‘Saya Bukan Hero..’ Kerana Ini Dr Say Teruskan Niat Jadi Frontliner

Doktor sambilan, Dr Say Shazril Shaharuddin bertekad tetap teruskan niat turun padang menjadi sebahagian daripada barisan hadapan negara. Biarpun niat awalnya mahu berkhidmat sebagai frontliner ini mendapat bantahan orang tua.

Faham benar, akan perasaan orang tua yang berasa bimbang akan faktor keselamatan anak dan isteri Dr Say, jika benar anaknya itu mahu meneruskan niat. Bagaimana pun, akhirnya hasrat Dr Say mendapat restu kedua ibu bapanya. Malah, mereka tetap memberi sokongan yang tak berbelah bagi.

Kata Dr Say “Sebulan lepas sebelum saya isi borang untuk sukarelawan saya bagitau parents saya dahulu akan niat saya untuk volunteer. Dan mereka terus reject. Kata mereka “Its too dangerous boy. Think of Ace & Azura. What if u got the infection & spread it to them? Kesian kat Ace, dia kecik lagi”.

Saya tahu, saya patut dengar nasihat ibu bapa saya tapi kalau one day saya ditanya “Where were u when your country need u most?” Apa saya nak jawab peeps.

IKLAN

Kalau saya rakyat jelata, i’d be more than proud to say “i stayed at home like a responsible citizen should” tapi saya doktor, freelance pulak tu takkan saya nak tengok je rakan sejawat saya bertungkus-lumus sedangkan saya duduk rumah ber-dalgona coffee? Atas sebab ni saya terpaksa tolak tepi larangan parents saya.

Mak Restu Niat Jadi Frontliner Dengan Iringan Doa

Pagi semalam saya mesej parents saya yang saya akan memulakan misi sukarelawan bersama @mercymalaysia. Pantas mak saya reply “Praises to your kind volunteerism. Just make sure you take very very good care of yourself. Plz keep in touch and let us know your where about. Love you

IKLAN

Berair mata saya peeps. Bayangkan parents saya yang pada awalnya melarang keras kerana concern akan kesihatan saya & orang sekeliling saya akhirnya akur dengan keputusan saya. Ia cukup bermakna buat saya.

Kerana saya tahu pasti kita semua dah penat & meluat dengan COVID ni. Kita nak dia berakhir dengan cepat supaya kita dapat berjumpa yang tersayang, dapat menikmati masa bersama, dapat berpuasa & beraya bersama. Tapi selagi COVID masih ada, saya tahu kita tak berani nak merisikokan kesihatan orang tua kita.

IKLAN

Maka here i am, answering my nation’s calling. I am not a hero but i am proud to say i am here when my country need me the most!

Dr Say mendirikan rumah tangga dengan Dr Azura Abas dan dikurniakan seorang cahayamata, Aezriel yang lebih senang dipanggil Ace.

MW : Semoga Dr Say dan team dipermudahkanNya dan dilindungiNya sepanjang bertugas sebagai petugas barisan hadapan negara.

Sumber/Foto : Say Shazril

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI