Sanggup Tawar Gaji Istimewa, UPAH Jaga Buaya Peliharaan Usia 8 Tahun!

Share

Bagi pencinta binatang, apa sahaja sanggup dilakukan demi haiwan kesayangan. Termasuklah sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk membela binatang-binatang ini.

Upah Jaga Buaya

Pelakon dan pelawak Indonesia, Denny Cagur bersedia membelanjakan 5 juta rupiah (RM1,429.72) sebagai upah menjaga buaya peliharaannya namun tiada siapa yang sanggup mengendalikan reptilia itu, lapor portal berita Tempo, semalam.

Lelaki berusia 43 tahun itu turut memelihara 30 ekor kura-kura, lapan kucing, tujuh ular, ikan dan burung di samping mempunyai empat pekerja untuk menguruskan haiwan kesayangannya.

Saya ada haiwan peliharaan baharu. Kalau ada mahu menjaganya, saya akan beri gaji istimewa tambahan daripada gaji bulanan yang biasa diberikan,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik isterinya di laman YouTube.

Tambahan Gaji

Pekerja yang pada mulanya teruja mendengar tambahan gaji berjumlah 5 juta rupiah itu menjerit ketakutan sehingga ada yang melompat ke atas sofa apabila Denny mengeluarkan buaya tembaga itu daripada kurungan.

Mereka turut memberi pelbagai alasan untuk tidak ditugaskan menjaga haiwan itu.

Bagaimanapun, selepas dileteri isterinya yang bimbang dengan keselamatan mereka sekeluarga, Denny memberitahu, dia tidak mahu memelihara haiwan itu dan hanya menyewanya untuk mengusik pekerja.

Beberapa gambar yang dikongsi di laman Instagram menunjukkan buaya tembaga berusia lapan tahun itu hampir mencapai ketinggian Denny namun dia kelihatan tidak kekok mendukung dan membelai haiwan itu biarpun baru pertama kali memegangnya.

Baca Lagi Di Sini:
Sayangkan Kucing, Nak Dia Sihat Kena Beri Makanan Berasaskan Daging!

MW: Aduhai macam-macam ragam. Kalau dah sayang tu, memang sanggup keluarkan belanja besar. Namun walaupun sukakan haiwan eksotik dan bela di rumah pastikan lebih berhati-hati dengan keselamatan diri iya.

Sumber: Kosmo

Published by
Suhaidah Abd Wahab