”Saya bukan ‘genius’, perlu bekerja keras.” Pelajar Malaysia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech. Menurut pelajar cemerlang ini dirinya bukan seorang ‘genius’ secara semula jadi.
“Saya tidak ponteng kelas, mengambil nota dengan tekun. Yang lebih penting saya mengambil inisiatif untuk berhubung dengan profesor dan rakan sekelas saya, yang benar-benar meningkatkan pemahaman saya tentang subjek itu,” katanya.
Benarlah, mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran adalah pencapaian yang diidam-idamkan oleh semua yang bergelar pelajar.
Lebih membanggakan lagi apabila pencapaian cemerlang diukir di luar negara, ia membuktikan pelajar Malaysia juga setanding di peringkat antarabangsa.
Perlu Bekerja Keras
Baru-baru ini pelajar Malaysia, Irdina Shahriman, 24, melakar kejayaan hebat apabila muncul berada di tempat pertama dalam kalangan hampir 10,000 pelajar di Virginia Tech (VT), Amerika Syarikat.
Berikut 10 info menarik kejayaan membanggakan yang diraih anak muda ini:
Ads
Pelajar Malaysia CGPA 4.0
1. Irdina adalah pelajar Program Pertukaran Sarjana Muda Amerika (ADTP) Yayasan Tenaga Nasional meraih Kelas Pertama (CGPA 4.0) Sarjana Muda Kejuruteraan Kuasa Elektrik Pengkhususan Tenaga dan Sistem Kuasa Elektronik.
2. Anak muda dari Subang jaya, Selangor itu dianugerahkan pingat Phi Kappa Phi untuk Kolej Kejuruteraan iaitu anugerah yang diberikan kepada graduan senior dengan pencapaian akademik tertinggi.
3. VT ialah universiti penyelidikan yang menduduki tempat ke-75 di AS dan antara 100 teratas dalam lapan mata pelajaran.
Raih Tempat Pertama Di Virginia Tech
5. Dia malah meraih ranking pertama di VT, kolej dan bidang pengkususan bagi tahun akademik 2019-2020 dan 2018-2019.
Ads
6. Irdina bukan sahaja cemerlang akademik, malah turut aktif dalam aktiviti luar. Dirinya pernah memegang jawatan Naib Presiden Persatuan Pelajar Malaysia, Virginia Tech.
7. Semasa di INTEC, Irdina pernah menggondol Anugerah Ketua Eksekutif (2017 & 2018).
8. Dia turut dinamakan sebagai penerima Anugerah CEO untuk pencapaian akademik cemerlang dengan PNGK 4.0 ketika menamatkan Program Ijazah Yayasan Amerika (39 jam kredit) dan menjadi penerima Anugerah CEO dengan pencapaian PNGK 3.90 bagi Program Ijazah Pemindahan Amerika (40 jam kredit).
9. Selain bahasa Melayu dan Inggeris, dia turut mempunyai kemahiran asas dalam bahasa Jepun dan Cina.
Ads
10. Difahamkan, setelah pulang ke Malaysia, Irdina kini sedang menunggu penempatan di Tenaga Nasional Berhad.
Mingguan Wanita : Ternyata untuk berjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Namun kisah Irdina ini cukup memberi inspirasi serta membuktikan bahawa usaha yang keras membuktikan seorang wanita mampu berjaya di mata dunia.
Pelakon berbakat, Elisya Sandha, mengumumkan berita gembira beliau kini hamil anak kedua. Perkhabaran tersebut dikongsikan menerusi laman media sosialnya, diiringi video penuh kasih bersama suami, Uzair Haqimy, serta anak sulung mereka, Bunga Elhaq.
Elisya, yang sering mencuri perhatian dengan watak-watak emosional dalam drama tempatan, menyatakan rasa syukur dan teruja dengan rezeki terbaru ini.
“Bismillahirahmanhirahim. Syukur Alhamdulillah for another biggest Rizq in life ❤️ terima kasih atas doa kalian , @bungaelhaq nak jadi kakak dah” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Berita ini disambut dengan ucapan tahniah dan doa daripada peminat serta rakan selebriti, yang tidak sabar untuk melihat Elisya memikul sekali lagi peranan sebagai ibu kepada dua cahayamata.ucapan tahniah turut dikongsi oleh ibu mentua Elisya, Sheila Rusly yang memanjatkan rasa syukur di atas kurniaan ini.
Bagi Elisya, pengalaman menjadi ibu kepada Bunga Elhaq telah banyak mengubah perspektif hidupnya, menjadikannya lebih matang dan penyayang. Malah Elisya mengakui persoalan menambah zuriat pernah diajukan oleh ibu mentuanya dan ternyata doa ibu mentuanya dimakbulkan untuk menimang zuriat kedua tahun hadapan.
Uzair Haqimy Azman, suami kepada Elisya dan anak lelaki kepada penerbit terkenal Sheila Rusly, turut meluahkan rasa syukur atas berita bahagia ini. Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2021, sememangnya sering mendapat perhatian ramai kerana hubungan yang harmoni dan penuh kasih sayang.
Semoga perjalanan kehamilan kedua Elisya berjalan lancar dan keluarga kecil ini terus diberkati dengan kebahagiaan dan rezeki yang melimpah.
Sebelum ini Mingguan Wanita pernah berkongsi kisah Umur 73 Tahun, Wanita India Selamat Lahirkan Bayi Kembar Perempuan!. Meskipun telah memasuki usia warga emas, hasrat dan impian untuk bergelar mak dan ayah tak pernah padam mahupun putus asa. Usaha dan kegigihan pasangan suami isteri lanjut usia dari India untuk menjadi mak dan ayah, akhirnya menjadi kenyataan.
Namun demikian, terkini dilaporkan pasangan ibu bapa tertua di dunia tersebut telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Andra Pradesh, India, seminggu selepas si isteri melahirkan anak kembar pada usia 73 tahun, 5 September lalu.
Bayi kembar perempuan yang sihat dan selamat dilahirkan. Kredit foto: India Photo Agency/SWNS
Belum sempat mencurah kasih pada anak-anak tersayang yang pertama kali dilahirkan secara pembedahan, pasangan ini telah jatuh sakit. Mangayamma Yaramati mengalami angin ahmar sejurus selepas bersalin, manakala suaminya Sitarama Rajarao, 82, mengalami serangan jantung.
57 Tahun Menanti Cahaya Mata
Pasangan itu berkahwin pada 1962 dan menunggu selama 57 tahun sebelum dikurniakan cahaya mata menerusi kaedah persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) yang disifatkan sebagai keajaiban dalam dunia perubatan.
Dr Sanakayyala Umashankar yang merawat pasangan itu berkata, Mangayamma dimasukkan ke ICU kerana tekanan selepas melalui proses bersalin selama tiga jam dan ditempatkan di unit itu sejak lebih seminggu lalu.
MW: Bersalin lewat usia apatah lagi pada usia warga emas memang mempunyai risiko yang tinggi. Ditambah faktor kesihatan yang tidak menentu. Semoga pasangan warga emas ni diberi kesihatan yang baik dan berpeluang mencurah kasih pada anak-anak yang dilahirkan.
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu adalah tempoh yang sangat panjang bagi sesetengah individu. Biar pun ramai yang tahu langkah ini diambil demi keselamatan bersama bagi mencegah penularan COVID-19.
Tetapi ramai mula mereka pelbagai alasan untuk bebas bergerak termasuklah “pergi bekerja”. Memandangkan sesetengah pihak menggunakan alasan bekerja untuk bergerak bebas.
Maka kerajaan telah mengambil tindakan khusus untuk menangani masalah ini. Oleh itu, jika kakitangan terpaksa bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, majikan diwajibkan untuk mengeluarkan surat pelepasan perjalanan.
Wajib Keluarkan Surat Pelepasan
KUALA LUMPUR: Setiap agensi kerajaan dan majikan swasta diarah mengeluarkan surat pelepasan perjalanan kepada setiap kakitangan yang terpaksa bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bagi mengelakkan ada pihak sengaja bergerak bebas keluar tanpa alasan munasabah dengan segelintirnya mendakwa perlu memenuhi tuntutan bekerja.
Katanya, Ketua Setiausaha (KSU) setiap kementerian akan mengeluarkan surat pelepasan dan kebenaran perjalanan kepada setiap pekerja, manakala Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mendapatkan surat yang sama daripada majikan swasta.
Selesaikan Melalui Pas Perjalanan
“Ada masalah melalui sekatan polis (beri alasan pergi bekerja), ini akan dapat diselesaikan melalui pas perjalanan (dikeluarkan) KSU kementerian dan pejabat swasta,” katanya pada sidang medianya yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, berkata majikan juga tidak dibenarkan menyekat gaji pekerja yang terpaksa diberi cuti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
“Kita akan berbincang dengan Menteri Kewangan supaya gaji mereka (yang diberi cuti) berjalan seperti biasa. Kita tidak benarkan jika ada majikan ambil kesempatan, ada majikan minta pekerja tandatangan bersetuju cuti tanpa gaji. Kita tidak benarkan mereka bekerja, tapi gaji jalan seperti biasa,” katanya.
Sumber: Berita Harian
MW: Sepanjang tempoh di rumah ini sebaiknya mak,ayah gunakan sebaik mungkin untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Janganlah terlalu pentingkan diri, kemudian mengambil langkah bergerak sesuka hati. Duduk di rumah diam-diam ya semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...