
Isi Kandungan
ToggleAsyik sediakan sarapan pagi dengan lempeng, nasi lemak, nasi goreng, apa kata sesekali mak-mak cuba buat menu western pulak.Senang je nak buatnya, bahan asas guna kulit popia sebagai ‘base’ kemudian campak-campak je bahan, siap! sedap pulak tu. Resipi yang dinamakan Quiche ni, merupakan perkongsian oleh Puan Ruhaiza Bunyamin. Jom kita cuba.
Bahan-Bahannya:
Kulit popia 8″x8″ dipotong 4
Bawang besar (dipotong dadu)
Bawang putih (dipotong dadu)
Daging Kisar
Sosej
Capsicum (dipotong dadu)
Oregano flakes
Kiub ayam
Cendawan butang (dipotong dadu)
Daun bawang (dihiris halus)
cheddar cheese( diparut)
*Telur 4 biji
*Susu fresh 500ml
*Serbuk lada hitam
Campurkan bahan tanda *
Cara Membuat:
1. Tumiskan bawang besar,bawang putih,oregano dan daging kisar.
2. Susun 2 keping kulit popia dalam loyang yang dah digris dengan marjerin.
3. Kemudian,masukkan daging yang telah ditumis tadi.
4. Masukkan pula sosej & cendawan.
5. Masukkan capsicum.
6. Tuang adunan telur dalam 3/4penuh.
7. Tabur daun bawang & parutan cheddar cheese.
8. Bakar 200C hingga kekuningan kira-kira setengah jam.
9. Nak lawa lagi, sapukan kuning telur keliling kulit popia.

Selamat Mencuba!
Sumber: Ruhaiza Bunyamin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Muda Tak Mahu Nampak ‘Comot’, Sanggup Tempah Jurusolek Untuk Mekap SEBELUM Bersalin

Mekap sebelum bersalin. Begitulah kalau ibu tak nak nampak muka ‘comot’ atau keletihan selepas berjam-jam untuk lahirkan bayi. Mungkin rasa malu bila doktor, jururawat atau keluarga datang melihat keadaan dirinya selepas bersalin.
Gigih betul nak berdandan bagai walaupun dalam keadaan sakit untuk bersalin. Namun tak mustahil dan boleh saja mekap sebelum bersalin. Inilah antara ibu muda yang sanggup menempah jurusolek untuk dirinya kelihatan cantik semasa bersalin.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Kopi Pelaga, Minuman Ibu Berpantang Untuk Sembuhkan Luka Bersalin & Rawat Masalah LELAKI
Mekap Sebelum Bersalin, Tak Mahu Kelihatan ‘Berpeluh’
Carly Temple, 23 tahun, merasakan dirinya perlu kelihatan cantik semasa bersalin dan tidak mahu kelihatan ‘berpeluh’ dalam gambar. Jadi, dia mengambil keputusan untuk menempah jurusolek dan pendandan rambut untuk solekkan dirinya sebelum dibawa masuk ke bilik bersalin.
“Saya mahu kelihatan cantik semasa bersalin dan tidak mahu kelihatan berpeluh semasa mengambil gambar,” katanya yang juga merupakan seorang jurusolek dan pendandan rambut dari Missisippi.
“Jadi saya bangun pada pukul 4 pagi supaya jurusoleh boleh mekap saya. Lebih kurang jam 5.30 pagi, barulah saya ke hospital,” katanya yang menempah jurusolek di kalangan kawannya juga.
Menurutnya lagi, kebanyakan ibu selepas bersalin mereka kelihatan berpeluh. Jadi, saya mahu kelihatan baik supaya saya boleh berasa tenang. Tempoh saya bersalin mengambil masa 17 jam, sudah tentu saya keletihan. Bila dah bersolek, saya dalam keadaan bersedia bila berjumpa dengan doktor dan jururawat,” katanya.
Ibu kepada tiga anak itu menjelaskan dia telah melakukan cara yang sama semasa melahirkan dua daripada tiga anaknya – anak lelaki JD dan anak perempuan Lettie.
Kelahiran JD pada 24 Januari 2020 pada jam 12.18 pagi dengan berat 7 paun di Pusat Perubatan Mississippi Baptist.
Carly mempunyai tiga anak JD, 3 tahun, Slayton, 2 tahun dan Lettie, 4 bulan.
Semasa kelahiran pertamanya, seorang jurusolek dan pendandan rambut telah memanjakannya semasa dia melahirkan anak.
Kelahiran kedua adalah kejutan sehingga dia tidak sempat membuat persiapan. Air ketuban pecah dan dia tidak mempunyai masa untuk berdandan.
Tetapi dia merancang lebih awal untuk anak bongsunya Lettie, yang berusia empat bulan.
.
Pasangannya, Mitchell, 27 tahun, kemudian membawanya ke hospital supaya dia boleh bersalin secara glamor dengan solekan.

Lettie, anak ketiganya lahir pada jam 12.31 tengah hari pada 26 Oktober 2022 dengan berat 6 paun 2oz.
Mingguan Wanita : Ragam semasa mengandung lain dengan mengidamnya. Ini pula ragam semasa bersalin. Sempat lagilah nak melawa.
Sumber: Daily Star
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Risau Anak Tak Nak Nasi, Buat Macam Ni Terus Berselera Makan

Isi Kandungan
ToggleJadi mak-mak memang risau bila anak tak nak makan nasi yang menjadi salah satu sumber karbohidrat ni. Walaupun macam-macam dah masak lauk untuk pancing selera anak makan, tetap tak nak juga. Macam mana badan nak naik dan membesar dengan sihat. Buat mak-mak yang hadapi masalah sama macam ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Ana Zana Anazana ini. Nasi diolah menjadi nugget, pasti anak suka dan tertarik untuk makan.Malah kalau nasi tak habis pun, selain buat nasi goreng boleh juga buat resipi ini.
Berikut antara perkongsian resipi oleh beliau;
Anak langsung tak nak makan nasi macam-macam dah mama ni masak tetap tak nak makan,hari ni buat macam ni Alhamdulillah selera makan.
Nugget Nasi
Bahan-Bahan:
200gram Isi ayam
1 biji telur
5 ulas bawang putih
1 mangkuk nasi
sedikit minyak masak
Kiub perasa ayam tanpa MSG (pilihan) boleh gantikan dengan serbuk ikan bilis yang dibuat sendiri.
Cara Membuat:
1. Kisar kesemua bahan-bahan tersebut dan masukkan sedikit minyak masak.
2.Setelah hancur, masukkan kedalam loyang dan kukus selama 30 minit.
3.Setelah sejuk, potongkan adunan tersebut berbentuk kiub/ ikut pilihan bentuk yang suka.
4.Celupkan dengan telur dan boleh digoreng sehingga warna keperangan.

Siap!
Selamat mencuba, semoga bermanfaat.Mak-mak tak perlu risau anak tak makan nasi lagi. Boleh cuba resipi ini.
Sumber:Ana Zana Anazana
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Majlis Kahwin 3 Hari 2 Malam, Bertukar-tukar 24 Baju Kalah Anak Raja

Isi Kandungan
TogglePerkahwinan dulu-dulu jauh beza dari sekarang. Meriahnya, satu kampung datang menolong. Itu belum pengantinnya bertukar-tukar baju berpasang-pasang. Boleh kata, selagi tak habis tiga hari, selagi itulah macam-macam aktiviti gotong royong majlis kenduri akan dilakukan.
Mengimbau kenangan majlis perkahwinan dulu-dulu dengan peminatnya. Pengusaha restoran di Masjid Tanah, Zuraidah Ismail (Kak Ida’s Kitchen), 54 akui perlu bertukar-tukar 24 pasang baju untuk majlis kahwin 3 hari 2 malam.
Bertukar-tukar 24 Pasang Baju, Kalah Anak Raja
Kerja kahwin antara Kak Ida dan suaminya, Abang Rino dijalankan sekitar Januari 1987.
“Rare betul ni.
Nak share sikit. Mengimbau masa majlis perkahwinan Kak Ida dan abang Rino. Dulu-dulu slim jer. Sekarang seram.
24 pasang pakaian Kak Ida pakai masa tu. Ya Allah, penat weii. Majlis 3 hari 2 malam kalah anak raja. Ada live band lagi. Joget lambak, bunga api buluh. Lembu 2 ekor. Ayam goreng Kentucky buat sendiri 1 pikul ayam. Semua ada.
Pelamin, tempat tidur buat sendiri.
Hantaran pun buat sendiri.
Gotong royong sama-sama.
Kayu api pun cari banyak-banyak, susun kat dapur untuk masak waktu majlis nanti. Segala tiang khemah, lilit kertas bunga nak nampak cantik. Buat bunga telur cucuk kat pokok pisang untuk tetamu. Bergulung-gulung kertas bunga mak beli.
Hiasan cadar katil baldu tekad emas. Sanggul bukan macam sekarang weii. Semua besi atas kepala kau.
Kak Ida anak perempuan bongsu, jadi mak ayah apa lagi.. buat meriah sungguh. Alhamdulillah.. Al Fatihah untuk mak dan ayah tersayang.
Selamat pengantin baru Kak Ida dan abang Rino.” Seloroh Kak Ida lagi di facebooknya.
Penangan nostalgia gambar lama 8 beradik lelaki, rupanya emak bersalin 14 kali.
Waktu Bertukar-tukar Baju, Ada Yang Kata Iras Pelakon Era 80-an
Walau sudah 33 tahun berlalu, memori majlis perkahwinannya itu tetap tersimpan kemas dalam kotak ingatan. Kongsi kak Ida lagi, majlis kahwinnya itu diadakan di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah di Melaka.
Dia punya grand sampai tiga hari dua malam majlis perkahwinan tu berlangsung. Baju 24 pasang itu termasuk baju nikah sekali.
Waktu sarung satu persatu baju, siap solekan dan dandanan bersesuaian dengan busana. Tetamu yang memandang siap kata muka Kak Ida waktu itu macam (Allahyarham) Rafeah Buang. Ada juga yang sebut macam Hazlina Kamsan dan Rubiah Suparman.
Kak Ida bukan semata bertukar-tukar baju dan pose di pelamin. Tapi kena berjalan berpusing-pusing ke dapur berjumpa makcik-makcik potong-potong bawang buat persiapan majlis kahwin. Selesai di situ, perlu pula ke luar rumah jumpa pakcik-pakcik yang buat kerja-kerja rewang.
Boleh bayangkan, 24 pasang baju tu. Penat dia.. “Memang penat bertukar-tukar baju, tapi seronok.”
Kesemua baju ini dipakai untuk malam berinai, majlis akad nikah, majlis persandingan, acara makan beradap, majlis berarak hinggalah acara joget lambak.
Ada kain songket, baju Korea, Sari, baju Siam, baju Jawa, baju Palembang, baju sanggul lintang Melaka, baju Arab (Oman) dan beberapa gaun.
Malah, untuk busana berpasangan, abang Rino perlu mengenakan tujuh pasang baju berpadanan dengan Kak Ida.
Hari ini, Kak Ida dah jadi ibu pada enam orang anak dan nenek kepada enam cucu.
Semangat Gotong Royong Penduduk Kampung
Indahnya majlis kahwin dulu-dulu, semangat gotong-royong masih menebal. “Dulu sangat meriah sebab ramai yang tolong. Bayangkan, saudara-mara dah datang ke rumah seminggu lebih awal. Berkumpul dan bantu buat persiapan majlis.”

Sebulan sebelum majlis pun kayu api dah bersusun banyak dan cantik susunannya. Mudah nanti nak guna waktu memasak.
Khemah kenduri cacak pakai tiang buluh. Lapikkan kanvas. Lilit pula dengan kertas bunga nak bagi cantik. Senang cerita semua buat sendiri.
Sampai ke langsir bilik pelamin pun Kak Ida jahit sendiri. Itu tak masuk lagi pelamin buat sendiri.
50 Ekor Ayam, Hidangan Untuk Tetamu
Arwah bapa Kak Ida ada membela berpuluh-puluh ekor ayam. Dan itulah yang jadi hidangan untuk tetamu di majlis perkahwinannya.
Malah, mereka sekeluarga beri ayam makan dedak hari-hari.
Kongsi Kak Ida, tiga bulan sebelum majlis, ayahnya dah pasang reban, bela dekat 80 ekor ayam. 50 ekor ayam, ayahnya korbankan untuk buat ayam goreng bersalut tepung untuk majlis terakhir yang ada joget lambak. Itu yang Kak Ida maksudkan ayam Kentucky buat sendiri.
“Saya jugalah yang salut ayam itu dengan tepung.” Rare betul, semua pengantin yang buat. Bak kata Kak Ida, semua ini menjadi satu kenangan yang cukup indah buatnya.
Sumber/Foto : Zuraidah Ismail, Mstar
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI