Satu Keburukan Adik Beradik Bukan Hilang Semua Kebaikannya, Jaga Perasaan Dan Hargailah

Share

Perumpamaan, ‘air dicincang tidak akan putus’, begitu jugalah hubungan kita dengan adik beradik. Gaduh, marah macam mana sekali pun, mereka tetap darah daging kita sampai mati. Setiap keburukan mahu pun kebaikannya, terimalah dengan seadanya.

Tidak dinafikan, setiap ahli keluarga kita tidak akan sama sikap dan peelnya. Seorang keras kepala, ada yang rajin, suka tidur dan sebagainya. Boleh dikatakan kalau 10 orang adik beradik ini memang tak akan sama peelnya.

Kadang-kadang, timbul rasa marah, sakit hati, simpati dan sebagainya bila memikirkan perangai masing-masing. Tapi, sebagai orang yang mempunyai darah daging dan lahir dari rahim ibu yang sama, tak perlulah nak berdendam. Sebabnya, susah senang yang kita lalui akan berbalik pada keluarga kita juga.

Masa susah atau senang kepada merekalah kita mengadu dan luahkan. Kalau nak bandingkan dengan orang lain, ia tidak akan sama. Jadi, kalau ada yang berperangai membuatkan kita tidak senang, tidak perlu menyimpan dendam.

Jangan sampai satu keburukan yang ada pada mereka, langsung hilang segala kebaikan yang mereka lakukan selama ini. Ingatlah, mereka adalah darah daging kita sendiri, lahir dari rahim ibu yang sama. Kena ingat tu.

Begitulah perkongsian daripada Atun Fazin tentang adik-beradik yang memang tidak boleh disangkal lagi. Inilah masa yang kita ada untuk rapatkan kembali hubungan dengan keluarga.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila BAHAGIA, Jangan Buang Keluarga. Jagalah Silaturrahim Ibu Ayah Dan Adik Beradik

Prinsip Perkahwinan Adalah Tanggungjawab, Bila Isteri Tanggung Keluarga Jadi Apa Fungsi Suami?

Info Lebih Menarik DI SINI

Berkumpullah Dengan Adik Beradik

Ketika ada kesempatan, pergilah bersama adik beradik dan anak-anak buah. Berkumpul – kumpul, bukan sekadar makan, minum dan bersembang.

Tetapi ingat, waktu hidup kita semakin singkat. Maka dari itu, bangunkanlah persaudaraan.
Mungkin lain waktu kita tidak akan bertemu lagi dan kita sudah semakin susah untuk berjalan.

Menghabiskan sebagian waktu dengan adik beradik akan membuat hidup lebih sihat secara mental dan fisik.
Umur itu seperti ais batu, dipakai atau tidak akan tetap mencair dan berakhir.

Begitu juga dengan umur kita digunakan atau tidak, umur kita akan tetap berkurang dan akhirnya kembali ke hadirat ILLAHI.

Tersenyumlah dan berfikir positif. Air yang ,engalir tidak dapat berbalik arah. Kita tidak mungkin dapat berbalik menjadi muda lagi.

Kita akan menjadi tua, sakit dan meninggal. Jalanilah hidup ini dengan ceria, sabar dan santai.

Jangan suka mahu menang sendiri, sementara adik beradik lain selalu salah.

Terimalah persaudaraan, jangan suka mengeluh atau membenci.

Hidup ini terlalu singkat untuk selalu benar sendiri (Penting kan diri sendiri)

Jangan buang saudara sedaging, cuma kerana tak sepakat.

Satu keburukan adik beradik/keluarga, bukan bererti hilang sembilan kebaikan nya.

Adik Beradik.. Hargai Setiap Kebaikannya

Perbanyaklah waktu untuk berkumpul dengan keluarga kita.
Siapa tahu mereka nanti akan menjadi penolong kita di akhirat kelak. Buanglah jauh jauh sifat egois dan iri hati

Terimalah kekurangan dan kelebihan dari mereka.

Bertemanlah dengan apa adanya, bukan kerana ada apanya.

Nikmati semua masa, senda dan tawa. Hargai semua perbezaan. Percayakan kemampuan adik beradik kita.

Jaga perasaannya, tutupi aibnya. Bantu ketika dia jatuh, sediakan bahu ketika dia menangis. Tepuk tangan dan gembira ketika dia sukses. Sebut namanya dalam doa kita.

Bertemanlah dengan hati yang baik dan tulus. Ketika hatimu baik dan tulus, percayalah, Tuhan juga akan selalu bersama mu. Teruskan bersilaturahim dengan mereka sampai Tuhan kata waktunya pulang.

Aamiin…

MW: Masa kecil memanglah selalu bergaduh. Tapi bila dah besar dan bawa haluan masing-masing, hanya masa tertentu sahaja dapat berjumpa. Hargailah masa yang ada itu. Banyak kebaikannya punyai adik beradik saling bersastu hati.

Sumber: Atun Fazin

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora