“Saya bersedia, doakan Sarah tau” failkan tuntutan cerai terhadap Syamsul. Pergolakan rumah tangga antara Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof menjadi perhatian umum sejak akhir-akhir ini.
Kemelut tersebut sampai ke kemuncak apabila Syamsul mengakui sudah bernikah dengan isteri keduanya, Ira Kazar.
Akhirnya isteri pertama Syamsul yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana telahpun mengambil keputusan untuk berpisah.
“Saya Bersedia, Doakan Sarah Tau”
Seperti yang diwar-warkan sebelum ini Puteri Sarah mengesahkan akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.
Saat dan masanya telah tiba dan pada jam 10.30 pagi tadi kelibat Puteri Sarah bersama dua orang adiknya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Ternyata wajah Puteri Sarah begitu ceria dan dia bersemangat kerana dua adiknya menemani.
“Hari ini saya bersedia, bersemangat sebab ada adik-beradik datang bersama.
“Okay saya nak kena masuk dalam (mahkamah), doakan Sarah tau” ungkap Sarah sambil melambai tangan kepada para media.
Ads
Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Keputusan Petunjuk dari Allah
Ibu kepada dua anak itu mengakui keputusan yang dibuat sebagai petunjuk dari Allah atas jawapan kepada doa dipanjatkan ketika menunaikan umrah di Makkah, tahun lalu.
Meluahkan seperti mana laporan Berita Harian, Puteri Sarah turut menolak dakwaan dirinya anti poligami susulan kenyataan tidak rela bermadu.
“Ramai kata Sarah tak nak poligami. Malah, ada juga yang anggap Sarah anti poligami.
“Mereka kata Sarah tak nak Ikut suruhan Allah. Itu semua tak betul.
Ads
“Cuma Sarah, Syamsul dan pastinya, isteri baharunya, keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) sahaja yang tahu apa yang berlaku di sebaliknya.
“Jadi, Sarah rasa cukup-cukuplah,” luah Puteri Sarah.
Nekad Failkan Cerai
Akui dirinya reda dengan apa sahaja yang ditakdirkan untuknya. Malah dia juga telah nekad untuk memfailkan perceraian.
“Sarah pergi umrah bulan puasa tahun lepas dan minta Allah tunjukkan jalan keluar.
“Inilah petunjuk Allah pada Sarah dengan apa yang berlaku. Keputusan bercerai adalah Allah yang gerakkan hati Sarah.
Ads
“Sarah memang reda dengan apa yang terjadi. Walaupun ada yang mempertikaikan betulkah Sarah reda.
“Sarah tahu apa yang berlaku di sebaliknya,” tegasnya.
Hebat ujian pelawak, Shuib Sepahtu ini. Memaklumkan perkembangan terbaru isteri, kata Shuib, Siti Sarah ditiarapkan bagi membolehkan oksigen dan paru-parunya boleh bekerjasama.
Selepas melalui pembedahan mengeluarkan bayi pramatangnya, Siti Sarah masih belum sedarkan diri. Dekat 30 jam Sarah koma selepas dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HUKM.
Memandangkan ketika dimasukkan ke ICU, Sarah kena jangkitan Covid-19. Keadaan itu membuatkan paru-parunya banyak terkesan.
Jantungnya juga sudah lemah, berkemungkinan jantungnya banyak bekerja ketika proses mengeluarkan bayinya semalam.
Siti Sarah Ditiarapkan, Ada Sedikit Darah Beku Di Paru-paru
Ketika ini, apa yang mereka harapkan adalah paru-paru Siti Sarah dapat kembali normal dan membekalkan oksigen dalam badan.
“Difahamkan ada sedikit darah beku pada paru-paru.” Doktor juga tidak boleh berbuat apa-apa padanya buat masa sekarang. Kerana Sarah baru saja melalui pembedahan mengeluarkan bayinya.
Tentunya perkembangan ini sedikit sebanyak mengundang resah di hati Shuib. Sehinggakan apabila ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali dia menjadi takut.
Tapi jika tak dijawab, bimbang itu panggilan dari doktor yang mahu memaklumkan perkembangan isterinya.
Rindu Ini Menyakitkan
Tak mudah bagi Shuib yang ketika ini berada di rumah bersama tiga orang anak-anaknya. Sukar baginya untuk melalui setiap saat tanpa kehadiran isterinya itu.
Maka itulah perkongsiannya, ‘rindu ini menyakitkan, Allahuakbar’ Dan tanpa Sarah membuatkan hati menjadi rindu dan sayu.
“Apabila rindu datang, jadi sakit.” Membuatkan jadi sukar untuknya hadapi. Setiap sudut ada bayangan isteri. Jadi teringat-ongat.
“Nak kawal sayu, tapi tak boleh.”
Keadaan itu membuatkan Shuib cuba bercakap dalam hati, kadangkala bercakap sendirian. Harapannya agar didengari isteri.
Sehingga ke hari ini, Shuib tak putus menerima kiriman mesej dan gambar baik dari orang persendirian mahupun anak-anak tahfiz yang membaca Yassin dan doa selamat untuk isterinya.
Akuinya, usaha yang mereka lakukan itu sentiasa mengharukannya malah berterima kasih untuk kiriman doa tersebut. “Ia satu rahmat terlalu besar buat kami.”
“Saya balikkan semua doa kepada mereka. Kepada yang sedang menderita Covid-19, semoga terus tabah. Ini masa kita sama-sama doakan orang lain.”
Mingguan Wanita :Mendoakan agar Siti Sarah kembali sedar dan bayinya dalam keadaan sihat. Semoga Shuib dan anak-anak dapat melalui ujian hebat ini dengan tenang dan dipermudahkanNya.
Kuih Kaswi antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang lemak manis dan lembut, memang sedap dinikmati bila-bila masa. Jika selalu kita buat kuih Kaswi Gula Merah masukkan dalam loyang je, boleh cuba resipi Kaswi Pandan.Memang sedap dan cantik. Resipi guna sukatan cawan memang mudah, guna acuan boleh dapat 24 biji.
Ikut resipi Kaswi Pandan Cantik yang dikongsikan oleh Puan Ziela Ramliini sebagai rujukan;
Si hijau cantek ni asyik lalu lalang dekat wall FB, hari ni kena juga buat. Bukan sebab viral tpi sebab suka tengok yang cantik-cantik.
Orang selalu kata indah khabar daripada rupa, tapi hari ni nak tukarlah, “seindah rupa dan khabar.” Tak manis sangat, sedap dan kena dengan tekak. Tekstur kenyal-kenyal sebab tu ada yang bagi nama “ Kaswi Gedik” tpi ada juga yang bagi nama “Kaswi Cantik ”. Excited oo masa keluarkan dari acuan. Memang cantekk pun! Ada yang dah jatuh hati?
Kuih KASWI pandan lembut bergedik,kenyal dan cantik.
Bahan-Bahan:
1 cawan air pandan (kisar 4 helai daun pandan )
1 cawan santan cair
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan gula
1 sb air kapur
sedikit garam
1. Acuan sapu dulu dengan sedikit minyak.
2. Isi adunan sehingga penuh acuan tu dan kukus 15 minit.
3. Dah masak angkat tunggu kuih betul-betul sejuk baru keluarkan daripada acuan.
Info Ekstra!
Resepi ni boleh dapat lebih kurang 24 biji kuih.
Kelapa parut kukus sekejap untuk tahan lama tak mudah basi.
Mingguan Wanita: Memang cantik, elok kenyal lembut bergedik kuih kaswi pandan ni bila ikut resipi ni. Nak buat pun mudah, ikut sukatan cawan dan guna acuan cantik ni, mesti jadi nanti.
”Henti sebar fitnah, ibu masih bersedih.” Pemandu Myvi pitam selepas ziarah kubur arwah suaminya kerana mengalami hipoglisemia (glukosa darah rendah).
Ternyata insiden yang berlaku adalah di luar kawalan dan wanita ini pitam semasa ingin keluar daripada parkir yang terletak di kawasan tersebut.
Henti Sebar Fitnah
Anak kepada wanita yang terbabas ke kawasan Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang, Negeri Sembilan, semalam meminta supaya orang ramai berhenti menularkan gambar kejadian dan mencaci ibunya.
Menurut Syafiq Sidek, 30, dia sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu semalam, bagi meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat hantaran di Facebook (FB) yang berunsurkan fitnah dan makian itu.
Ibu Masih Trauma
“Ibu masih trauma dan bersedih kerana baru saja kehilangan suami tercinta akibat Covid-19 pada Ogos tahun lalu. Arwah dikebumikan di lokasi kejadian.
“Saya mohon jasa baik semua untuk menghentikan tular ini. Kami sekeluarga berusaha untuk memberi semangat kepada ibu,” katanya.
Tambah Syafiq, dia sekeluarga dengan ikhlas memaafkan individu yang mencaci ibunya di FB sebelum ini kerana menganggap mereka tidak mengetahui punca kejadian.
“Kami sudah lalui saat yang perit dan sukar sebelum ini jadi tidak mahu orang lain rasa apa yang kami rasa. Cukup kami sekeluarga saja yang menanggungnya.
“Bagaimanapun, jika masih ada pihak yang masih menyebarkan fitnah, kami akan teruskan tindakan melalui SKMM terhadap pihak berkenaan.
“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada wartawan Harian Metro dan polis kerana memberikan laporan yang betul bagi menjelaskan keadaan sebenar,” katanya.
Selepas Ziarah Kubur
Harian Metro semalam melaporkan sebuah Perodua Myvi terbabas ke dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam Forest Heights selepas pemandunya pitam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pemandunya dikatakan mengalami hipoglisemia (glukosa darah rendah) ketika mahu memandu keluar dari kawasan parkir selepas menziarahi kubur suaminya.
Mingguan Wanita : Kepada netizen, hentilah menyebar berita yang tidak benar. Sebaiknya janganlah terlalu cepat menghukum sehingga tidak mencari punca sebenar kejadian berlaku. Bimbang memakan diri akhirnya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...