan buat saya yang masih baru ini

.

 

Ini Cerita Farah Nabila Mula-mula Jadi Pelakon

Penglibatannya dalam bidang lakonan berlaku secara tak sengaja. Apabila sering diminta oleh tenaga produksi yang selalu shooting di rumah untuk jadi pelakon tambahan dalam drama yang mereka tengah buat.

Rumah keluarga saya ini memang sering jadi lokasi penggambaran drama beberapa buah produksi termasuklah produksi abang Rashid Sibir. Itu yang buatkan saya kenal krew produksi.

Ingat lagi dalam drama pertama, saya diminta jadi pelakon tambahan dalam Mak Pengantin Tak Popular lakonan Nora Danish dan Jasmin Hamid. Masa itu mereka berlakon di rumah saya sekitar tahun 2011.”

Akui Farah yang berpendidikan Psikologi dari Universiti Segi, dia tak pernah pun terfikir nak jadi pelakon. Impiannya mahu bergelar seorang psikiatri.

Selepas berlakon tambahan untuk beberapa buah drama, saya sambung belajar empat tahun. Dan inilah yang dikatakan rezeki, saya sibuk merancang kerjaya lain, tapi rezekinya tertulis dalam bidang lakonan

.

Walau bagaimanapun, Farah tetap memasang impian mahu menyambung Sarjana dalam bidang pengajiannya itu.

Suatu hari nanti mungkin akan digunakan sepenuhnya apa yang saya belajar ini.

Farah bakal tampil dalam supertele Adan dan Hawa 2 yang bakal disiarkan di Astro First.

Saya sentiasa bersikap terbuka. Kalau asyik nak dengar pujian saja, tidurlah kita nanti. Kritikan untuk membina itu bagus untuk saya.”

FOTO: AHMAD SHAHIR OSMAN & INSTAGRAM FARAHNABILAHOFFICIAL
SOLEKAN: SAHIR SABRI
PAKAIAN: AINAHARIZ

Published by
Norhayati Suboh