
Isi Kandungan
ToggleBagi pencinta binatang, apa sahaja sanggup dilakukan demi haiwan kesayangan. Termasuklah sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk membela binatang-binatang ini.
Upah Jaga Buaya
Pelakon dan pelawak Indonesia, Denny Cagur bersedia membelanjakan 5 juta rupiah (RM1,429.72) sebagai upah menjaga buaya peliharaannya namun tiada siapa yang sanggup mengendalikan reptilia itu, lapor portal berita Tempo, semalam.
Lelaki berusia 43 tahun itu turut memelihara 30 ekor kura-kura, lapan kucing, tujuh ular, ikan dan burung di samping mempunyai empat pekerja untuk menguruskan haiwan kesayangannya.
“Saya ada haiwan peliharaan baharu. Kalau ada mahu menjaganya, saya akan beri gaji istimewa tambahan daripada gaji bulanan yang biasa diberikan,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik isterinya di laman YouTube.
Tambahan Gaji
Pekerja yang pada mulanya teruja mendengar tambahan gaji berjumlah 5 juta rupiah itu menjerit ketakutan sehingga ada yang melompat ke atas sofa apabila Denny mengeluarkan buaya tembaga itu daripada kurungan.
Mereka turut memberi pelbagai alasan untuk tidak ditugaskan menjaga haiwan itu.
Bagaimanapun, selepas dileteri isterinya yang bimbang dengan keselamatan mereka sekeluarga, Denny memberitahu, dia tidak mahu memelihara haiwan itu dan hanya menyewanya untuk mengusik pekerja.

Beberapa gambar yang dikongsi di laman Instagram menunjukkan buaya tembaga berusia lapan tahun itu hampir mencapai ketinggian Denny namun dia kelihatan tidak kekok mendukung dan membelai haiwan itu biarpun baru pertama kali memegangnya.
Baca Lagi Di Sini:
Sayangkan Kucing, Nak Dia Sihat Kena Beri Makanan Berasaskan Daging!
MW: Aduhai macam-macam ragam. Kalau dah sayang tu, memang sanggup keluarkan belanja besar. Namun walaupun sukakan haiwan eksotik dan bela di rumah pastikan lebih berhati-hati dengan keselamatan diri iya.
Sumber: Kosmo
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dynas Mokhtar Cabar Diri, Akui Tidak Suka Terikut-Ikut Dengan Apa Orang Lain Buat

Isi Kandungan
ToggleDynas Mokhtar cabar diri, akui tidak suka terikut-ikut dengan apa orang lain buat. Begitulah luahan yang diungkap oleh pemilik nama sebenar Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 38, tatkala ditemubual.
Isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata ini, selain berlakon bergelar model terkenal dia juga merupakan seorang yang aktif dalam bidang perniagaan.
Dynas Mokhtar Cabar Diri
Sewaktu menghadiri sidang media Kerjasama Black G dan Dynas Mokhtar selebriti ini berkongsi tentang penglibatannya dalam kerjasama melibatkan produk kesihatan ini bersama platform e-dagang, Shopee.
“Sejak dari dulu saya memang tidak suka terikut-ikut dengan apa orang lain buat kerana lebih cenderung menampilkan kelainan jika mahu tampil dengan sesuatu produk atau perniagaan.
“Sebagai pelakon dan model sebelum ini, ramai yang fikir saya akan tertarik untuk terlibat dengan bisnes fesyen atau produk kecantikan, tetapi saya buat sebaliknya dengan menjual pakaian ibu mengandung serta menyusu.
“Begitu juga kali ini apabila saya memilih untuk terlibat dalam produk kesihatan Black G bersama rakan perniagaan saya kerana saya mahukan cabaran dan beri sesuatu yang berbeza buat orang di luar sana,” kata Dynas.
Pernah Bekerjasama Menerusi Perniagaan Restoran
Menurut Dynas lagi, pembabitannya bagi membolehkan dia dan rakan perniagannya, Mohamad Mughniy Mohamad, 33, selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan berkongsi idea dari segi pemasaran dan penjualan.
“Produk kami dirumuskan melalui proses penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang meluas oleh saintis dan profesional yang diperakui untuk memastikan keselamatannya dari formulasi hingga tahap dos.
“Dari segi kerjasama dengan syarikat Black G Sdn Bhd pula, idea tercetus kerana saya dan Mughniy atau Mune pernah bekerjasama pada 2016 menerusi perniagaan Restoran Eat With Mune. Keserasian yang wujud antara kami mendorong kepada usaha melebarkan perniagaan dalam produk ini pula.
“Bukan sekadar mewakili jenama produk, tetapi saya sebagai rakan kongsi atau rakan perniagaan sekaligus kami dapat berkongsi idea dalam memberikan cadangan untuk pemasaran dan penjualan,” sambung Dynas.
Seronok Bawa Watak Komedi
Menyentuh tentang karier lakonan pula, Dynas yang menarik perhatian ramai menerusi kemunculannya dalam drama komedi, Keluarga Untuk Disewa yang kini sedang disiarkan di TV9 setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam akui tidak mahu terus terikat dengan watak-watak antagonis yang begitu sinonim dengan dirinya.
“Saya suka segalanya tentang drama ini. Bukan sahaja menampilkan skrip bagus dan jalan cerita menghiburkan, bahkan kualiti gambar drama ini juga sangat cantik macam drama Korea.
“Karakter saya pula sangat berbeza menerusi watak komedi yang memang jarang sekali penonton dapat lihat. Saya seronok kerana dapat eksperimen banyak benda dalam watak sebegini.
“Sebenarnya tidak mudah membawakan watak komedi kerana pelakon itu kena pandai mencari keseimbangan. Tidak boleh berlebihan kerana silap percaturan akan nampak macam badut, kalau kurang sangat takut tak jadi kelakar pula”.
Cukuplah Pengalaman Watak Jahat
“Kalau dulu bila orang dengar sahaja nama saya ada dalam satu-satu drama, mereka dapat jangka, mesti saya bawa watak jahat, jadi orang kaya, rampas suami orang dan pelbagai karakter yang ke arah itu.
“Saya tidak nafikan memang dulu saya suka membawakan watak-watak sebegitu kerana ia memberi kepuasan tersendiri buat saya.
“Bagaimanapun saya rasa cukuplah dengan pengalaman itu. Tiba masa saya memberikan sesuatu yang berbeza dan ambil karakter yang saya tidak pernah atau jarang buat sebelum ini untuk memberi lebih variasi dalam lakonan,” akhiri Dynas.
Mingguan Wanita : Suka tengok lakonan Dynas, memang sentiasa berjaya bawa watak yang dipertanggungjawabkan.
Sumber Foto : Instagram Dynas Mokhtar
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanitaMW
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Berhentilah DM Saya..’ Azza Elite Tegur Netizen, Meminta Jangan Sampai Mendesak

Isi Kandungan
ToggleSekarang ini, negara sedang melalui fasa pemulihan daripada bencana yang dibawa oleh Covid-19. Kesannya dirasai oleh semua rakyat. Perniagaan yang dulunya berjalan elok, hari ini ada yang diuji tak serancak dulu hasilnya. Pelakon Azza Elite juga antara yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Jika sebelumnya, dia boleh berniaga di Singapura, kini laluan perniagaan itu terpaksa ditutup. Demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. Azza sendiri akur, dan tak berputus asa. Tetap dia melakukan bermacam-macam kerja demi survival.
Namun, yang tak seronoknya, bila mana dia gigih bekerja tanpa mengira waktu, tiba-tiba ada pula yang mudahnya meminta bantuan sehingga mendesak-desaknya. Sedangkan dia juga sedang lalui kepayahan.

Kongsi Azza Elite di instagramnya,
“Assalamualaikum morning.. kak za nak tegur sikit. Sikit je.. ramai sangat DM kak azza minta bantuan. Ye faham.. kak za nak bagitahu.. kak za tidak mampu nak tolong semua orang. Hari-hari kamu DM minta bantuan sampai mendesak. Apakah?
Saya sendiri hari-hari meniaga. Bubuh gambar baju ada yang beli, ada yang tidak. Tapi saya tetap yakin, Allah bantu saya tapi bukan bermakna kita duduk minta bantuan sahaja.
- Kaya bukan tiket hina orang, Azza Elite selar individu sindir surirumah beli handbag tiruan
- Suri rumah nampak macam boleh curi rehat, tapi tidak. Sebab itu perlukan Me Time.
Tak Malu Tukar Syiling Di Mesin Duit
“Tau tak saya simpan duit syiling dan bila penuh saya tidak malu tukar di mesin.. sebab saya tahu bila saya susah hanya Allah saja yang mampu tolong. Tetapi Allah tolong tengok dengan usaha kita. Cari lah kerja kalau kamu lelaki, ada tangan, ada kaki.
Mak saya pernah buat dua tiga kerja masa saya kecil. Cuci pinggan, cuci baju, tea lady, kerja taska, buat nasi lemak jual. Saya rasa tu pasal dalam 1 masa saya jugak buat macam-macam kerja.
Ada tu minta bantuan tapi gambar satu saja.
Mana kejujuran kamu.
Cuma stop lah DM saya.

Azza Rayu Fahaminya, Dia Juga Tiada Gaji Bulanan
“Saya juga berhempas pulas. Tolong faham saya. Saya tidak ada gaji bulanan.. saya tidak meniaga di Singapore sudah 4 bulan. Mujur saya ada shooting. Duit shooting ni lah saya tolong mak saya dan family. Nasib keta bank bagi tangguhan bayar. Adeh!
Saya jimat kos, saya tutup kedai. Dan saya buat online saja.. saya tak da shooting, saya sanggup COD.
Eh! aku cite pasal aku pulak. Tapi tolong faham saya. Jangan lah meminta sampai mendesak-desak. Kalau saya dapat pergi Singapura sedap jugak. Tapi gate belum bukak.

Hurmm.. mudah-mudahan yang meminta paham keadaan saya.
Jangan DM saya.

Jual Barang Demi Nak Bayar Macam-macam
Baju saya jual rm169. Sekian. Saya dan suami serta partner jual kaftan mari le beli. Dah saya pulok jual barang demi nak bayar macam-macam. Saya pun ada tanggungjawab k bantu mak abah kat kampung.
Jadi TQ pada yang beli baju dan buat review. Alhamdulillah, itu lah punca pendapatan saya. Nak bagi banyak saya tak mampu cuma saya ada geng team jom singgit yang bantu.
MW : Ada betulnya apa yang Azza kongsikan ini. Dalam meminta bantuan, janganlah sampai mendesak. Nanti dari elok nak membantu, jadi tawar hati pula.
Sumber/Foto : Azza Elite
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Merangkaklah Cari Aku Di Padang Mahsyar.” Lebih Baik Maafkan Dari Susahnya Diri

Isi Kandungan
Toggle“Merangkaklah cari aku di padang mahsyar.” Lebih baik maafkan dari susahnya diri menunggu orang yang mak ayah marahkan tu.
Memang susah hendak maafkan orang yang berbuat salah dan menyakiti hati, namun sebaik-baiknya usaha untuk maafkan dan move on. Serahkan saja pada Allah untuk membalasnya.
Artikel Berkaitan : “Tipulah Tiada Rasa Malu, Tapi Ini Ketentuan.” Tidak Simpan Dendam, Sudah Maafkan Ayah
Merangkaklah Cari Aku
Ikuti perkongsian Munirah Mohd Shalleh ini dan fahami apa yang disampaikan.
“Jumpa kau dekat akhirat”
“Merangkak la hang cari aku mohon ampun”
Sedar tak ayat ni selalu kita dengar bila ada perselisihan faham atau berlaku sesuatu perkara yang melibatkan dosa kita sesama manusia.
Di Padang Mahsyar
Tapi, korang tahu tak ayat di atas tu sebenarnya akan menyusahkan diri korang balik kat akhirat.
Aku yakin orang yang kau marah sangat tu pun tak ingin dah nak jumpa kau atau pun kau pun dah tak ingin nak jumpa dia.
Buat apa nak tunggu dia merangkak cari kau kat sana. Kau tau tak dekat sana tu tak sama macam dunia ni.
Kau ni sudah selangkah lagi nak masuk syurga, tapi dah terpaksa nak tunggu orang tu merangkak perlahan jumpa kau semata nak puaskan hati kau.
Lama oi.
Orang lain dah minum air dekat sungai susu dalam syurga, kau masih lagi tunggu kawan tu merangkak cari kau.
Baca Di Sini : Shuib Reda Ujian “Mohon Maafkan Sarah Jika Ada Sakitkan Hati Sesiapa, Halalkan Makan Minumnya”
Lebih Baik Maafkan
Kau ingat dekat sana nanti, dia merangkak macam anak kau yang baru nak belajar jalan merangkak ke?
Tak.
Sedar atau tidak sebenarnya kita sudah hilang sifat tawaduk dalam merenung ayat suci Al Quran.
Buka surah Al Hujurat, baca ayat 2. Sedangkan sahabat nabi yang telah dijanjikan syurga pun takut mendengar ayat ini, tak kan lah kita yang belum selangkah ke syurga ini hendak memperlekehkannya.
Sudahlah.
Tinggalkan lah ayat mengancam atau mengugut. Padang Masyar tu bukan macam padang permainan depan rumah kau.
Di situ segala amalan baik dan buruk akan ditimbang, di tontonkan satu demi satu kebaikan dan kejahatan kau.
Di situ terserlah segala keaiban kau yang selama ini Tuhan sembunyikan.
Kalau kita rasa best dengan ayat tu, teruskanlah. Teruskan lah dengan mendoakan yang tidak baik kepada kawan tadi tu.
Dari Susahnya Diri
Mengaku umat Nabi, tapi bila bab disakiti terus lupa umat nabi.

Abu Jahal dan Abu Lahab yang over zalimnya terhadap Nabi pun Nabi tetap maafkan dan mendoakan yang baik-baik hingga akhir hayat mereka.
Kenapa tak nak ikut?
Oh, kita bukan Nabi.
Habis tu? Nak ikut Abu Jahal ke?
Kah!
Kalau kau rasa dikhianati, di sakiti, dan ti ti yang lain, selesaikan lah di dunia.
Dan untuk kau yang menyakiti, selesaikan lah segalanya di sini juga.
Cukup-cukup lah segala beban dosa yang kita lakukan selama ini.
Dan tolong berhenti guna ayat;
“Carilah aku di Padang Masyar”
Buat penat kau tunggu.
#Sisbulan
Baca Juga Di Sini: Wanita MATANG Adalah Orang Yang Lebih TENANG Dan Mudah Memaafkan
Mingguan Wanita : Semoga kita menjadi seorang yang pemaaf dan hidup lebih tenang tanpa dendam. Insyallah.
Sumber : Munirah Mohd Shalleh
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI