Saya Kena Kuat, Demi Mencari Rezeki Untuk Ainul Mardhiah
Saya Kena Kuat, Demi Mencari Rezeki Untuk Ainul Mardhiah

Sebak sekali perkongsian pelawak Ali Puteh ini. Akuinya tak mudah untuk mencari rezeki dalam keadaan anak, Sharifah Nur Ainul Mardhiah diuji sakit komplikasi paru-paru selepas lalui 12 jam pembedahan.

Semalam, bapa ini berkongsi kisah anaknya yang terpaksa bergantung dengan bantuan pernafasan selepas dan alami kompilkasi paru-paru selepas lalui pembedahan membetulkan injap jantung.

 

Saya Kena Kuat, Demi Mencari Rezeki Untuk Ainul Mardhiah
Semoga ada hidayah dari Allah…Ainul Mardhiah kuat!!!!! Terus kuat!!!!

 

Ainul Sudah Membuang Air Kecil

Terdahulu, anak keduanya yang berusia tiga bulan ini, Sharifah Nur Ainul Mardhiah disahkan menghidap jantung terbalik dan jantung berlubang.

IKLAN

Terbaru dikongsi Ali, anaknya sudah membuang air kecil sendiri dan menunjukkan tanda-tanda positif. Walau bagaimana pun, Ainul masih lagi bergantung pada mesin bantuan pernafasan.

Ketika ini, Ali juga sibuk dengan pertandingan Maharaja Lawak Mega 2019. Itulah punca rezekinya untuk menampung kehidupan keluarganya yang sedang diuji ketika ini.

 

IKLAN

Saya Kena Kuat, Demi Mencari Rezeki Untuk Ainul Mardhiah

Demi Adik Ainul Mardhiah, Saya Kena Kuat

Kongsinya,

“Saya kena kuat! Demi mencari rezeki untuk adik Ainul.. saya kena kuat! Doakan buat saya dapat buat anda terhibur di Maharaja Lawak Mega Jumaat ni.”

IKLAN

“Walaupun dalam keadaan yang amat-amat perit.. demi adik.. Walid kena buat.”

Sebagaimana dilaporkan Harian Metro, keadaan Ainul masih lagi kritikal.

MW : Doa untuk Ainul semoga terus kuat dan membesar dengan sihat.

Sumber/Foto : Ali Puteh

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI