Perasaan sebak, kehilangan kata-kata dan berduka pasti dirasai bilamana ibu yang selama ini mendidik dan membesarkan kita bagaikan pelita yang menyinari kehidupan, kita telah kembali kepada pencipta ke negeri abadi.Jiwa pasti terasa kosong, tiada lagi sinar cahaya.
Itu yang dirasai oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap bondanya Tun Rahah Mohamad Noah yang juga balu kepada bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, yang telah meninggal dunia petang tadi ketika dalam rawatan di Hospital Prince Court.
Kematian Tun Rahah, 87, dikongsikan Najib menerusi akuan media sosial, Facebook dan Twitter peribadinya.
Dukacita dimaklumkan Bonda saya, Tun Hajjah Rahah Mohamed Noah yang juga balu kepada bekas Perdana Menteri ke-2 Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussein, telah pulang ke rahmatullah di Prince Court Medical Centre petang ini.
Jenazah dibawa pulang ke kediaman arwah bonda hari ini dan akan dibawa ke Masjid Ar-Rahah pada hari esok untuk pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Masjid Negara.
Sementara itu, allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah yang menghembuskan nafas terakhirnya petang tadi, akan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara esok.
“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Najib Razak dan seluruh keluarga di atas kepulangan Allahyarhamah Tun Rahah.
“Kerajaan memutuskan supaya Allahyarhamah Tun Rahah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara dan jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara,”
katanya dalam satu kenyataan hari ini.MW: Innillahi wainna ilaihi rojiun.Salam takziah buat Datuk Seri dan keluarga. Semoga roh bonda beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman serta beramal soleh.
Sumber: Najib Razak, Bharian