Tumpang rezeki isteri. Itulah yang selalu dikatakan oleh influencer dan usahawan terkenal ini. Setiap apa yang dilakukan sehingga berjaya dan terkenal, nama isterinya jugalah disebut dan tidak pernah lekang dari mulut.
Bila sentiasa berbuat baik pada isteri, pasti akan bertambah rezeki. Kisah-kisah belia di media sosial semuanya lebih berkisah tentang kejayaan dan kebahagian dia bersama isteri dan anak-anak. Malah, kejayaan itu turut dikongsi dengan stafnya.
Terbaru, Hafiz Mahammad melahirkan rasa bersyukur kerana telah berjaya merangkul pemenang utama Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA22) dan anugerah Digital Influencer Tergempak.
Langsung tidak menyangka bakal menerima dua anugerah itu dan dia percaya rezeki yang dia terima hari ini adalah hasil daripada tumpang rezeki isteri.
Dalam anugerah tersebut, Hafiz turut menghulurkan tangan dan memimpin isteri naik ke pentas untuk sama-sama menerima anugerah tersebut. Maklumlah dari awal lagi isterinya, Syafiqah Aina enggan naik ke pentas.
Dalam pada itu, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada pekerjanya yang selama ini memberi sokongan dan tulang belakang yang membantu berjaya sehingga ke tahap ini.
Dalam postnya di instagram, turut menzahirkan rasa masih terkejut dan antara katanya yang dikongsikan bersama peminat:
Ads
MasyaAllah, saya masih terkejut
2 anugerah serentak semalam. Demi Allah, selama saya bersahabat dgn kamu di soc media. Tak terlintas niat saya untuk dibalas, dihargai & lebih lebih lg menerima award
Jika ini ada lah rezeki, Saya percaya. Ini adalah rezeki untuk “lelaki yg hanya menumpang rezeki isteri” & awak semua
Waktu naik ke pentas semalam, saya pimpin tangan isteri walaupun dari rumah lg dia kata “Abang jangan ajak sayang naik stage” nanti malu !
Ads
No. Aina perlu ada. Sampai nafas terakhir, saya takkan terima apa apa anugerah tanpa dia ditepi, kerana saya malu. Biarlah semua ni kita rasa sama sama.
Untuk awak yg menyokong, terima kasih Awak dah happykan isteri & pasukan saya. Saya terhutang budi & saya akan balas semuanya semampu yg boleh
Terima Kasih untuk semua team @ainaabeautyofficial & @ainaaclinic , kamu semua lah asbab untuk apa yg jadi semalam. Terima Kasih
Sejak semalam, berlegar di media sosial akan kesukaran frontliners mendapat kerjasama daripada kluster ‘oversea’, kluster kayangan yang disifatkan menjengkelkan.
Enggan ditempatkan di wad yang disarankan, tak mahu beri kerjasama ketika diambil darah dan macam-macam keengganan sehingga ada petugas barisan hadapan negara terpaksa telan emosi, makan hati.
Sudahlah berpanas-panas, berpeluh-peluh di dalam baju PPE yang dipakai dalam jam kerja yang panjang. Seakan tidak mahu memahami betapa mencabarnya pekerjaan frontliners ini.
Virus Covid Tak Kenal Dari Kayangan Atau Bumi
Bak kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Covid-19 ini tak kenal pun kalau pesakit itu dari kayangan atau bumi.
Virus itu tak boleh bezakan. “Walau kaya raya pun tidak terkecuali daripada dijangkiti Covid-19”
Sepatutnya, mereka ada kesedaran akan bahaya Covid-19 ini. Sedangkan, ada kes yang tidak ke negara berisiko pun dijangkiti Covid-19, jadi langkah berjaga-jaga perlu diperketatkan.
Kerana, sekali terlewa dan tak ikut perintah, tindakan degil itu bukan saja membahayakan anak, isteri, suami, malah orang-orang tua yang tinggi risiko. Jika rakyat Malaysia boleh akur #DudukRumah sebab nak sama-sama frontliners memerangi Covid-19.
Kenapa sukarnya mendapat kerjasama dari kluster ‘kayangan’ ini.
Halang Tugas Penjawat Awam Boleh Dikenakan Tindakan Undang-undang
Dan tinggi mana pun kedudukan mereka, tetap tidak terselamat daripada Covid-19. Sebab itulah, pesan Menteri Kanan (Keselamatan) ini lagi, agar mereka memberi kerjasama kepada petugas-petugas frontliners seperti doktor, jururawat dan sebagainya.
“Yang berkedudukan tinggi sepatutnya lebih bertamadun daripada orang lain.”
“Dari segi undang-undang saya percaya, mungkin ada.. (kerana) menghalang penjawat awam untuk menjalankan tugas masing-masing. Saya percaya ini boleh digunakan,” tambah beliau yang percaya tindakan boleh dikenakan terhadap mereka yang enggan memberi kerjasama apabila diminta oleh petugas kesihatan.
MW : Sentiasa mendoakan agar frontliners dipermudahkanNya dalam melaksanakan tugasan mencabar ini. Pasti ada ganjaran pahala untuk kalian. Amin.
Selama ini kita hanya mampu menikmati hidangan kepak ayam dengan rasa pedas atau madu di restoran Korea sahaja. Kini anda berpeluang merasai kepak ayam di kafe Oren19, uniknya terdapat lebih dari satu jenis rasa atau sos antaranya Soy Garlic, Spicy Soy, Salted Caramel dan Salted Egg.
Sebenarnya pembukaan kafe Oren19 yang terletak di Putra Heights ini adalah secara kebetulan. Hanya bermula dengan mengusahakan katering secara kecil-kecilan di rumah akhirnya dengan izin-Nya kini mereka memiliki sebuah kafe sendiri.
Siti Murni Ahmad Zawawi, 29 tahun dan suaminya Shah-Qays Md Shah, 32 tahun, sememangnya berkongsi minat yang sama dalam bisnes makanan.
Impian Tercapai
Biar pun bermula dengan menjual kerepek seaweed secara sepenuh masa dan dalam masa yang sama berniaga makanan dan membuat penghantaran makanan, kini mereka tersenyum lega apabila kafe yang diimpikan berada di depan mata.
Oren19 mula beroperasi 8 Mac lalu dan respon yang diterima daripada ahli keluarga dan masyarakat setempat cukup menggalakkan. Café yang terletak di sekitar kawasan perumahan ini pastinya mencuri tumpuan ibu bapa untuk membawa anak-anak kerana kafe ini mengetengahkan konsep santai dan mesra kanak-kanak.
Lakukan Inovasi
Jika anda bernasib baik, anda dapat menikmati hidangan di Oren19 sambil ditemani dengan iringan muzik daripada band yang mengadakan persembahan. Di samping dekorasi yang minimalis dan selesa, dinding kafe ini turut tergantung lukisan hasil karya bapa Shah-Qays.
“Selain daripada butter chicken, lamb grill dan chicken wing bersalut pelbagai sos, nasi kami iaitu amoi rice turut mendapat pujian pelanggan yang datang. Menurut mereka, rasa nasi kami cukup berbeza dan sedap. Resipi ini telah saya lakukan beberapa inovasi dan pembaharuan untuk mendapat rasa sebegini.
“Di samping itu bagi pelanggan yang tidak dapat menikmati hidangan di kafe kami, kami turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah. Selain makanan Melayu seperti dendeng, kami juga mengetengahkan menu barat dan Korea.
“Kami sentiasa mengikut trend dan permintaan pelanggan. Oleh hal yang demikian, kami sentiasa mengubah menu dan cuba mempelbagaikan menu agar menepati kehendak semasa.
“Paling penting saya dan suami akan sama-sama akan lakukan eksperimen bila mencuba resipi, setelah lulus barulah kami jadikan ia sebagai menu pilihan di kafe,” ungkap Siti Murni.
Bantu Jana Pendapatan
Bagi Shah-Qays pula impiannya bukanlah sekadar memajukan perniagaan semata-mata, sebaliknya ingin membantu orang lain sama-sama menjana keuntungan dalam bisnes makanan.
Dirinya mengalu-alukan sesiapa berminat untuk memilih kafe mereka menjadi “food hub”, oleh itu pelanggan dapat menikmati pelbagai hidangan dan menu di Oren19.
Semoga Tuhan mengabulkan impian mereka berdua untuk membantu lebih ramai peniaga makanan. Terdahulu, mereka turut menerima kunjungan foodtruck pada hari-hari tertentu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alangkah beruntungnya isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan Hashim ini, Qaabila Deena Emir Mohamaed Akif Emir (Deena Emir). Suaminya itu sanggup buat apa saja demi memenuhi tanggungjawab terhadap isteri dan anak sulungnya, Muhammad Luth Ali. Walau terpaksa berpenat lelah, direlakan demi insan tersayang bahagia di sisi.
Kuat sungguh Saharul ini bekerja rupanya. Kata isterinya itu, sampai demam-demam pun masih terus bekerja dengan rehat seminimum mungkin.
“This man. I never thought that one fine day there’s a man who will works very hard, not for himself but just to make sure my life better & happier.”
“Sampai demam demam, buat 3-4 kerja dalam 1 masa, tidur tak menentu 2-3 jam je a day, berkorban wang ringgit (kadang kadang duit poket sendiri pun tak ada) untuk make sure impian isteri dia tercapai.”
Bila saya suruh rehat, dia jawab, “Tak boleh nanti banyak kerja tertangguh. Tanggungjawab saya banyak…”
Dan selalu cakap, “Saya buat semua ini untuk persiapan bila saya dah tak ada di dunia ni satu hari nanti. Sementara saya kuat lagi. Sekurang kurangnya saya tahu ada something yang boleh bantu awak & Ali. Allah :’( “
Saya Kahwini Suami Terbaik Di Dunia
Ternyata apa yang suami lakukan selama ini telah menyentuh hati isteri. Buat isteri ini rasa lebih dihargai dan menjadikannya wanita bertuah dalam dunia.
“Suamiku, @saharulridzwan terima kasih for making me feel like the luckiest woman in the world every single day. I married the best husband in the world, and I thank Allah s.w.t that He made it happen. Alhamdulillah. I know I’m far from perfect, but thank you for staying with me and remaining strong amidst the challenges.
“You are the best thing that’s ever happened to me (plus my adorable son) and I look forward to spending many more happy years with you & our kids. Semoga Allah s.w.t beri ganjaran syurga tertinggi untuk awak sayang. I LOVE YOU.”
Itu Bukan Perjanjian Saya & Awak, Tapi Perjanjian Saya Dengan Allah
Apa yang Deena luahkan ini telah mendapat respons daripada Saharul Ridzwan. Sesungguhnya, seorang suami yang baik dia tahu bahawa tanggungjawabnya itu bukan semata-mata untuk isteri dan anak-anak. Sebaliknya menggalas amanah yang telah Allah berikan kepadanya. Dan dia tahu kelak, amanah inilah yang akan ditanyakan olehNya di alam akhirat kelak.
“Terima kasih isteriku,
“Saat takliq dibacakan selepas kita sah diijabkabulkan, itu bukan perjanjian antara saya dengan awak sahaja, tetapi perjanjian sy dengan Allah. InShaaAllah, akan saya tunaikan dengan baik dengan Izin Allah. Love you sayang.”
Allah.. sweetnya couple suami isteri ini. Semoga para suami yang lain juga dapat mencontohi sikap dan layanan baik yang ditunjukkan Saharul Ridzwan terhadap isterinya. Kerana membahagiakan isteri akan membuatkan diri para suami jadi lebih bahagia.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.