Bina rumah tangga tidak ada salahnya. Apa yang menjadi salah apabila kahwin dengan suami orang tanpa restu isteri pertama atau ibu bapa sendiri tidak merestui perkahwinan. Bila berlaku perkara ini, pasangan akan mengambil jalan singkat dengan kahwin di sempadan atau lebih tepat nikah ekspres.
Sebenarnya, kebanyakan yang kahwin ekspres lebih kepada isu mendapat tentangan dan lebih teruk lagi berkahwin kerana ingin poligami. Tak salah pun kalau nak poligami, cuma yang nak tekankan disini, tentang kesan buruk poligami dengan cara nikah sindiket.
Ini adalah kes dan pandangan daripada peguam syarie, Khairul Fahmi Bin Ramli:
Beberapa hari yang lalu, ada seorang hamba Allah datang berjumpa saya di pejabat dan bertanyakan tentang apa tindakan yang dia boleh buat untuk halang suami kakaknya daripada berkahwin dengan seorang wanita secara nikah sindiket?
Saya cakap, yang pastinya, ini bukan kerja peguam syarie. Ini adalah kuasa penguatkuasa ini apa-apa jenayah syariah yang berlaku. Masalahnya, nikah belum berlaku, jadi penguatkuasa pun tak boleh nak buat apa-apa.
Jadi, saya nak terang apa itu nikah sindiket.
Nikah sindiket ini adalah pernikahan yang dijalankan oleh Jurunikah yang tidak bertauliah
atau tauliahnya telah tamat tempoh. Nikah sindiket juga adalah nikah yang tidak mengikut
prosedur undang-undang serta tidak didaftarkan di Pejabat Agama.
* Paling utama, sindiket ini nak kaut UNTUNG semata-mata pada orang yang jahil.
* Nak bagi jalan pintas untuk pasangan yang terlanjur atau terdesak.
* Wali enggan terima pasangan walaupun suka sama suka
* Malas nak masuk mahkamah bagi memohon Poligami.
* Selalu yang menjadi isu nikah sindiket ini adalah tentang wali dalam pernikahan. Nikah
sindiket ini selalunya dilakukan di dalam negara. Cuma, pasangan yang dinikahkan itu katanya menggunakan wali hakim kerana berada melebihi dua marhalah.
Contohnya menikah di Kuala Lumpur, wali sebenar pula berada di Penang. Memang la melebihi dua marhalah, tetapi wali hakim adalah wali yang dilantik secara sah oleh Sultan. Jadi, memang tak dapat nak sah la nikah kalau bukan wali yang sah menjadi wali pernikahan.
* Ada juga nikah sindiket ini boleh sah cuma ia tidak bertepatan dengan prosedur undang-
undang. Contohnya, bapa sendiri yang jadi wali tapi jurunikah tu pula tak ada tauliah.
* Pernikahan tidak sah – Bila nikah tidak sah, maka persetubuhan yang berlaku selepas nikah
boleh dianggap zina kalau pihak-pihak tahu. Tapi kalau tidak tahu, persetubuhan itu akan
menjadi syubhah. Berhati-hati dalam hukum Allah yer.
* Anak tak sah taraf – Bila pernikahan tersebut tidak sah, persetubuhan berlaku, maka anak yang lahir tersebut dikira sebagai anak tidak sah taraf dan tidak boleh dinasabkan kepada lelaki tersebut.
* Tanggung sendiri nafkah anak – Bagi anak yang tidak sah taraf, bapa biologi adalah tidak
bertanggungan untuk memberi nafkah kepada anak tersebut. Sebaliknya, ditanggung sepenuhnya oleh wanita yang melahirkan anak tersebut dan keluarga sebelah wanita itu.
* Abai nafkah – Bila pernikahan tersebut tidak sah, maka wanita tersebut juga tidak layak
menerima nafkah dan lelaki tersebut juga tidak diwajibkan untuk menafkahi diri wanita
tersebut. Jika isteri nak mohon nafkah diri di Mahkamah juga akan ditolak disebabkan
pernikahan tersebut tidak sah.
* Zalim kepada isteri sedia ada – Bagi isteri yang sedia ada, kadang kala menjadi mangsa
kepada ketidakadilan haknya sebagai isteri yang sah. Ada yang diabaikan secara total oleh
suaminya bila sudah menikahi wanita lain secara nikah sindiket.
* Aniaya wanita yang jahil – Ada wanita yang tidak tahu bahawa lelaki yang bakal dikahwini tersebut adalah suami orang. Dan ada juga yang tidak tahu tentang sah atau tidak sesuatu pernikahan, tambah-tambah bagi wanita yang wali mujbir (bapa) sudah tiada. Jadi, ada lelaki yang ambil kesempatan ini hanya untuk mengambil nikmat seketika sahaja dengan wanita tersebut, lalu menghilangkan diri.
* Ambil peduli – Jangan pandang ringan tentang isu ini. Serius, isu ini sangat berat dan
boleh menzalimi seorang wanita. Jadi, banyakkan membaca dan bantu untuk sampaikan maklumat tentang kesan nikah sindiket ini pada rakan-rakan dan ahli keluarga.
* Semak dulu status – Kena kenal dahulu dengan siapa yang bakal dikahwini. Ada yang mungkin percaya sahaja dengan janji manis lelaki yang kononnya ‘single’, rupa-rupanya suami orang. Ikutlah cara yang telah ditetapkan oleh Islam dan adat Melayu. Bertunang dahulu dan berkenal antara dua keluarga.
* Ikut Undang-undang – Kalau nak berkahwin, yang pastinya, kena mohon di Pejabat Agama mengikut prosedur yang ditetapkan. Kalau anda tidak mohon di Pejabat Agama dan tahu-tahu semua dah siap, ‘confirm’ ada sesuatu yang tak betul. Sebabnya, lelaki dan wanita yang bernikah perlu serahkan borang sendiri di Pejabat Agama daerah masing-masing serta akan ada sedikit ‘interview’.
* Bagi wanita yang menerima poligami, pastikan anda dan bakal pasangan tersebut pernah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk dapat kebenaran bertulis daripada Hakim.
* Mohon sahkan di Mahkamah – Kalau anda sudah termasuk dalam golongan nikah sindiket ini, pastikan anda telah pergi ke Mahkamah Syariah untuk membuat pengesahan nikah. Jangan tunggu lama-lama kerana akan lebih menambah mudarat tambah-tambah bila ada kandungan dalam perut.
* Banyakkan membaca – Amalan yang akan mengkayakan ilmu pengetahuan adalah dengan membaca. Hanya dengan membaca membolehkan seseorang itu keluar daripada kejahilan. Kalau berat nak baca buku, baca jer artikel-artikel yang dikupas oleh saya.
* Hati-hati wanita khasnya. Dalam permainan ini, yang paling untung adalah jurunikah tu
sebab dia akan dapat duit.
* Yang kedua adalah lelaki yang mengahwini anda sebab dia mungkin akan mengambil nikmat seketika dan kemudian hilang begitu sahaja.
* Yang teraniaya kekal anda, wanita. Anda yang akan lahirkan anak dan anda juga yang akan tanggung nafkah anak kalau anak tersebut anak tak sah taraf.