Mak-mak yang sedang usaha nak turunkan berat badan, boleh cuba perkongsian lelaki viral, Harith Faisal ini. Resepinya pun mudah, paling mengancam katanya boleh turun berat sampai 10kg dalam 2 bulan.
Apa pun dalam konsep menurunkan berat, ia tetap bergantung pada tubuh seseorang. Sebab metabolisme setiap orang berbeza. Cumanya, idea pengambilan oat ini antara kaedah menurunkan berat cara pantas dan sihat.
“Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.”
Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengah hari. Kalau setakat pukul 12 tengah hari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun.
“Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!”
300 ml susu segar rendah lemak
4-6 sudu besar oat
2 sudu nestum
1. Masukkan tiga bahan ni dalam blender.
2. Switch on blender, siap terus.
3. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.
Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.
Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!
Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.
Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.
Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata “No sugar. No preservative”. Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.
Dulu-dulu saya ni peminat tegar nasi lemak tambah paru sambal. Memang sedap ya amat. Dalam seminggu, empat lima hari memang itulah sarapan saya. Sekarang dah insaf taubat nasuha.
Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.
Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi.
Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.
Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.
Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.
Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!
9.00 am : Oat smoothies + air kosong
11.00 am : Teh hijau + air kosong
1.00 pm : Buah + teh hijau
3.00 pm : Air kosong
6.00 pm : Ayam dan sayur grill + air kosong
9.00 pm : Teh hijau
√ Untuk makan malam, saya memang ambil sebelum pukul 7 malam. Nasi suku pinggan masa makan malam. Tapi saya tak makan nasi hari-hari pun. Ikut mood.
√ Ini link resepi ayam dan sayur grill yang saya pernah kongsikan hari tu : http://bit.ly/AyamSayurGrill
√ Ini pula link untuk resepi teh hijau yang dapat turunkan berat Harith. Buatkan perut rasa selesa dan tak kembung. : http://bit.ly/KurusDenganTehHijau
Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Dan saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Lakukan cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.
Dua hari itu digunakan untuk memenuhi jemputan kenduri, balik ke kampung nikmati makanan enak maknya.
“Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.
“Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilan kalori.
Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg.
Beliau seorang lelaki yang suka berkongsi pengalaman dalam menurunkan berat badannya di laman sosial facebook miliknya.
Harith juga banyak berkongsi tentang kewangan dan hartanah. Bak katanya “
Apalah guna jaga kewangan saja kalau tahap kesihatan ke laut.
“Jadi, supaya orang tak salah faham, saya nak tegaskan kat sini yang saya bukanlah dietitian, dan bukan juga doktor. Apa yang saya cerita ni adalah apa yang saya lalui sendiri.”
Sumber/Foto/Video : Facebook Harith Faisal