Sangka Tetamu, Makcik Sendirian Naik Bas Ekspres Ke Rumah Terbuka, Rupanya..

Share

Macam-macam orang boleh jumpa bila dapat jemputan ke rumah terbuka. Baik rumah terbuka kawan-kawan ataupun anjuran satu-satu badan NGO dan sebagainya.

Kadang tu apa yang kita fikirkan tak sama macam hakikat kejadian sebenar

. Sebab itulah, tak boleh nak nilai orang terus dengan pandangan mata kasar kita.

Kena tanya empunya diri, barulah kita tak bersangka-sangka. Dan inilah yang terjadi pada Mohamad Feroz Zaini yang bertemu dan berbual dengan seorang makcik warga emas.

Cerita Makcik Warga Emas Dan Bas Ekspres

Di sebuah rumah terbuka, saya menikmati juadah yang disediakan.

Banyak juga yang tidak boleh dijamah, maklumlah, orang tua dan uzur seperti saya, terpaksa berpantang.

Walaupun juadah memenuhi hampir tiga meja panjang.

Tidak mengapa. Nasib baik boleh makan. Ada orang langsung tak boleh makan apa-apa.

Selepas mengambil sedikit makanan, saya mengambil tempat di satu ruang dalam rumah.

Sedang enak menikmati juadah. Datang seorang wanita warga emas, berjalan perlahan melintas depan saya.

Tuan rumah dan sanak saudara menyambut wanita itu dengan penuh kemesraan.

Patutlah Berani Naik Bas Ekspres Sendirian

Makcik datang dengan apa?” tanya salah seorang tetamu.

Datang dengan bas ekspress.” jawab makcik itu bersahaja sambil duduk atas kerusi yang diberikan kepadanya.

Datang dengan bas ekspress? semata-mata untuk datang ke sini?” tanya seorang wanita lain.

Kali ini makcik itu ketawa.

Kami tertanya-tanya sesama sendiri. Hebat makcik ni. Datang ke rumah terbuka dengan menaiki bas ekspress. Seorang diri pula.

Segelas air sirap diberikan kepadanya oleh ahli keluarga tuan rumah.

Alah, yang bawa bas tu anak bongsu saya.”

barulah makcik itu menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran kami.

Syarikat bas ekspress tu milik suami makcik ni ..” jawab tuan rumah, mencelah.

Sekali lagi makcik itu ketawa.

Sewaktu dia meneguk air kali kedua baru saya perasan sesuatu.
.

.

.

Gelang tangan dia … “cenggini.!”

Sumber/Foto : Mohamad Feroz Zaini

Published by
webadmin