“Saya bersedia, doakan Sarah tau” failkan tuntutan cerai terhadap Syamsul. Pergolakan rumah tangga antara Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof menjadi perhatian umum sejak akhir-akhir ini.
Kemelut tersebut sampai ke kemuncak apabila Syamsul mengakui sudah bernikah dengan isteri keduanya, Ira Kazar.
Akhirnya isteri pertama Syamsul yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana telahpun mengambil keputusan untuk berpisah.
Seperti yang diwar-warkan sebelum ini Puteri Sarah mengesahkan akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.
Saat dan masanya telah tiba dan pada jam 10.30 pagi tadi kelibat Puteri Sarah bersama dua orang adiknya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Ternyata wajah Puteri Sarah begitu ceria dan dia bersemangat kerana dua adiknya menemani.
“Hari ini saya bersedia, bersemangat sebab ada adik-beradik datang bersama.
“Okay saya nak kena masuk dalam (mahkamah), doakan Sarah tau” ungkap Sarah sambil melambai tangan kepada para media.
Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Ibu kepada dua anak itu mengakui keputusan yang dibuat sebagai petunjuk dari Allah atas jawapan kepada doa dipanjatkan ketika menunaikan umrah di Makkah, tahun lalu.
Meluahkan seperti mana laporan Berita Harian, Puteri Sarah turut menolak dakwaan dirinya anti poligami susulan kenyataan tidak rela bermadu.
“Ramai kata Sarah tak nak poligami. Malah, ada juga yang anggap Sarah anti poligami.
“Mereka kata Sarah tak nak Ikut suruhan Allah. Itu semua tak betul.
“Cuma Sarah, Syamsul dan pastinya, isteri baharunya, keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) sahaja yang tahu apa yang berlaku di sebaliknya.
“Jadi, Sarah rasa cukup-cukuplah,” luah Puteri Sarah.
Akui dirinya reda dengan apa sahaja yang ditakdirkan untuknya. Malah dia juga telah nekad untuk memfailkan perceraian.
“Sarah pergi umrah bulan puasa tahun lepas dan minta Allah tunjukkan jalan keluar.
“Inilah petunjuk Allah pada Sarah dengan apa yang berlaku. Keputusan bercerai adalah Allah yang gerakkan hati Sarah.
“Sarah memang reda dengan apa yang terjadi. Walaupun ada yang mempertikaikan betulkah Sarah reda.
“Sarah tahu apa yang berlaku di sebaliknya,” tegasnya.
Baca Disini : Puteri Sarah Mahu Kebenaran Sebelum Buat Keputusan Tentang Hati
Puteri Sarah Tak Rasa Menyesal, Mohon “Doakan Benda Terbaik Untuk Saya, Anak-Anak”
Sumber / Sumber Foto : Mstar Online & Berita Harian