Sanggup TAK KAHWIN Demi Tanggungjawab Jaga Ibu Terlantar Sakit & Adik OKU

Share

Sanggup tak kahwin. Bukan kerana tiada jodoh tapi mungkin belum tiba masanya untuk dia berumahtangga. Memikirkan keadaan ibu dan adik tidak seperti orang lain. Jadi, biarlah dia menjaga mereka sehingga akhir hayat.

Cukup cekal dan bertanggungjawab, Hazana Abdul Hamid, 45 tahun sanggup tidak kahwin dan mengetepikan hasrat untuk mendirikan rumahtangga demi menjga orang yang disayangi.

Malahan, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk menjaga dua orang sekaligus yang sangat memerlukan perhatian. Sebaliknya, bagi Hazana semua itu sudah tanggungjawabnya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Banyak Bersabar Dan Santuni. Itulah Cara Jaga Mak Ayah Sakit, Bukan TUNGGU

“Saya Tak Nak Menyesal&”, Sanggup Berhenti Kerja  Balik Kampung, Jaga Ibu Lumpuh

Sanggup Tak Kahwin, Jaga Mak & Adik OKU

Hazana yang bekerja di kedai makan berdekatan rumahnya di Kampung Beris Jambu, Jalan Panji di sini reda menjaga ibunya, Kamariah Daud, 88, yang terlantar sejak sebulan lalu dan adik tiri, Siti Zulaiha Abd Hamid, 30, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), cerebral palsy.

Hazana Abd Hamid, 45, berkata, dia tidak pernah lelah menguruskan ibunya yang terlantar sejak 10 tahun lalu akibat kemalangan serta adiknya, Siti Zulaiha Abd Hamid, 30.

Rutin harian Hazana bermula seawal selepas azan Subuh dengan menyiapkan ibu dan adiknya sebelum keluar bekerja jam 6.30 pagi.

Hazana terpaksa berkejar masa kerana perlu mengurus adik di rumah pusaka peninggalan arwah bapa manakala ibunya berada di rumah kakaknya, Hamshah Abd Hamid, 69, kira-kira 20 meter dari rumah itu.

“Saya akan pulang pada jam 12 tengah hari untuk memberi adik dan ibu makan. Kakak tidak mampu mengurus ibu sendirian kerana faktor usia dan memerlukan bantuan.
“Adik pula tidak boleh ditinggalkan terlalu lama keseorangan kerana bimbang keselamatannya,” katanya.

Penat Tapi Demi Tanggungjawab

Bercerita mengenai adiknya, sejak mengambil alih menjaga Siti Zulaiha selepas kematian ibu kandungnya tujuh tahun lalu, adiknya itu sudah beberapa tahun tidak menikmati ‘suasana’ di luar rumah.

Hazana memberitahu, agak sukar untuk membawa Siti Zulaiha keluar bersiar-siar kerana dia tidak dapat duduk dengan selesa di atas kerusi roda.

Bagaimanapun katanya, adiknya sangat gemar makan nasi bersama lauk dan gembira jika disuapkan makanan ketika makan bersama.

Berkongsi mengenai keadaan ibunya pula, Hazana memberitahu, sudah lebih sebulan warga emas itu terlantar selepas mengalami muntah dan angin ahmar ringan sehingga mengakibatkan lumpuh sebelah kiri badan.

Jelas wanita itu lagi, ibunya tidak boleh makan makanan biasa dan memerlukan susu formula khas berharga RM95 setin dan habis dalam tempoh seminggu.

Menurut Hazana, ibunya menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan manakala adiknya sebanyak RM500 sebulan.

“Alhamdulillah, walaupun tidak mencukupi tetapi dapat membantu saya membeli keperluan terutama susu khas untuk ibu dan lampin pakai buang kedua-dua mereka selain membayar khidmat doktor yang merawat dan menukar wayar susu ibu,” katanya.


.

Hazana tidak menafikan penat menjaga kedua-dua mereka tetapi dia tetap bersyukur kerana keluarga lain turut bertanya khabar.

“Walaupun penat saya akan menjaga ibu dan adik kerana itu tanggungjawab dan berharap keadaan akan lebih baik selepas ini,” katanya.

Orang ramai yang mahu memberi bersimpati boleh menyumbang di akauan Maybank 162272012590 atas nama Hazana Abd Hamid.

Mingguan Wanita : Moga dipermudahkan.

Sumber: Sinar Harian

 

 

 

 

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.

Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora