Bila bela binatang peliharaan seperti kucing, sayangnya memang macam anak sendiri. Memang risau bila si ‘anak bulus’ tak sihat, lemah, letih dan lesu,lebih-lebih lagi bila di serang demam selesema. Bila keadaan ini berlaku, jangan panik. Cuba lakukan rawatan alternatif ini dahulu sebagai langkah awal sebelum dibawa ke klinik haiwan mahupun veterinar.
Selain Air Rebusan RUMPUT PENDUL, Berkesan Rawat KUCING Sakit Parvo, Selsema Atau Demam, rupanya boleh juga gunakan kunyit hidup dan air asam jawa.
Hari ini saya nak share tip penjagaan semasa kucing diserang DEMAM SELESEMA berdasarkan pengalaman saya menjaga kucing-kucing yang demam selesema.
Tip-tip ini kalian boleh praktikkan sebagai ‘ Back up’ sebelum membawa kucing yang sakit ke Vet.
Andai kucing anda demam, kebetulan cuti dan klinik haiwan @ Vet tutup, boleh guna tip-tip yang saya share sebagai alternatif merawat kucing-kucing secara tradisional sementara menunggu klinik haiwan @ vet buka.
Untuk turunkan panas badan, saya gunakan air asam untuk sapu kepala kucing yang demam. Setiap kali kering, saya sapu lagi sehingga panas badannya turun.
Turmeric atau kunyit, bahan ini saya gunakan untuk sapu di batang hidung kucing saya yang selesema. Tujuan untuk mencairkan hingusnya yang pekat dan memudahkan kucing bernafas.
Asingkan kucing yang sakit dalam kandang. Tutup dengan kain atau tuala, tinggalkan sedikit ruang terbuka untuk memudahkan peralihan udara di dalam kandang.
Beri kucing all in one atau ubat selesema kucing jika ada ( sukatan ikut umur kucing ). Kalau tidak ada bekalan ubat-ubat tersebut, beri makan TF ( Transfer Factor) bantu tingkatkan antibodi kucing.
‘Force Feed’ dengan air ayam yang direbus kemudian diblender memggunakan picagari. Masukkan dari tepi mulut secara pelahan-lahan..supaya kucing tak muntah.
Bawalah ke klinik haiwan @vet jika klinik dah buka.
Gambar selebihnya ialah gambar kucing saya Sailormoon yang saya rawat sebelum hantar ke vet.
Selepas dari Vet semalam, keadaan Sailormoon beransur baik. Alhamdulillah. Semoga Sailormoon cepat sembuh. Aamin.
Baca Lagi Di Sini:
Wanita Ini Kongsi Tip Berkesan Hilangkan Kutu Pada Badan Kucing
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalu ada bela kucing di rumah, yang kena demam selesema boleh ikut tip penjagaan dan rawatan alternatif yang dikongsikan ini.
Sumber: The Mira’s Cat House