‘Saya Masih Bujang, Jauh Sekali Berkahwin Dengan Suami Orang’- Yaya

Share

Selepas tularnya perkongsian seorang ibu anak tiga yang yang mendakwa suaminya dirampas seorang wanita bernama Yaya. Terkini, usahawan kuih bakul, Haziqah Nurul Huda Harun, tampil membuat penjelasan.

Katanya yang mesra dengan panggilan Yaya, “Saya tidak pernah berkahwin dengan sesiapa. Dan semua dakwaan dibuat di Facebook itu adalah fitnah.”

Saya reda dengan ujian Allah. Allah ada bersama saya. Insya-Allah, Allah permudahkan segala urusan saya hendaknya.”

Dalam kenyataan di facebook milik Hanna Baa, ibu anak tiga itu mendakwa yang Yaya sudah dianggap bagaikan adik kandung sendiri. Malah, mengasihi gadis itu dengan ikhlas.

Tidak sangka, teman baiknya yang dianggap adik itu menikamnya dari belakang menjalinkan hubungan cinta diam-diam dengan suaminya.

Ayah Sentiasa Bersama, Tiada Alasan Berkahwin Di Thailand

Sebaliknya gadis ini menafikan malah baginya dia tidak mempunyai alasan untuk berkahwin di Thailand. Hidupnya sentiasa ditemani ayah, memandangkan keupayaan memandu yang terbatas. Sebab itulah ayah yang akan membawanya ke mana-mana.

Kerana ayah iaitu wali sah dan ibu sentiasa bersama saya 24 jam.”

Ada dakwaan menyatakan tarikh 6 Januari 2020 adalah tarikh perkahwinan Yaya dengan lelaki itu di Thailand. Akui Yaya, ianya sama sekali tidak benar.

Kerana pada hari itu saya sekeluarga berada di Kuantan kerana anak saudara dimasukkan ke hospital.”

Baru-baru ini, Yaya juga berkongsi keajaiban yang terjadi ke atasnya selepas kerusi rodanya dicuri di Makkah. DIa boleh boleh berjalan semula setelah 9 tahun diuji dengan lumpuh.

Saya Masih Bujang.. – Yaya

Bagaimana pun, usahawan kuih bakul berstatus halal ini memilih untuk tidak mahu mengulas lanjut berkaitan fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Dan berharap semoga kebenaran akan terjawab juga akhirnya.

Yaya tidak dapat menghalang netizen daripada menghukum malah mengecamnya kerana fitnah itu.

Saya yakin berada di pihak yang benar.”

Cukup sekadar mereka tahu, saya masih bujang dan tidak bercinta dengan sesiapa, jauh sekali berkahwin dengan suami orang

.”

Ulasnya lagi, dia cuma mempunyai ibu dan ayah serta keluarganya selain daripada perniagaan yang diusahakan. “Rezeki bukan datang daripada perniagaan, ia daripada Allah.”

Bagaimana pun Yaya, tak teragak mahu menyaman individu terbabit jika terus-terusan memburukkan nama baiknya.

Baca sini : Tergamak ketika mengandung, melahirkan & berpantang, mereka berhubungan di belakang saya.

Sumber/Foto : Harian Metro, yaya_victoryyaya

Published by
NETTY AH HIYER