Bini garang. Beruntunglah kalau isteri sekarang ini mampu bersuara lemah lembut dengan anak-anak. Rasanya selembut mana ibu atau isteri, sekali sekala pasti akan keluar suara singa atau tarzan.
Kadang-kadang, perangai anak-anak ini menguji kesabaran mak-mak. Belum lagi dengan peel suami sendiri. Mahu tak mahu pasti akan hilangnya lemah lembut mak-mak selama ini.
Suami pula janganlah terkejut kalau isteri berubah. Bukannya bini garang 24 jam. Peliknya, ada suami yang tak boleh nak terima hakikah perubahan isteri sehingga sanggup nak ceraikan isteri kerana hal ini.
Inilah yang berlaku daripada perkongsian Farizal Radzali yang mengendalikan kes suami nak bercerai, alasan isteri garang.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cerai Isteri Ketika Hamil, Ini Peritnya Alahan, Bersalin, Berpantang ‘Ex’ Kena Hadam
Mendapat kes cerai atas permintaan dari pihak suami. Tak tau la nak gelak atau nak kasihan dengan suami ini. Tapi rasa macam nak tahu sangat apa yang ada dalam benak hatinya sehingga ambil keputusan seperti ini.
Pasangan ini berusia awal 30 an dan mempunyai 2 orang anak, yang sulung berusia 3 tahun dan anak kedua beruia 3 bulan.
Si suami nak bercerai sebab isterinya garang, dah tak sama macam masa dia kenal sebelum dan semasa mula-mula kahwin dulu.
Katanya dia memilih isterinya sebab isteri seorang yang lemah-lembut, tak banyak cakap & suaranya rendah.
Sejak mengandung anak kedua, isterinya selalu marah-marah. Dan sejak anak kedua itu lahir, isteri masih tak berubah. Selalu marah-marah, jerit kat anak pertama.
Sampai ada masa dia pun terkejut dengan jeritan isterinya. Utk makluman, lelaki ini seorang yang bersuara perlahan & lemah lembut.
Dia dah pesan banyak kali, dah tegur banyak kali, isterinya tak berubah. Kalau berubah pun sekejap je. Nanti bila anak buat hal, dia tinggikan suara lagi.
Isterinya adalah suri rumah. Katanya dia lebih tenang bila keluar bekerja. Bila nak balik rumah, hatinya mula rasa takut.
Ya, ayatnya, dia takut dengan isterinya. Ketakutan itu yang membawa kepada pemikirannya untuk bercerai.
Kami dah minta dia hadiri kaunseling di mahkamah, tapi katanya dia dah pergi. Dia macam dah ada trauma dengan isterinya.
Saya tanya, takkan hanya sebab itu nak bercerai. Katanya sebab itu saja. Hmmmmm….
Saya nak beritahu kepada lelaki yang dah berkahwin di luar sana.
Perempuan ni ada jenis yang masa sebelum kahwin, lemah lembut, gemaial, pemalu, suara volume 2/10 saja, tak pernah lebih.
Tapi lepas dia ada anak, dan anak mula lasak, automatik dia akan lebih agresif. Dia berubah mengikut keadaan.
Lihatlah mana-mana wanita yang bergelar ibu kepada 2 orang analk, dulu masa sebelum berkahwin, dia mesti seorang yang lemah lembut & mempunyai ciri-ciri wanita solehah. Tapi lepas ada anak, blok sebelahrumah pun boleh dengar suara dia.
Jangan pelik, ini terjadi kepada semua para ibu. Kerana dia perlu menjaga keluarganya. Dan dia ada keletihannya yang tak sama seperti masa sebelum dia berkahwin.
Pernah dengar askar komando berbisik dengan orang yang diajarnya? Kalau ada, semua askar lembik la jawabnya.
Pernah dengar cikgu bersuara volume 2? Kalau ada, mengantuklah muridnya.
Dia berubah mengikut keperluan. Ini secara semulajadi. Jangan pelik.
Mingguan Wanita : Tak perlu nak peliklah…kadang-kadang, mak marah anak suruh mandi, dengan ayah dia sekali lepas tu gi mandi. Sabar ajelah.
Sumber: Farizal Radzali~
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita