‘Saya Makin Selesa’ Yatt Hamzah Imbas Permulaan Hijrah Dalam Diri

Share

Tanggal 28 Ramadhan lalu, Yatt Hamzah berkongsi perjalanan hijrahnya. Daripada seorang model dan pelakon yang tidak bertudung, akhirnya kini Yatt memilih jalan yang dituntut oleh agama. Tudungnya labuh menutupi dada.

Tapi untuk mendapatkan kemanisan penghijrahan itu, bukan mudah untuknya. Panjang liku laluan yang perlu Yatt tempuh. Dan semua itu, dikongsikan dalam ruangan instagram miliknya.

Pagi 28 Ramadhan ni Bonda nak cerita tentang Hijrah Bonda. Ramai tahu dulu saya tak bertudung. Masa tu sedang menuju ke puncak karier lakonan. Alih-alih saya tekan brek, ambil keputusan untuk berhijab dan slow down terus dalam lakonan

.

“Kenapa? Sebab saya dah faham erti cinta Allah. Saya sayang Allah & diri saya. Tak nak rosakkan lagi diri dan terus hanyut. So saya bertudung.

Pengakuan Jujur Yatt Hamzah

“Mula-mula singkat tudung saya, fesyennya pelik-pelik juga masa awal-awal dulu. Biasalah, masih jahil dan nak ikut trend. Tapi lepas tu saya fikir balik, apa tujuan berhijab? Untuk siapa hijab ni? Nak tunjuk pada siapa? Dan jawapannya hanya 1..ALLAH.”

“Maka saya perlahan-lahan ubah cara saya berhijab.. Makin labuh. Makin simple. Hinggalah hari ini. Ada yang tanya, Mana dapat kekuatan nak berhijab labuh? Jawapannya ALLAH.”

 

Ini Yang Yatt Minta Pada Allah

“Saya minta pada DIA. Sungguh-sungguh saya minta. Nangis-nangis mengadu padaNYA. Macam anak-anak kecil mengadu pada mak ayah. Alhamdulillah saya makin selesa dengan apa saya pakai. Sebab saya faham & yakin DIA suka & redha.”

“Ada pula yang bertanya, Ada tak rasa nak buka tudung balik? Laju saya jawab, NO! Naudzubillahiminalzaliq. Umpama suruh saya berbogel jika tudung ini ditanggalkan. Sekali-kali tidak! Ya Allah, berikan aku & saudara-saudara wanita ku yang lain KEKUATAN & KETEGUHAN agar kami terhindar dari AZAB API NERAKA YANG DAHSYAT. Ameen.”

Jomlah Jadi Baik

Sekadar ni dulu Bonda share ya. Moga bermafaat. Bulan baik ni, jomlah jadi lebih baik. Langsung tak rugi jadi baik. Langsung tak rugi. Saya dan semua doakan yang baik-baik untuk kita semua. WANITA SOLEHAH sememangnya perhiasan dunia yang PALING INDAH.

Sumber/Foto : Instagram Yatt Hamzah

Published by
Netty Ah Hiyer