‘Sangkakan Warung Makan.. ’ Walau Malu, Sekeluarga Kagum Kebaikan Orang Kelantan

Share

Keluarga Azam Mahat ini bercuti ke Pantai Timur di Kelantan. Dalam perjalanan percutian itu berlaku kejadian yang sukar dilupakan mereka sekeluarga. Apabila mereka tersilap masuk ke rumah orang, yang disangkakan warung makan.

Sebaik menyedari kesilapan sendiri, mereka segera mahu beredar.. namun, ditahan oleh tuan rumah. Dan menjamu tetamunya dengan layanan yang baik. Dari situlah, dia sedar akan kebaikan orang Kelantan.

Kami Sangkakan Warung Makan, Sekali Rumah Orang

Hahahaha…makan beb, memang sedap masakannya…dalam hati memang malu sangat

 

Ya, Allah Malunya, kenangan yang tidak boleh dilupakan. Kami sangkakan warung makan, sekali.., Hahaha, orang Kelantan memang baik-baik.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ni kami bercuti ke Pantai Timur. Setibanya kami di Kelantan, kami terus mencari lokasi Homestay yang telah ditempah. Dalam penjalanan ke Nazaihomestay di kawasan Pasir Pekan, Kelantan.

Dari dalam kereta, kami ternampaklah orang ramai beratur untuk mengambil makanan di sebuah ‘warung’ ni. Saya cakap kat isteri, “mesti makanan kat situ sedap-sedap, sampai ramai orang beratur nak makan, ESOK kita kena try makan kat situ

.”

Saya terus sebut menu-menu sedap di Kelantan yang ingin dicuba pada ESOK hari. Dari jauh keadaan kat ‘warung’ tu memang nampak meriah dengan pelbagai jenis lauk terhidang, lepas tu nampak macam ramai pelangan pula.

Hukum jual beli, tak boleh makan dulu sebelum tuan kedai lihat, kira.

Abang Nak Try Makan Nasi Kerabu Kat Situ..

Esoknya seperti yang telah dirancang, setelah pulang dari Pasar Siti Khadijah, terus kami ke warung semalam, “abang nak try makan nasi kerabu kat situlah.” Saya cakap kat isteri.

Sampai di hadapan ‘warung’, kami nampak ada 4 orang yang sedang minum. Dari bekas lauk yang terhidang, nampak dalam 5-6 menu yang terhidang, bekas nasi masih ada. ‘Ok lah tu, ada lagi ni makanan,’ fikir saya.

Keluar dari kereta, saya disapa mesra oleh salah seorang lelaki yang berada dalam warung, “Abe, nanti check tayar angin kereta tu, macam kurang ja.”

Baik nak saya gi kedai, check.” Kebetulan angin kereta tu memang nampak macam kurang. Kami masuk ke warung tu, anak-anak saya terus duduk di meja, sambil saya jeling-jeling ke bekas lauk. ‘Wah, menu nampak sedap, ada ayam percik, kari kambing, sambal etok pun ada, fuh sedap ni.”

Kami duduk di meja yang belakang, berhampiran ‘pelangan’ tadi. Isteri tanya anak-anak nak minum air apa. Ketika itu, ‘makcik kedai pun menghampiri meja kami dengan membawa teh o satu jug, dan memaklumkan, “kalau nak air panas, nanti mokcik suruh pembantu rumah mokcik buatkan

.”

Fuh!
Aku mula tak sedap hati, “tiba-tiba teringat kes orang yang makan kat rumah orang yang dia sangkakan kedai makan.”

Ni bukan warung ke mokcik?” tanya aku.
Bukan, ni rumah mokcik.”
Hahahaha malu weh… tak sangka ia betul-betul terjadi. Kami pun apa lagi, cepat-cepat mohon maaf dan nak beredar.

Mokcik dan pokcik tu tuan rumah, yang berdiri tu anak dia.

Pelanggan Sebenarnya Ahli Keluarga Tuan Rumah

Tapi diaorang halang, rupa-rupanya, yang kami sangkakan pelangan tadi tu ialah ahli keluarga pemilik rumah. “Make lah, ado rezeki, meme langkah kanan ni.” Kata pokcik pula… wei, perasaan masa tu tak tau nak cakap macam mana beb. Aku pandang isteri aku, dia pandang aku… malu oo.

Mokcik tu panggil anak-anak aku, dia cedokkan lauk. Aku asalnya tak nak makan sebab malu, tapi diaorang jemput juga makan.

Maka berbuallah kami. Diaorang kata, semalam yang ramai-ramai tu diaorang buat kenduri kesyukuran, jadi lepas solat Jumaat, siapa yang berkelapangan bolehlah singgah makan sebab nak pastikan orang ikut SOP. Sebab tu ada banyak meja, tu yang nampak macam kedai makan tu. Kebetulan meja-meja tak kemas lagi hari ni, diaorang pun makanlah anak beranak kat luar..

Nak dijadikan cerita memang diaorang tak gunakan khemah macam kenduri biasa tu, meja disusun dalam kawasan rumah, yang memang nampak sebijik macam warung-warung yang dibuat berhampiran rumah seperti kat tempat aku.

Apa-apa pun layanan diaorang memang terbaik, mokcik tu bahasakan diri dia sebagai Mama. Sebelum kami balik, dia siapkan bungkuskan kueh mueh untuk dibawa balik.

Sepanjang perjalanan pulang, kami asyik bercerita tentang hal ni, macam tak percaya ia betul-betul terjadi kat kami…isteri pula asyik memuji kebaikan hati orang Kelantan…sampai dia kata nak cari menantu orang Kelantan….erm….aku ingatkan ‘madu’ orang kelantan tadi.

Apa-apa pun orang kelantan memang Terbaik

…hahaha kenangan awal tahun 2021…

MW : Memang lucu betul pengalaman ni. Apa pun orang Malaysia memang terbaik budi bahasanya. Semangat sebegini yang indah untuk dikongsikan dengan generasi seterusnya.

Sumber/Foto : Azam Mahat

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer