deja moss

Bertahun berkongsi hidup tetiba suami nak cerai, itulah nasib penyanyi Deja Moss yang cukup kecewa apabila tidak mendapat penjelasan kenapa pilih berpisah.

“Saya reda dan terima penceraian ini tapi apa yang saya tidak puas hati masih belum menemui jawapan kenapa dia (suami) ingin bercerai dengan saya,” luahnya.

Sepuluh tahun berumah tangga, Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45, yang berusaha menyelamatkan rumah tangga itu menerusi jawatankuasa pendamai (JKP) menemui jalan buntu ekoran suaminya tetap tidak mahu berbaik-baik.

Kalau ikutkan sebenarnya dia sudah lama reda tapi dia nak tahu kenapa suaminya sudah tak mahu teruskan?

“Kenapa keluar rumah macam itu je? Saya sudah izinkan dia kahwin lagi kenapa tak nak dan mahu bercerai?”

IKLAN

“Sebagai perempuan sudah tentu saya mahu tahu alasan sebab apa. Kalau nak kahwin lain saya rela bermadu!”

Deja diwakili peguam syarienya Halimatunsa’diah Abu Ahmad manakala Azfendy, 39, selaku plaintif diwakili peguam syarienya Ahmad Daud.

IKLAN

Hubungan dengan suaminya berjalan lancar sebelum Azfendy bertindak keluar dari kediaman mereka setahun lalu.

“Saya tak tahu puncanya kerana sebelum dia keluar rumah itu hubungan kami baik. Sebulan lepas dia keluar, dia mula mesej saya bukan-bukan.

IKLAN

“Lepas itu dia block saya dan ketika itu barulah saya fikir bahawa ada yang tak kena dengan dia.” 

Itulah sedikit luhan hati seorang isteri yang kecewa dengan keputusan suami. Tak tahu apa salah, tetiba mahu berpisah.

Permohonan cerai tersebut dibuat Azfendy mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Se­langor) 2003 pada 5 Mac lalu.

Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan belum dikurniakan cahaya mata.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI