Saya bukan rasis & ramai kawan bangsa lain”, atlet hoki negara redha hukuman digantung. Gara-gara memuat naik komen didakwa berunsur rasis, atlet sukan hoki negara redaha dengan hukuman diterimanya.
Menyifatkan dirinya langsung tiada niat atau rasis, Hanis memaklumkan, dirinya mempunyai ramai kawan berbilang bangsa. Bagaimana pun dirinya redha dengan apa terjadi dan menganggapnya sebagai satu pelajaran baginya.
Memetik laporan Berita Harian, pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn digantung daripada menyertai mana-mana aksi antarabangsa, termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini.
Saya Bukan Rasis & Ramai Kawan Bangsa Lain
Ia selepas Hanis didapati bersalah kerana memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berhubung konsert artis dan komposer dari India, AR Rahman pada 28 Januari lalu.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat antara Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), 7 Februari lalu.
Ads
Hasil daripada siasatan dan penjelasan yang membabitkan Hanis dan jurulatih pasukan kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim, jawatankuasa siasatan MSN dan KHM merumuskan pemain berkenaan didapati bersalah atas ciapan dilakukannya itu.
“Hasil daripada sesi temubual dan selepas memperhalusi beberapa dapatan lain berhubung isu berkenaan, Jawatankuasa Siasatan merumuskan bahawa Hanis memuatnaik ciapan komen yang berbaur perkauman kerana komen itu ditujukan kepada konsert dihadiri majoriti kaum India.
“Sehubungan itu, jawatankuasa mendapati Hanis bersalah sebagai individu kerana membuat kenyataan atau komen secara terbuka di akaun media sosial miliknya yang menjurus kepada menghina, mengutuk atau mencaci sesuatu pihak lain,” menurut kenyataan itu.
Atlet Hoki Negara Redha Hukuman Digantung
Hanis juga didapati bersalah kerana ciapan komen yang boleh disalah erti atau menimbulkan salah faham, kegusaran ataupun kemarahan sesuatu pihak lain.
“Sebagai pemain hoki negara, Hanis didapati bersalah kerana membuat komen yang mengakibatkan kerosakan kepada imej pasukan dan KHM yang jelas melanggar kod etika KHM.
“Sehubungan itu, Jawatankuasa Siasatan memutuskan untuk KHM tidak mempertimbangkan Hanis dari mewakili pasukan hoki kebangsaan ke mana-mana tugasan antarabangsa termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023,” kata kenyataan itu.
Ads
Menurut kenyataan itu, KHM akan menilai semula keputusan ini sekiranya Hanis mempamerkan perubahan sikap yang positif sepanjang tempoh berkenaan.
“Jawatankuasa berharap tindakan itu akan menjadi ingatan dan pengajaran berguna kepada Hanis serta semua atlet negara untuk sentiasa berhati-hati dengan sebarang hantaran ataupun ciapan di semua platform media sosial,” kata kenyataan itu.
Hanis sebelum ini mengakui memuat naik ciapan komen ‘bau best la kat dalam tu’ berserta emoji tertawa sehingga mengeluarkan air mata kepada gambar dan video keadaan konsert yang dimuatnaik oleh Kosmo Online.
Ciapan itu dibuat menyusuli komen netizen lain pada muat naik berkenaan.
Hanis menegaskan tidak mempunyai sebarang sentimen perkauman ketika memuatnaik ciapan yang sekadar jenaka dan merujuk kepada keadaan stadium dipenuhi puluhan ribu penonton.
Ads
Ekoran daripada teguran itu, Hanis memadam komen berkenaan pada 29 Januari dan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman media sosialnya ekoran kekhilafan itu.
Hanis mengakui amat kesal dengan keterlanjuran ciapannya dan menegaskan bahawa dirinya bukan seorang yang ‘rasis’ dan membesar dalam masyarakat majmuk di Kluang, Johor serta memiliki ramai rakan berbangsa India, terutama sebagai atlet negara.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari perkahwinan merupakan hari yang paling bahagia apabila ia turut diraikan oleh insan tersayang, saudara mara mahupun rakan-rakan.Namun demikian atas rasa sedih dan berkecil hati, seorang wanita di China nekad meletakkan jawatan selepas kecewa kerana hanya seorang daripada 70 rakan sekerja menghadiri majlis perkahwinannya, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Rasa ‘Dimalukan’ Rakan Sekerja
Menurut laman berita ETtoday, wanita yang identitinya tidak dinyatakan itu meluahkan rasa kecewa di media sosial kerana dimalukan oleh rakan-rakan sekerja pada hari bahagianya.
Wanita berkenaan dikatakan bekerja di syarikat tersebut selama lima tahun dan mengaku mempunyai hubungan rapat dengan rakan-rakan sekerjanya.
Hadir Majlis Kahwin Rakan Sekerja
Dia juga pernah menghadiri majlis perkahwinan satu pertiga daripada 70 rakan sekerjanya, justeru, apabila tiba gilirannya untuk berkahwin, dia yakin mereka akan turut serta.Selain itu, dia menjemput kesemua mereka kerana bimbang ada yang akan berkecil hati sekiranya tidak dijemput.
Tidak dinyatakan sama ada tetamu perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum majlis berlangsung atau sebaliknya.
Pada hari perkahwinan tersebut, wanita berkenaan telah mengkhususkan enam meja khas buat semua rakan sekerjanya namun malangnya, hanya seorang yang hadir.
Rakan yang hadir itu merupakan seorang pekerja junior yang berada di bawah seliaannya, yang mungkin berasa bertanggungjawab untuk hadir ke acara itu.
Berdasarkan hantaran di laman sosial Weibo, wanita tersebut berkata, dia berasa dimalukan di hadapan tetamu lain terutamanya keluarga sebelah suaminya.
Dia akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan kerana enggan terus bekerja dengan orang yang telah memalukannya pada hari perkahwinan sendiri.
Mingguan Wanita:Kasihannya. Faham sangat perasaan sedih dan kecewa tu. Hari bahagia sepatutnya diraikan dengan kawan-kawan, dah dijemput namun tak datang. Sangat rasa tak dihargai. Bertabahlah ada kawan-kawan sebegini. Seeloknya cari persekitaran kerja yang lebih positif dan menghargai kawan.
Pendakwah selebriti Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu.
Hakim, Norazlin Othman memutuskan memerintahkan Syed Shah Iqmal, 29, dihukum serta-merta selepas didapati bersalah kerana gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Suasana menjadi lebih hiba apabila kelibat isterinya, pengacara, Hana Ismail, 38, yang baru melahirkan anak 16 hari lalu menangis teresak-esak sebaik mendengar keputusan tersebut. Untuk rekod, Hana sedang dalam proses berpantang usai melahirkan cahayamata sulungnya baru-baru ini.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 malam, 11 September 2019 lalu.
Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, daripada tuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.
Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Siapa sangka barangan keperluan harian menggunakan sampel percuma, boleh jimat sehingga RM38,000 dalam masa 2 tahun!
Sebenarnya memang ada pelbagai cara untuk menjimatkan perbelanjaan harian mahupun bulanan. Rajin mengumpul dan menggunakan sampel percuma yang diberikan oleh pelbagai pengeluar produk adalah salah satu caranya.
Ketagih Ambil Sampel Percuma
Seorang wanita yang ketagih mengambil sampel percuma mengaku berjaya menjimatkan wang lebih 7,000 pound (RM37,514) dalam tempoh dua tahun dengan hanya menggunakan barang berkenaan.
Lapor Daily Mail, Maria Sillaste, 33, dari Liverpool mula mengumpul sampel percuma itu sejak dua tahun lalu.
Sampel PERCUMA Pelbagai Produk
Katanya, sampel percuma yang diambil terdiri daripada pelbagai produk termasuk makanan, minuman, penjagaan kulit dan juga peralatan rumah.
“Saya mula ketagih memburu barangan demikian selepas melihat hantaran mengenai cara mendapatkan sampel minyak wangi secara percuma dalam media sosial.
“Sejak itu, saya mencari lebih banyak lagi sampel percuma yang boleh digunakan untuk keperluan harian,” katanya.
Jimat Banyak Wang
Menurut Sillaste, dia menyedari mampu menjimatkan lebih banyak wang dengan hanya menggunakan barang percuma yang dikumpulkannya.
Katanya, salah satu sampel percuma terbaik dimilikinya setakat ini adalah pengisar jenama Tefal yang berharga 150 pound (RM803.88).
“Antara barang yang paling bermanfaat kepada saya adalah mendapat baucar beli-belah secara percuma,” katanya.
Kumpul Sampel Bersama Keluarga
Jelas Sillaste, dia juga menggunakan baucar percuma itu untuk mengumpul barang keperluan untuk keluarganya.
“Saya pernah mendapat sampel minuman, snek, penjagaan kulit, minyak wangi, barang daripada jenama besar, peralatan rumah, lampin bayi, kain lap dan baucar untuk dibelanjakan secara percuma.
“Mengumpul sampel percuma sudah menjadi sebahagian kehidupan keluarga saya, malah kami gemar buat bersama-sama untuk menikmati barangan percuma tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak,” katanya.