Satu Kesilapan Jika Ambil Mudah Penjagaan & Kesihatan Kuku, Bukan Senang Nak Cantik!

Share

Pada kebiasaanya ramai yang menyentuh mengenai penjagaan kulit wajah dan badan. Jarang sekali berbicara sisi-sisi tersembunyi seperti kuku. Memang benarlah kata orang nak jadi cantik ini tidak senang dan nak mengekalkan kecantikan itu juga tidak mudah.

Jangan Lepas Pandang Penjagaan Kuku

Sebenarnya cara penjagaan kuku juga sama pentingnya dengan tips kulit wajah, badan dan rambut. Walaupun banyak salun penjagaan kuku diluar sana, di rumah juga kita masih boleh memilikki kuku sihat dan cantik.

Antara tabiat yang boleh dihentikan ialah buang tabiat suka mengigit kuku. Tabiat ini jika tidak dihentikan lebih awal sudah pasti akan menjadi perkara yang sangat buruk bagi seseorang.

Tabiat mengigit kuku ini juga boleh mendatangkan kesan sampingan kerana kawasan kuku yang digigit itu kemungkinan besar akan mudah terdedah dengan kuman-kuman dan bakteria.

Selain itu ramai yang tidak tahu kuku juga ada pelembab khas setiap hari. Cara penjagaannya sangat mudah dan anda boleh lakukan dirumah. Anda hanya perlu memcuci kuku dengan mengunakan air suam, sabun dan berus kecil khas untuk kuku. Jadikan ia sebagai rutin anda setiap hari.

Tip Jaga Kuku Secara Tradisional

1. Caranya, tangan dan kuku direndam di dalam bekas yang berisi air lemon selama beberapa minit. Setelah itu, kuku akan digosok dengan hampas kelapa untuk membuang sel kulit mati. Kemudian, kotoran di bawah kuku akan dibersihkan sebelum minyak kelapa dan minyak aroma terapi disapu.

2. Kaki akan direndam dengan air limau dan garam bukit bagi membuang sel kulit mati di kuku kaki. Kemudian, keseluruhan kaki akan digosok dengan kelapa parut dengan menggunakan sintok. Sintok ialah bahan orang zaman dulu yang digunakan untuk membersih dan menyental seluruh kaki dan kuku yang keras, berkerak atau kasar. Bahagian kuku akan direndam dengan air suam selama lima minit. Kemudian sapu minyak aroma terapi.

3. Bahagian kaki yang keras akan dikikir. Sapu minyak aroma terapi dan balut daun pisang di kedua belah kaki supaya minyak diserap pada keseluruhan bahagian kaki dan kuku.

Baca Disini Juga:

Kekal Cantik & Sihat, Tya Ariffin Kongsi 4 Tip Kuruskan Badan Selepas Bersalin

Datuk Seri Rina Harun Makin Cantik, Kurus Dan Muda, Penampilannya Jadi Bualan

Bila Dah CANTIK Hari-Hari Tunjuk Muka, Bila Dah KURUS Hari-Hari Tunjuk Badan

RAWAT DIRI DENGAN BAHAN ALAMI

LIMAU NIPIS

Buah limau ini akan digosok pada kuku dan biarkan selama beberapa minit kemudian cuci. Kemudian rendam dalam air yang hangat dan hasilnya kuku anda akan kelihatan cantik.

KUNYIT HIDUP
Bagi menghilangkan bau pada kuku. Parutkan kunyit dengan minyak kelapa dan titiskan kebahagian kuku bermasalaah. Akhir sekali lap dengan kering dan lihatlah hasilnya.

POKOK SEMALU
Pokok semalu direbus hingga mendidih. Air rebusan itu diletakkan dalam bekas besar, setelah air suam rendam tangan atau kaki. Ia bagi membantu masalah kuku cengkam.

BAWANG PUTIH


Bawang putih sangat baik untuk kuku yang mudah patah. Caranya gosokkan bawang putih pada kuku yang rapuh sekerap mungkin. Ia dapat membantu menguatkan struktur kuku anda. Bawang putih juga boleh menggilatkan. Kuku akan cantik bersinar.

Sumber Foto: Canva

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com

Published by
Norhayati Binti Suboh