“Saya Berharap Hari Ini Akan Bermula Buku Baharu Dalam Hidup,” Puteri Sarah

Share

“Saya Berharap Hari Ini Akan Bermula Buku Baharu Dalam Hidup,” Puteri Sarah. Kemelut krisis rumahtangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof hampir menemui titik nokhtahnya. Hari ini kes perceraian yang telah difailkan sebelum ini, akan dimuktamadkan keputusannya di mahkamah.

“Saya sudah lama reda.”

Demikian kata pelakon Puteri Sarah ketika ditanya perasaan dirinya yang bakal berdepan kes perceraian dengan suami juga pengarah terkenal Syamsul Yusof, di Mahkamah Syariah, di sini, pagi ini.

Lebih Tenang & Mendapat Sokongan Keluarga

Puteri Sarah, 38, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia juga lebih tenang selain mendapat sokongan daripada keluarga dan ibu bapa mentua.

“Hari ini saya berpuasa dan sebelum keluar rumah tunaikan solat sunat dua rakaat. Saya berharap hari ini akan bermula buku baharu dalam hidup saya.

“Kalau nak ditanya soal perasaan, sejujurnya hari ini saya lebih tenang. Saya percaya Allah sudah tulis dan aturkan yang terbaik buat saya dan anak-anak. Apa pun yang terjadi hari ini, ia adalah ketentuan Allah SWT.

“Kedua ibu bapa saya tak datang hari ini begitu juga kedua mentua. Saya tahu mereka sedih. Tapi, jauh di sudut hati mereka tetap mahukan saya gembira dan membahagiakan diri sendiri,” katanya.

Lebih Setahun Tak Jumpa Suami

Ditanya apakah perasaan untuk berjumpa Syamsul hari ini, Puteri Sarah berkata dia biasa-biasa saja.

“Sejujurnya, saya sudah lebih setahun tak berjumpa dengannya,” katanya ringkas.

 

Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu apabila tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua pada awal tahun ini.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Mesti Baca:Rezeki Tertutup Bila Pukul Isteri, A Aida Tak Akan Beri Tawaran Berlakon Pada Hafidz Roshdi
Baca Lagi Di Sini:Puteri Sarah Terkedu, Syaikhul Tanya “Mama Betul Ke Ayah Kahwin Lain?” Nak Kena Jawab Apa


Artikel Menarik:Syamsul Yusof Throwback Percutian Bersama Puteri Sarah, Guna Lagu Latar “Aku Masih Sayang”

Mingguan Wanita: Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan keputusan terbaik pada hari ini setelah sekian lama bersabar. Semoga dapat membuka lembaran baru dan kehidupan lebih baik hendaknya.

Sumber: Hmetro
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab