Perjalanan yang sungguh mencabar. Sanggup menempuh perjalanan jauh dengan berbasikal, dua lelaki ini nekad teruskan hasrat ke kota suci Mekah.
Biarpun bakal berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah dari segi mental dan emosi, lelaki ini tetap teruskan niat dalam misi mereka untuk ke Mekah.
Dua orang lelaki yang berhasrat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah sanggup menempuh perjalanan yang jauh dan mencabar dengan berbasikal dari Indonesia ke kota suci Mekah, lapor laman berita Suara.com.
Andi Harvin Dg Thalib, 26, dan Chairul Ma’atini, 27, yang berasal dari Gorontalo, Sulawesi mula berbasikal sejak Jun lalu.
“Ya, kami dari Gorontalo dan mahu menuju ke Arab Saudi, insyallah untuk melakukan ibadah haji dan umrah,” kata Andi ketika ditemui di Kota Solo semalam.
Chairul menambah, sekiranya tidak berkesempatan untuk menunaikan haji, mereka akan melakukan ibadah umrah sahaja.
Ujarnya, idea untuk mula berbasikal ke Mekah itu datang secara tiba-tiba dan tanpa persiapan khusus.
Kedua-dua mereka akan meneruskan perjalanan ke Sumatera sebelum tiba di pelabuhan dan berangkat ke luar negara.
“Kami merancang untuk ke luar negara menaiki kapal laut dari Sumatera,” kata Andi. – AGENSI
Baca Juga Di Sini:
Adab Belanja Mak Ayah Uzur Pergi Umrah, Anak Jangan Lepas Tangan
Susah Atau Senang, Aliff Syukri Tunaikan Janji Bawa Isteri Umrah Setiap Tahun
Mingguan Wanita : Semoga perjalanan mereka berdua dipermudahkan Tuhan dan hasrat mereka untuk menunaikan umrah serta haji tercapai. Insyallah.
Sumber : Kosmo Online
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita