Tumpang rezeki isteri. Itulah yang selalu dikatakan oleh influencer dan usahawan terkenal ini. Setiap apa yang dilakukan sehingga berjaya dan terkenal, nama isterinya jugalah disebut dan tidak pernah lekang dari mulut.
Bila sentiasa berbuat baik pada isteri, pasti akan bertambah rezeki. Kisah-kisah belia di media sosial semuanya lebih berkisah tentang kejayaan dan kebahagian dia bersama isteri dan anak-anak. Malah, kejayaan itu turut dikongsi dengan stafnya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Hafiz Mahamad Sewa Satu Kapal Terbang, Bawa Staff Ainaa, Orang Susah, Anak Yatim & OKU Tunai Umrah
Ibu Sebak, Hafiz Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Di Hari Persaraan “Tak Terbalas Jasa Besarkan Kami”
Terbaru, Hafiz Mahammad melahirkan rasa bersyukur kerana telah berjaya merangkul pemenang utama Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA22) dan anugerah Digital Influencer Tergempak.
Langsung tidak menyangka bakal menerima dua anugerah itu dan dia percaya rezeki yang dia terima hari ini adalah hasil daripada tumpang rezeki isteri.
Dalam anugerah tersebut, Hafiz turut menghulurkan tangan dan memimpin isteri naik ke pentas untuk sama-sama menerima anugerah tersebut. Maklumlah dari awal lagi isterinya, Syafiqah Aina enggan naik ke pentas.
Dalam pada itu, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada pekerjanya yang selama ini memberi sokongan dan tulang belakang yang membantu berjaya sehingga ke tahap ini.
Dalam postnya di instagram, turut menzahirkan rasa masih terkejut dan antara katanya yang dikongsikan bersama peminat:
MasyaAllah, saya masih terkejut
2 anugerah serentak semalam. Demi Allah, selama saya bersahabat dgn kamu di soc media. Tak terlintas niat saya untuk dibalas, dihargai & lebih lebih lg menerima award
Jika ini ada lah rezeki,
Saya percaya. Ini adalah rezeki untuk “lelaki yg hanya menumpang rezeki isteri” & awak semua
Waktu naik ke pentas semalam, saya pimpin tangan isteri walaupun dari rumah lg dia kata “Abang jangan ajak sayang naik stage” nanti malu !
No. Aina perlu ada. Sampai nafas terakhir, saya takkan terima apa apa anugerah tanpa dia ditepi, kerana saya malu. Biarlah semua ni kita rasa sama sama.
Untuk awak yg menyokong, terima kasih
Awak dah happykan isteri & pasukan saya. Saya terhutang budi & saya akan balas semuanya semampu yg boleh
Terima Kasih untuk semua team @ainaabeautyofficial & @ainaaclinic , kamu semua lah asbab untuk apa yg jadi semalam. Terima Kasih
Kejayaan Demi Kebahagiaan
.
Mingguan Wanita : Inilah bila seorang wanita dapat lelaki yang tepat. Moga pasangan Hafiz dan Aina dipermudahkan dan kekal bahagia ke jannah.
Sumber: hafizmahamad (instagram)
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita