Sebenarnya kanser yang menjadi pembunuh nombor satu wanita ini turut menyerang bapa kepada tujuh cahaya mata ini. Pesakit kanser payudara, Mohd Zullaimy Muhammad sudi berkongsi kisahnya.

Penulis sempat menghubungi Mohd Zullaimy dan turut bercerita lebih lanjut mengenai penyakit yang paling ditakuti ramai ini.

“Saya Hanya Ingat Mati” Mohd Zullaimy, Pesakit Kanser Payudara

“Saya hanya ingat mati ketika didiagnos dengan kanser payudara tahap empat. Seolah-olah tak lama lagi nak mati. Memang hati meronta dan tidak percaya ini boleh berlaku kepada saya. Apatah lagi memikirkan kanser ini dikaitkan dengan wanita, saya fikir mustahil seorang lelaki boleh diserang penyakit ini. Bingung, keliru dan pada masa sama hati ini menidakkan suratan takdir yang tertulis buat saya,” ungkap Mohd Zullaimy yang mengetahui dirinya mempunyai penyakit kanser sembilan tahun lalu.

Artikel berkaitan: ‘Susahnya Nak Buang Air..’ Jaga-jaga, Jangan Sampai Terlambat Rawat Kanser Prostat

IKLAN

‘Lebih Kerap Bersenam..’ Kanser Prostat Ubah Gaya Hidup Nazir Razak

Ingatkan Cuma Bisul Rupanya Kanser Payudara

Mohd Zullaimy juga menyambung, Pada awal dia menyedari ada ketulan di dada namun dibiarkan. Selepas dua tahun barulah ketulan itu berasa sakit.

IKLAN

“Saya sedar ada ketulan selama dua tahun saya tahan sebab tak sakit. Dari ketulan itu kecil sebesar 5 sen sehingga ia membesar menjadi ketulan sebesar 50 sen dan sakit berasa sakit. Pada awalnya saya fikirkan cuma bisul dan ketulan nanah saya pun cuba cucuk tapi tak boleh. Saya cuba tekan sehingga satu masa saya rasa milu dan bila baju bergesel dengan ketulan itu saya rasa sakit.

“Saya fikir benda ni tak boleh dibiarkan dan teruske klinik. Diklinik yang saya buat rawatan ada sediakan rawatan pembedahan. Jadi doktor nasihatkan saya  buang ketulan yang ada pada dada saya. Selepas dua minggu rawatan pembedahan dilakukan doktor sahkan saya menghidapi kanser. Dan kemudiannya doktor nasihatkan saya buat pembedahan major dan buang apa yang ada didada. Saya juga membuat kimoterapi enam kali dan radioterapi dua minggu berturut-turut,” kata Mohd Zullaimy yang kini masih menjalani rawatan follow up setahun sekali.

“Saya Hanya Ingat Mati” Mohd Zullaimy, Pesakit Kanser Payudara

IKLAN

Jangan Rasa Malu Untuk Berjumpa Doktor

Ditanya tentang nasihat yang ingin diberikan kepada mereka yang mempunya penyakit yang sama dengan dirinya.

“Jika rakan-rakan lelaki saya di luar sana yang ada ketulan di dada jangan rasa malu dan pergi ke doktor. Kalau dah terlambat tak boleh buat apa. Mencegah lebih baik dari merawat. Kanser penyakit yang tak sakit pada awalnya, tapi bila dah merebak dan berasa sakit maksudnya kanser yang dialami sudah tahap bahaya. Jika anda rasa ada perubahan pada anggota badan segerelah berjumpa doktor,” luah Mohd Zullaimy.

“Saya Hanya Ingat Mati” Mohd Zullaimy, Pesakit Kanser Payudara
Kini aktif dengan gaya hidup sihat.

“Saya Hanya Ingat Mati” Mohd Zullaimy, Pesakit Kanser Payudara

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI