Biasanya setiap kelahiran anak yang baru lahir mak ayah telah merancang untuk meletakkan nama yang baik dan mempunyai maksud yang elok. Ini kerana nama yang diberikan, diharap dapat ‘mendoakan kehidupan yang baik-baik buat anak tersebut. Elakkan memberi nama panggilan yang boleh memalukan anak kelak.
Namun sebaliknya yang berlaku. Sepasang suami isteri dari Switzerland sanggup meletakkan nama Twifia kepada bayi perempuan mereka, semata-mata mahu menang langganan internet dan WiFi percuma selama 18 tahun.
Pada mulanya, pasangan itu melihat iklan di Facebook oleh syarikat penyedia perkhidmatan telco dan Internet di Switzerland, iaitu Twifia.
Menurut iklan itu, sesiapa yang meletakkan nama Twifus atau Twifia kepada bayi baru lahir akan menang internet percuma selama 18 tahun.
Ekoran daripada itu, pasangan suami isteri berusia 35 dan 30 tahun ini sanggup menamakan anak mereka sebagai Twifia kerana memikirkan penjimatan yang boleh digunakan untuk pembelanjaan mereka sekeluarga.
Menurut suaminya, nama unik pada tengah nama anaknya itu juga membawa maksud hubungan, jadi padanya ia tidaklah teruk mana, malah sedap juga disebut.
“Bagi saya, nama Twifi juga bermaksud hubungan dalam konteks ini.
“Terdapat banyak nama yang lebih buruk. Dan lebih kerap kita menyebut Twifia nama itu lebih sedap bunyinya,”
Baca Lagi Di Sini:
Ayah Namakan Anak Ke-19 Baru Lahir, ‘Cukuplah’
MW: Macam-macam hal. Demi nak berjimat punya pasal, percuma internet dan WiFi sanggup letak nama anak perkhidmatan Telco.