Asyik sediakan sarapan pagi dengan lempeng, nasi lemak, nasi goreng, apa kata sesekali mak-mak cuba buat menu western pulak.Senang je nak buatnya, bahan asas guna kulit popia sebagai ‘base’ kemudian campak-campak je bahan, siap! sedap pulak tu. Resipi yang dinamakan Quiche ni, merupakan perkongsian oleh Puan Ruhaiza Bunyamin
. Jom kita cuba.Kulit popia 8″x8″ dipotong 4
Bawang besar (dipotong dadu)
Bawang putih (dipotong dadu)
Daging Kisar
Sosej
Capsicum (dipotong dadu)
Oregano flakes
Kiub ayam
Cendawan butang (dipotong dadu)
Daun bawang (dihiris halus)
cheddar cheese( diparut)
*Telur 4 biji
*Susu fresh 500ml
*Serbuk lada hitam
Campurkan bahan tanda *
1. Tumiskan bawang besar,bawang putih,oregano dan daging kisar.
2. Susun 2 keping kulit popia dalam loyang yang dah digris dengan marjerin.
3. Kemudian,masukkan daging yang telah ditumis tadi.
4. Masukkan pula sosej & cendawan.
5. Masukkan capsicum.
6. Tuang adunan telur dalam 3/4penuh.
7. Tabur daun bawang & parutan cheddar cheese.
8. Bakar 200C hingga kekuningan kira-kira setengah jam.
9. Nak lawa lagi, sapukan kuning telur keliling kulit popia.
Selamat Mencuba!
Sumber: Ruhaiza Bunyamin