“Saya Dah Biasa, Anak Sulung Datuk Seri Anwar Memang Macam Tu..” – Nurul Izzah

Share

Ketika ini, penat lelah diri YB Nurul Izzah Anwar ditolak ke tepi. Semangat Ketua Umum PKR ini kental mahu memberikan yang terbaik kepada rakyat yang sudah mengangkat dirinya ke tahap sekarang ini.

Dalam menempuh ranjau politik yang pelbagai dan masih panjang ini, Nurul Izzah takkan pernah lupa amanat yang disampaikan oleh ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik saja dibebaskan daripada penjara.

Antara perkara pertama yang ayah sebut ialah janganlah sibuk serta ramai-ramai, semua nak jadi menteri

,” katanya ketika menjadi jemputan dalam program FB Live Sinar Harian.

Nasihat itu tersempat kemas dalam dirinya, langsung menjadi panduan untuknya menempuk liku-liku perjalanan dalam dunia politik.

Saya memang dah biasa, anak sulung Datuk Seri Anwar memang macam itu.” sambungnya lagi.

Datuk Seri Anwar walaupun masa dia keluar penjara memanglah dia peluk cium kami sekeluarga tapi dia sebut dia kasihkan dan hargai sokongan rakyat, tanpa rakyat siapalah kami.”

Dan surat pengampunan yang diberikan oleh Agong kepada pihak penjara…jadi Anwar tak bersalah, saat itu nama Anwar bersih, jadi sekali gus dapat hak pertahankan maruah itulah saat yang paling bermakna,” ulas Nurul Izzah mengenai pembebasan ayahnya.

Akuinya ayahnya begitu menghargai sokongan rakyat dalam masa yang sama turut menghargai perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang telah memberi pengampunan serta merta.

Air Mata Nurul Izzah

Apabila ada di kalangan rakyat Malaysia yang sanggup mengutip dana bagi membayar hutang negara yang didakwa sudah mencecah 1 trilion, Nurul Izzah tak dapat menyembungikan perasaan terharunya.

Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berbangga kerana masih ada rakyat yang sanggup menzahirkan rasa cinta mereka kepada negara dengan cara sedemikian. Sungguh dia tak sangka.

Saya memang saat ini, saya rasa sangat bangga menjadi seorang rakyat Malaysia, kita dilemparkan dengan pelbagai serangan, orang kata kita mungkin tak berubah, tak berani, tapi bukan sahaja 82 peratus, setengah daripada pengundi 21 hingga 39 tahun keluar mengundi.

Dan ada pula yang terbuka hati untuk cuba meraih dana untuk membayar hutang. Kita kalau mengukur kehebatan sebuah negara ini bukan dengan menerusi bangunan, tapi kita ukur menerusi macam mana mereka bersedia untuk berkorban dan keprihatinan mereka (kepada negara), jadi bagi saya tindakan mereka ini sangat memaknai bagi saya,” katanya lagi dalam program FB Live Sinar Harian itu.

Sumber/Foto : Sinar Harian, Mstar, Malay Mail

Published by
Netty Ah Hiyer