“Saya Berubah Jadi Lebih Baik Selepas Ditinggalkan.” Terima Kasih Kerana Curang

Share

“Saya berubah jadi lebih baik selepas ditinggalkan.” Terima kasih kerana curang kerana hidupnya bertambah baik dan kini menjadi seorang finalis pertandingan Ratu Cantik Banten 2021.

Malahan dalam masa yang sama, gadis ini mendedahkan bahawa dia pernah dicurangi bekas teman lelaki kerana menganggap penampilannya tidak secantik gadis-gadis popular di media sosial, lapor portal Wolipop.

Saya Berubah

Amalia Fauziyyah Idris dalam satu hantaran di TikTok berkongsikan gambar lamanya pada tahun 2019 sambil mengucapkan terima kasih kepada bekas teman lelakinya kerana menjadikan dirinya seperti hari ini.

“Buat Arip yang curang kepada saya kerana berpendapat saya tidak secantik gadis-gadis di TikTok. Terima kasih kerana curang. Kerana awak, kini saya mendapat yang lebih baik,” katanya pada hantaran tersebut.

Menurut Amalia, ketika itu, dia berasa tidak yakin dengan diri sendiri kerana sering dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain.

Baca Di Sini : Suami Yang Baik, Tidak Akan Jadikan Kekurangan Isteri Sebagai Alasan Untuk Curang

Jadi Lebih Baik Selepas Ditinggalkan

“Saya ditinggalkan kerana dia (bekas kekasih) menyukai orang lain. Itu adalah kisah yang berlaku ketika zaman belajar,” ujarnya.

Tambah Amalia, disebabkan sering dibandingkan dengan gadis lain, dia pernah mengamalkan diet tidak sihat sehingga menyebabkan dirinya tertekan.

Terima Kasih Kerana Curang

“Saya enggan bertemu dengan orang lain dan tidur di bilik yang gelap. Selepas tiga bulan, saya cuba memaafkan dan berdamai dengan diri sendiri serta orang lain yang menyakiti hati saya.

“Saya juga mula melakukan pelbagai perkara positif untuk membantu diri menjadi lebih cantik secara semula jadi termasuk dengan bergelar finalis Ratu Cantik Banten 2021,” katanya. – AGENSI

Artikel Berkaitan: Hotel Heartbreak,UK Bantu Wanita Putus Cinta Lupakan Bekas Kekasih Curang!

Mingguan Wanita ; Kadang-kadang ujian dalam hidup membuatkan seorang wanita berubah ke arah yang lebih baik dan berdaya maju. Tidak semua perpisahan itu menyedihkan.

Sumber : Kosmo Online

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar.  Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.   

Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura  

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat