Sanggup block bekas pasangan! Mak, ayah yang bercerai, jangan sampai anak jadi mangsa. Sesungguhnya bila mak, ayah bercerai, masalah anak menjadi perebutan selain daripada harta sepencarian.
Bayangkan anak-anak terpaksa memilih sama ada untuk tinggal bersama mak atau ayah setelah berlakunya penceraian antara mak dan ayah.
Bukan sesuatu yang mudah untuk ditelan, namun anak-anak terpaksa akur dengan ketentuan dalam usia yang mentah. Oleh itu mak, ayah jika kalian memilih untuk bercerai, fikirlah tentang anak-anak.
Sanggup Block Bekas Pasangan!
Jangan jadikan mereka mangsa keadaan. Kongsi Peguam Syarie, Cahaya Mata Nur Ain, jangan block, halang atau sekat!!!
Biasa kita dengar kan, kalau laki bini bercerai, ada anak, masing-masing sibuk hendak berebut hak jagaan. Sudah dapat hak jagaan, halang pulak pihak yang lagi satu daripada tengok anak atau bermalam dan akses dengan anak tersebut.
Ads
Mengapa situasi ini terjadi? Jujur saya katakan dalam hal ini, majoritinya adalah golongan bapa yang tertindas. Mengatakan ibu tak bagi tengok anak, nak call atau video call pun tak boleh sebab nombor sudah di block.
Mak, Ayah Yang Bercerai
Tapi nafkah nak tiap-tiap bulan atau, ibu guna alasan sebab bapa tak bagi duit, jadi tak boleh jumpa anak.
Malah tak kurang juga golongan para ibu yang tertindas. Masih belum ada hak jagaan lagi, wujud juga golongan bapa yang sudah bawa lari anak, yang block nombor ibu dari berkomunikasi untuk tahu segala perkembangan anak-anak tersebut.
Ada yang bernasib baik, ibu rela hati bagi anak pada bapa, sampai satu masa sudah kahwin lain, bagi pelbagai alasan tak bagi ibu kandung tengok anak, alasan nak jaga hati ibu tiri.
Ads
Jangan Sampai Anak Jadi Mangsa
Wahai ibu… wahai bapa… Yang bercerai itu, laki bini saja. Jangan sampai anak-anak jadi mangsa. Istilah kasarnya, nak buat anak sama-sama, perlukan kerjasama suami isteri, kenapa bila dah cerai, masing-masing berebut anak, dan tidak boleh bertolak ansur?
Nampak sangat ibu, bapa yang halang pihak satu lagi untuk akses anak-anak umpama takut dengan baying-bayang sendiri. Masing-masing hendak tunjuk dia sajalah yang boleh jaga anak, ada pulak tu siap hasut anak-anak bencikan ibu atau bapa dia. Sekali fikir macam kanak-kanak bukan ?
Saya tak boleh hendak fikir bagi siapa yang sanggup bertindak atau berbuat sedemikian. Di mana hati anda sebagai seorang ibu atau bapa? Di mana sifat perikemanusiaan anda.
Mingguan Wanita : Memang berpisah bukanlah dambaan setiap pasangan yang telah berkahwin, namun jika tertulis begitu apalah daya kita sebagai manusia. Namun bila berpisah, mak ayah tolonglah matang dan jangan ikutkan dendam di hati, jangan pisahkan anak-anak dengan mak atau ayah kandungnya.
Memang benar dalam rumahtangga ada pasang surutnya. Isteri yang sering dikhianati, didera mental emosi dan fizikal cenderung menjadi ‘tawar hati’ pada suami. Bahayanya bila isteri dah tawar hati, dia dah tak rasa apa-apa dan tiada lagi perasaan pada suami. Marah tidak, sedih pun tak, kecewa pun tidak. Malah, isteri yang hatinya pernah hancur sebab perbuatan suami, walaupun masih setia bersama, namun perasaannya pada suami takkan pernah sama lagi.
Sebagai pesanan buat ketua keluarga yang memimpin rumahtangga, bila dah jadi suami, hadamkan perkongsian oleh Dr Redza Zainol ini.
1. Jangan Naik Tangan
Dah jadi suami, jangan sesekali naik tangan pada tubuh badan isteri.
Walaupun hanya sekali, hati isteri akan jadi sangat jauh dari kita. Nak rasa sayang pada suami pun susah, apatah lagi nak taat.
2. Jangan Menipu
Dah jadi suami, jangan tipu isteri. Isteri kalau percaya suami, dia bagi sepenuh hati dia pada suami. Kalau dijaga hati isteri dengan kata yang baik dan benar, bahagialah keluarga.
Sekali kita tipu, bertahun nak dapatkan balik kepercayaan dia.
3. Jangan Menghina
Dah jadi suami, jangan sekali guna perkataan buruk untuk hina isteri.
Bodoh, betina, b**i, ini semua perkataan yang buat isteri jauh dari kita. Rezeki pun susah nak singgah ke rumah kita.
4. Jangan Curang
Dah jadi suami, jangan curang. Kalau pada mata kita isteri dah tak cantik, usahakan supaya dia jadi cantik semula. Cukupkan keperluan asas dia iaitu makan, minum, rehat dan tidur isteri. Lepas tu, cukupkan barang-barang dia.
Tanyalah mana-mana wanita yang pernah hatinya hancur, perasaan dia pada suami takkan sama lagi. Bila sampai masa dia kata dia dah tawar hati, maknanya hubungan tu tamat sampai situ saja.
Sebab isteri yang tawar hati ni dia dah tak rasa apa-apa. Sedih pun tak, marah pun tak, kecewa pun tak.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan dalam rumahtangga. Pesanan buat suami, jika sayangkan rumahtangga hati-hatilah jangan sampai isteri tawar hati. Isteri yang hatinya pernah hancur sebab perbuatan suami, walaupun masih setia bersama, namun perasaannya pada suami takkan pernah sama lagi.
Mungkin setelah beberapa tahun berkahwin, anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena. ‘Cinta buta’ di awal perkahwinan itu tidak kunjung celiknya. Perasaan sayang kepada suami kian pudar dan timbul pula benci!
Ya, entah kenapa pandai pula anda mengadu perasaan itu kepada rakan baik di pejabat.
“Iyalah, Senah… aku tau aku kena sayang suami aku tapi kasih sayang itu tidak boleh dipaksa.”
“Eiii..kau tak boleh buat macam tu Kiah. Berdosa tau!”
Mungkin Tiada Jawapannya…
Senah pun memberi ceramah percuma tentang tanggungjawab seorang isteri sayang dan taat kepada suami. Semua yang Senah ceramahkan itu sudah anda tahu. Yang Senah tidak beritahu ialah jawapan kenapa anda merasa begitu!
Minda Sedar Dan Minda Bawah Sedar
Untuk faham kenapa anda boleh secara tidak sedar mula membenci suami kita kena tahu bahawa minda manusia ada dua komponen. Minda sedar dan minda bawah sedar.
Minda sedar ini mudah mengawalnya tetapi minda bawah sedar ini memproses maklumat dan membuat keputusan sendiri tanpa disedari. Seperti anda berhujah ‘Cinta Itu Buta’ maka begitu juga perasaan benci yang datang tanpa diundang ini.
Ianya adalah keputusan minda bawah sedar yang memproses maklumat yang tidak kita sedari. Satu-satunya cara untuk mengelak keadaan ini ialah dengan menyedari apakah maklumat masuk yang tidak anda sedari itu?
Mungkin Isteri Nak Perhatian Jer
Anda sudah sedia? Mari kita mulakan. Pertama, isteri perlukan perhatian. Anda menjadi buta kerana cintanya dahulu kerana dia begitu ‘caring’ dan ‘loving’. Namun sejak anak berderet ini semua itu sudah masuk longkang.
Anda pergi salon, menitik peluh berzumba, diet sampai nak pengsan tapi dia tidak perasan pun. Tidak ada lagi dating di panggung wayang sebab bila lapang sahaja dia sibuk keluar memancing dengan kawan. Bila dia begitu, anda senyum kelat dalam hati yang tidak reda.
Dulu anda pilih dia pada waktu dia tidak ada satu benda dan bukan siapa-siapa pun. Namun selepas berkahwin dia buat anda macam tidak tahu apa-apa. Semua yang anda buat, tidak kena di matanya. Apabila dengar dia selalu merungut begitu, secara tidak tidak sedar anda mula terfikir tidak adakah perkara betul yang anda lakukan?
Suka Puji Wanita Lain, Bini Sendiri Tak Pernah Puji!
Dari perspektif lain, anda akui suami lelaki kacak. Sejak dulu memang ramai perempuan mengejarnya. Ketika itu dia memang sedikit nakal dan selalu memuji perempuan lain di depan anda.
Namun sekarang dia masih begitu dan telinga anda seperti disiram timah cair apabila dia memuji perempuan lain di depan muka anda. Bukan sekali. Bukan dua kali. Entah kenapa semakin dia buat begitu, hati anda semakin meluat terhadapnya.
Senarai ini boleh menjadi sangat panjang. Sekarang bagaimana untuk mengelak perkara ini menjadi lebih kronik? Anda isteri yang baik dan tidak mahu terus dimainkan syaitan membenci suami sendiri.
Dulu Janji Terima Seadanya
Ada beberapa ikhtiar yang boleh dilakukan. Pertama, kita hanya lihat apa yang kita mahu lihat. Dulu anda janji menerima dia sama ada dalam keadaan buruk atau keadaan baik. Sudah memang perangainya begitu tetapi tentu ada yang baik pada dirinya.
Apa yang baik pada dirinya? Adakah dia sayang kepada anak-anak? Adakah dia kaki surau? Mungkin dia pandai masak atau apa sahaja yang baik pada dirinya. Cari dan lihatlah kebaikannya itu.
Mungkin Suami Tak Tahu
Kadangkala suami tidak tahu perangainya itu menyakiti hati isteri. Dia sangkakan anda boleh menerima sikapnya begitu. Belajarlah teknik bercakap-cakap dan kongsilah rasa gelisah anda itu dengan dia. Niat yang baik dan dilaksanakan dengan cara yang betul pasti membawa hasil yang dimahukan.
Perkahwinan adalah perjalanan hidup yang panjang. Ada berjuta lelaki yang disangka baik rupanya tidak begitu dan begtu juga yang sebaliknya. Sedangkan pantai lagikan berubah, inikan pula hati manusia.
Jalan isteri ke syurga adalah sangat mudah. Ikhlaskan niat bersabar dan berkhidmat kepada suami kerana Allah SWT. Saya bukan ustaz tetapi percayalah tidak ada lelaki yang tidak kalah dengan isteri ahli syurga yang begitu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau ada anak yang nak berkhatan musim ini, mak ayah tolong persiapkan ilmu ini dari awal ya. Jangan sampai anak lelaki anda dipengaruhi unsur-unsur yang melemahkan emosinya sampai takut nak berkhatan.
Macam pengalaman yang Doktor Rahim kongsikan ini, mak ayah boleh praktik dari rumah dan pastikan tiada orang sekelilingnya mengusik dan menakutkan anak yang nak bersunat.
Jangan Racuni Emosi Anak Yang Nak Berkhatan
Itu dia… sekarang cuti sekolah. Time ni le ramai ibu bapa yang ada anak-anak hero nak sembelih bebird/ khatan anak lelaki mereka, mula gelabah. Doktor dan Tok Mudin mula le sibuk start asah parang, kapak & gergaji untuk mula bertarung dengan anak-anak hero ni.
Masa ni lah kanak-kanak ni diselami perasaan takut dan curiga bila dikejutkan oleh abang-abang mereka atau orang dewasa. Maka mindset kanak-kanak ni telah diracuni ketakutan sebelum berkhatan. Sepatutnya ibubapa/keluarga patut memupuk yang berkhatan untuk kebersihan dalam Islam untuk beribadat. Khatan kejab je, relax je… baru le jadi orang dewasa yang macho lagi gagah.
Ini Nasihat Doktor
1. Ketika doc sembelih bebird tu ia TIDAK SAKIT SEDIKIT pun kerana doc dah beri suntikan setempat di pangkal bebird tu. Yang SAKIT hanya 10 SAAT saja ketika doc memberi bius setempat tu je. Lepas tu ketika khatan/ sembelih bebird… tak sakit langsung.
2. Yang MENAMBAH KESAKITAN ialah MINDSET atau fikiran persiapan/ persepsi kanak-kank di takut-takutkan seperti:
i. Di katakan Tok Mudin guna parang, kapak atau gergaji untk sembelih bebird tu.
ii. Tok Mudin… doc le tu…bermisai garang, muka bengis dan badan 6 pack. Padahal doc ni kurus cicak gobeng je.
iii. Tok Wan & Opah dah list up macam-macam pantang larang serta macam-macam ubat kampung yang di katakan untuk cepat sembuh bebird yang dikhatan tu.
Sebenarnya KHATAN tu mudah, Relax & Very EAZY je.
i. Ceria-ceriakan kanak-kanak tu dan explain kepada mereka dah nak jadi anak emak/ ayah yang hebat lagi dewasa. Serta menjadi orang Islam yang sejati lagi beriman.
ii. Hadiahkan mereka sebagai dorongan dengan kasih sayang bila selesai je bebird tu dikorbankan.
iii. Kesakitan dalam 10 saat ( 5 kali tarik nafas je) masa doc bagi suntikan je.
Cara Doktor Khatan Hero-hero Ini
i. Siapkan anak-anak tu atas katil & cuci bebird dengan aseptic lotion lalu beri suntikan bius local.
ii. Sebagai doctor… terpaksa pakai psychologi tinggi sambil berbual supaya kanak-kanak tu hilang perasaan ketakutan je. Bila bius diberi… mudah je kerja doc korbankan bebird tu siap dalam 10 minit je.
Yang Jadi Masalah Doktor
i. Anak yang Nombor PERTAMA masuk berkhatan seorang yang MANJA, PENAKUT, ANAK LEMBUT, SUKA MENANGIS dan lain-lain yang merosak perasaan kanak-kanak lain yang menunggu giliran berkhatan. Kanak-kanak cam ni doc khatan pengabis sekali.
ii. Kalau anak Nombor Pertama tu OK & Line Clear dalam 10 minit keluar bilik doc dengan senyum lebar & gembira lepas khatan … mood kanak-kanak lain naik semangat. Yang lain doc sembelih senang je.
iii. Klu yang Nombor PERNAMA, MENYALAK atau keriau KESAKITAN atau cabut lari dari katil bedah doc, maka yang lain jadi PHOBIA. Habis le doc. Kena pakai ilmu psychologi yang tinggi sikit nak pujuk yang lain.
iv. Yang paling susah dalam dunia, bila doc dapat ibu bapa yang lebih ANXIOUS / GELABAH daripada anak yang nak berberkhatan.
Jadi sebenarnya mak ayah memang memainkan peranan penting kalau nak anak tak meraung waktu berkhatan. Semoga berjaya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...