Berita

“Saya Akan Sentiasa Merindui Arwah, Anak Yang Baik” Fauziah Ahmad Daud Reda Pemergian Adik Lelaki Tunggal

Share

“Saya akan sentiasa merindui arwah, anak yang baik” itulah antara luahan seniwati Fauziah Datuk Ahmad Daud yang baru saja kehilangan insan tersayang iaitu arwah adik lelaki tunggalnya, Fazal Datuk Ahmad Daud.

Menurut Fauziah pemergian adik lelakinya, Allahyarham Fazal akibat masalah batu karang dalam hempedu.

“Saya Akan Sentiasa Merindui Arwah”

Seperti yang dikongsi Fauziah memberitahu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 7 pagi tadi di kediamannya di Taiping, Perak. Rupanya, arwah sudah lama menghidap penyakit tersebut dan merahsiakannya daripada adik-beradik.

“Sejak dari bulan Oktober lagi dia sudah dimasukkan ke hospital. Sudah tiba masanya dia pulang ke negeri abadi.

“Arwah meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi di kediamannya di Taiping, Perak.

“Walaupun sudah melakukan pembedahan, namun tahap kesihatannya terus merosot dan lemah,” kata Fauziah.

Anak Yang Baik

Sebagai seorang kakak, Fauziah juga menerangkan arwah Fazal merupakan seorang anak yang sangat baik.

“Saya akan sentiasa merindui arwah. Dia anak yang baik jenazah dibawa dari Taiping ke rumah keluarga kami di Taman Melawati sebelum dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor.

 

Baca Disini : Nur Aminah Aishah Cinta Hati Fauziah Ahmad Daud “Perangainya Persis Arwah Mak, Lemah Lembut Orangnya”

Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

 

Published by
Norhayati Suboh