Kesan wabak Covid-19 ini bukan kecil-kecil anak. Ketika catatan ini dikongsikan Cikgu Mohd Fadli Salleh pada awal November lalu, sahabat facebook yang dikenali terpaksa menutup 6 buah kedai kesan dari pandemik ini. Ada juga yang gulung tikar.
Masuk Disember ini tentu lah lebih ramai yang terkesan dengannya. Sesungguhnya kesusahan hidup ketika ini benar-benar nyata.
Kesan dari wabak COVID-19 bukan mainan. Ia real. Sangat real. Dan sangat ramai sebenarnya kawan-kawan aku sendiri terkesan.
Petang semalam (ketika status ini dimuatnaik pada 1 November 2020), aku bantu kawan aku Encik Seken keluarkan barang dari studio martial art dia. Bawa team Dana Kita untuk angkut semua barangan.
Dia terpaksa keluar, tidak lagi mampu menanggung bebanan sewa kedai, segala bagai bil-bil sedangkan studionya sunyi.
MCO kali pertama bertahan sedaya upaya. Segala simpanan diguna untuk terus kekal bertahan. Sebaik MCO ditamatkan, dia baru nak menarik nafas lega.
Ingin bina semula bisnes yang terjejas teruk. Dan sebaik PKPB dilaksanakan, dia tidak lagi mampu bertahan. Terpaksa melepaskan bisnes yang dia sayang.
Malam tadi aku terbaca, seorang kawan aku Herman Shah Jumasah. Kami asalnya dulu sekadar kawan maya. Perkenalan pertama aku dengan dia, bila dia join projek amal aku 3 tahun nan lalu.
Masa itu Dana Kita tidak wujud pun lagi. Hanya seorang aku ke sana ke mari memberi bantuan sekadar yang mampu. Dana sangat sedikit sedangkan sasaran sangat ramai.
Dan dia datang menyapa, datang bertemu dan menghulur tangan. Mengirim sumbangan dan memberi sepenuh kepercayaan untuk aku urus semuanya.
Surah terakhir amalkan baca surah At-Taubah ayat 128-129, rezeki masuk tak putus.
Malam tadi, tanggal 31 Oktober 2020, satu cawangan kedainya ditutup.
Lebih tepat, kedai ke enam ditutup untuk tahun ini saja.
Iya tuan-tuan. Enam buah kedai tutup terus. 7 tahun sebelum ini mampu bertahan, namun kesan dari wabak COVID-19 bukan kecil-kecil anak.
Ramai yang terduduk. Ya, ramai yang gulung tikar. Ramai yang tersepit. Bahkan ada yang langsung kehabisan simpanan dan duit sedang hutang bertimbun.
Di setiap post PM kita, banyak sungguh komen minta moratorium dilanjutkan dan simpanan KWSP akaun 1 mereka diberi kelonggaran untuk dikeluarkan.
Mereka dah tak mampu untuk bertahan. Mereka sudah buntu dan hilang sumber pendapatan dan mulai habis segala simpanan.
Kawan-kawan. Percayalah, ramai orang yang kita kenal rapat sebenarnya dalam kesusahan.
Meski pun mereka tidak meminta pertolongan, meski pun dari luaran mereka kelihatan baik-baik saja, namun mereka sebenarnya terkesan.
Tanya khabar adik-beradik kamu. Tanya khabar saudara mara kamu. Tanyalah khabar kawan-kawan kamu.
Dan jika mampu, bantu. Bantulah dengan kadar kemampuan kita. Ia pasti melegakan mereka walau sementara cuma.
Kita tidak tahu selama mana kita akan kekal di atas. Kehidupan adalah satu roda yang tidak dapat dijangka.
Di suatu masa, mungkin kita pula memerlukan bantuan mereka.
Semoga Allah permudahkan segala urusan dan murahkan rezeki kita bersama.
Selamat pagi semua!
#MFS
– The struggle is real –
Sumber/Foto : Mohd Fadli Salleh
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita