Kisah benar anak pukul ibu sebab nak duit, kini bapa remaja terbabit tampil membuat laporan polis. Malah, individu yang menyebarkan video itu juga telah meminta maaf dan memadamkan video itu dari akaun Facebooknya.
Semalam panas dengan satu video remaja dengan ibunya yang benar-benar meruntun jiwa, menimbulkan perasaan marah dan geram sejak petang semalam. Bermula dengan memukul, kemudian melempar kata kesat. Lagi teruk dia bertindak seperti itu disebabkan nak DUIT!
Ini antara dialog yang dimuatnaikkan dalam video tersebut…
“Sakit lah bang long,sakit lah…’ rayu ibunya tatkala dipukul.
Remaja itu kemudian mengangkat kerusi mengancam untuk menghempas kerusi itu ke tubuh ibunya sambil selepas itu menyebut perkataan lebam terhadap ibunya.
Nenek remaja itu hanya mampu mengungkapkan beberapa ayat termasuk ‘tumbuk muka nenek’ bagi membela si ibu.
Sementara itu, individu yang mendakwa menularkan video berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook miliknya atas perbuatannya itu.
Ads
Pemilik akaun Facebook Jejaka Sereng dalam kenyataannya di laman sosial itu berkata, dia memohon maaf kepada pihak keluarga remaja berkenaan kerana memuat naik video itu kira-kira jam 6 petang, semalam.
“Assalamualaikum kehadapan keluarga Syukri, saya ingin memohon maaf diatas kesilapan dan kesalahan saya kerana telah menviralkan (menularkan) video yang tidak sepatutnya saya postkan (muat naik) dilaman sosial facebook ini.
“Saya akui diatas kesalahan yang telah saya lakukan kerana menviralkan video tersebut.
“Saya tidak berniat untuk memburukkan sesiapa. Saya berharap permohonan maaf ini diterima oleh pihak keluarga Syukri,” katanya dalam kenyataan itu, empat jam selepas video berkenaan menjadi tular.
Pada kenyataan yang dimuat naik, Jejaka Sereng turut memberi komen bahawa dia memperoleh video berkenaan daripada rantaian pesanan yang bermula daripada adik remaja berkenaan.
Ads
“Video daripada seorang adik hantar kepada orang, sampai kepada saya, saya viralkan. Tapi saya ingin memohon maaf kerana menviralkan (menularkan). Rasa bersalah terhadap keluarganya kerana menviralkan. Maafkan atas apa yang berlaku,” katanya dalam komen itu.
Terdahulu, Jejaka Sereng memuat naik video berkenaan dengan menyatakan kes itu berkaitan seorang remaja bernama Syukri memukul ibunya dalam kejadian jam 9 pagi.
Dia juga menyatakan kejadian berlaku di sebuah rumah di Flat Taman Bukit Teratai, Ampang, serta meminta netizen untuk kongsikan video itu kerana terdapat pihak yang sedang mencari remaja berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, bapa remaja berkenaan tampil membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga termasuk anak lelakinya selepas video terbabit tular dan dikecam orang ramai.
Ads
“Pengadu berusia 39 tahun memberikan video terbabit kepada guru sekolah anaknya dengan niat agar guru berkenaan menasihati anak pengadu itu.
“Kemudian pengadu menerima banyak panggilan daripada saudara mara bertanyakan mengenai video terbabit selepas ia tular di Facebook dan dikecam banyak pihak,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, pengadu dan isteri pengadu enggan tindakan diambil terhadap anak mereka atau mana-mana pihak. Ibu remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan atau kesan pukulan kerana dipukul dengan tangan sahaja.
Video remaja memukul ibunya itu tular di laman sosial sejak petang hari ini sehingga menerima lebih 100,000 tontonan dalam tempoh empat jam dan menerima pelbagai reaksi netizen.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rajuk- merajuk sudah biasa dalam setiap perhubungan. Baik semasa bercinta hinggalah mendirikan rumah tangga. Kalau bab merajuk ini, tentu sekali diserahkan pada isteri. Tegur sikit atau perli pun boleh buat dia merajuk. Itulah wanita.
Tetapi, bagaiamana pula kalau suami yang merajuk. Kadang-kadang, biasa suami merajuk, keadaannya lebih teruk daripada isteri. Betul ke? Kalau isteri suka pujuk, tiada masalah tetapi kalau terlalu kerap merajuk lebih daripada isteri sendiri, boleh naik angin isteri. Jadi, macam mana nak pujuk atau kenal pasti suami yang merajuk ini?
Dr Ben Fadzil
Menurut Dr Ben Fadzil, merajuk ini berlaku apabila salah seorang daripada dua pihak ingin mendapatkan ‘perhatian istimewa’ dan perasaan ingin bermanja dengan pasangan.
Melayan orang merajuk ini, mungkin awalnya nampak ‘awesome’ tapi kalau dah terlalu kerap, boleh naik meluat dan malas nak layan. Itu dari sisi isteri. Macam mana pula dengan suami yang kuat merajuk?
Kata Dr Ben lagi, lelaki atau suami yang kuat merajuk pada tahap yang tinggi dan kerap adalah lelaki yang engada-ngada, mempunyai sifat lemah lembut dan mudah diperdaya.
Lelaki yang kuat merajuk juga adalah lelaki yang mempunyai emosi tinggi dan tidak mempunyai ketahanan atau keyakinan diri, sering berpura-pura, menginginkan kepastian dan selalu minta pujian.
Merajuk Dengan Pasangan
Sifat ini boleh dikatakan rumah tanggan menjadi renggang, jika tidak dikawal dengan betul. Isteri seolah-olah merasa satu tugas dan tanggungjawab tambahan untuk menjaga suami yang merajuk. Jika terlalu kerap merajik, ia boleh merenggangkan rumah tangga, lebih-lebih lagi bila tidak ditangani dengan betul.
Cara Isteri Pujuk Suami
Cara terbaik adalah dengan berkomunikasi sesama sendiri dengan mengetahui kemahuan masing-masing serta berterus-terang. Kebanyakan merajuk ini adalah kurang berbincang tentang kelemahan dan kekuatan sesama sendiri.
Jangan Sampai Ke Tua
Sifat merajuk pada suami akan menjadi kekal jika dia sendiri tidak menyedari bahawa merajuk ini akan menyusahkan ramai orang. Anak-anak akan mempelajari sikap dan perangai bapanya yang dilihat sebagai kurang matang, tidak menunjukkan kedewasaan, gedik serta menyampah dalam ertikata tidak “Manly atau gentleman”
Pesanan Buat Suami
Kepada suami, merajuk nie adalah perangai budak-budak dan tidak menunjuk kedewasaan. Ia seperti meminta perhatian berlebihan. Sesekali merajuk menunjukkan manja tidak apa, tetapi pantang bila merajuk itu sudah menjadi kebiasaan, ia akan memberi perasaan meluat kerana si isteri akan rasa penat untuk memujuk. Cara yang terbaik adalah dengan berkomunikasi tentang apa yang si suami ini hendak dari isteri membuat tekaan yang sering kali salah. Perlu diingatkan bahawa isteri ini bukanlah pandai membaca fikiran suami dan sering kali bacaan minda suami ada lah salah atau tidak tepat. Suami perlu memahami juga tabiat isteri bahawa isteri bukanlah badut yang perlu menghiburkan hati suami sahaja. Hati dan isteri juga rapuh dan perlukan ketua rumah yang kuat.
Pesanan Buat Isteri
Kepada isteri isteri, janganlah menyentuh perasaan suami dengan mengungkit kisah kisah peribadi, menduga dan mencabar egonya, membangkitkan hal-hal perhubungan yang dah lalu, mengenangkan kisah yang mendukacita sebelum berkahwin, memburuk buruk kan hal keluarga suami termasuk adik-beradik nya dan bertanya soalan soalan yang agak sensitive. Berlawak secara berlebihan dan memperkecilkan suami juga tidak digalakkan.
Dengan erti kata jangan membuka aib suami di depannya sendiri dengan sengaja atau tidak sengaja. Jangan berlawak dengan dia sekiranya suami bukan jenis yang suka berlawak atau di dalam keadaan stres.
Sekiranya si isteri telah menguris hati suami, hendak lah dia meminta maaf secepat mungkin sebelum dia merajuk hingga ke beberapa hari, dan bukan menunggu hati dia sejuk atau memohon maaf di malam hari. Walau bagaimana pun isteri perlu membendung dan mengawal merajuknya seorang suami seperti menjaga anak kecil.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak ajar anak dah kahwin, mak ayah kena tegas. Tak boleh asyik wujudkan rasa kasihan dalam diri. Semua nak tolong, semua nak kita keluarkan duit. Akhirnya anak terdidik jadi pasangan yang tak reti bertanggungjawab sebab dah biasa sangat ada orang bantu.
Nak-nak pula kalau anak lelaki. Tolonglah tegas dan biarkan dia belajar hidup susah dulu. Nak lagi faham konsep bagi anak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga, ikut cara yang dikongsi saudara Firdaus Shakirin. Kejam tetapi mesti ada hasilnya!
Biar Anak Duduk Asing
Bila anak lelaki kita dah berkahwin, suruh dia keluar dari rumah kita, duduk asing.
Perkahwinan merupakan satu alam baru bagi mereka yang memilih untuk menamatkan zaman bujang. Perkahwinan datang dgn tanggungjawab yang perlu dipenuhi dan dilaksanakan oleh si suami dan juga si isteri.
Sebagai ibubapa, kita perlu biar anak dan pasangannya hidup sendiri, biar anak dan pasangannya bina kehidupan mereka, biar anak dan pasangannya bersusah-susah dahulu, biar mereka atur kehidupan mereka sendiri, satu persatu.
Bagaimana mereka inginkan rumahtangga mereka jadi…
Jangan sebab alasan kos hidup tinggi, gaji anak sikit, dia tak pernah berenggang dengan kita, semua serba serbi kita yang sediakan kat dia, kita jadi kasihan kat anak, kita “simpan” dia dalam rumah kita, kita tanggung dia dan pasangannya… sampai bila kita mampu buat macam tu?
He need to face the facts that now he is on his own…
Anak Dah Kahwin Kena Ada Perancangan
Itu adalah cabaran yang dia perlu tempuhi dan hadapi bila dia memilih untuk mendirikan rumahtangga. Dia perlu fikir akan semua itu dahulu sebelum dia berkahwin, dia perlu ada perancangan akan bagaimana dia ingin hidup bersama pasangannya selepas berkahwin.
Dia bakal menjadi seorang ketua keluarga, seorang suami, seorang ayah dan dia perlu plan masa depannya. Perkahwinan bukannya satu perkara yang boleh dibuat main-main atau suka-suka.
Dia kena bertanggungjawab terhadap orang yang dikahwininya.
Kena Belajar Berdikari
Biar dia tinggal dalam rumah sewa yang kecil, biar dia naik motor dengan pasangannya ke tempat kerja, biar dia tak ada kereta, biar dia kena hujan, biar dia makan dan pakai apa yang ada, biar dia rasa apa itu pokai, apa itu “tengah bulan”, biar dia “ikat perut”, biar dia susah bersama pasangannya supaya dia tahu, bukan senang untuk melayari hidup berumahtangga, supaya dia tahu untuk bersyukur akan apa yang dia dah ada dan dapat selama ini, supaya dia tahu untuk lebih menghargai siapa yang ada bersamanya ketika dia susah, ketika dia baru nak membina kehidupannya.
Dia perlu belajar berdikari dan bertanggungjawab agar dia mampu membina keluarga yang bahagia dan mengatur masa depannya dengan lebih baik.
Kita sebagai ibubapa dah membesarkannya selama 20 tahun, 30 tahun dengan cukup-cukup baik. Maka sekarang, masa untuk melihat hasilnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jangan dengar cerita orang lain pasal mentua, anda sepatutnya lalui sendiri sebab perangai mentua kita tak akan sama dengan orang lain.
Namun paling penting, baik menantu atau mentua, anda dulu kena tanam sikap positif dalam diri. In shaa Allah bahagia itu milik anda.
Macam yang saudara Firdaus Shakirin ini kongsikan, kalau nak menantu anggap mertua seperti ibunya sendiri, maka mulakan dari cara ini.
Level Mentua Dengan Mak Sendiri
Ada yang bertanya, ibu mertua dengan ibu sendiri, sama level tak?
Ada yang kata tak sama level sebab dia bukan ibu kandung kita, dia bukan melahirkan kita, dia bukan membesarkan kita.
Ini Menantu Kena Buat
Sebenarnya, kita tetap kena anggap ibu mertua itu seperti ibu sendiri walaupun dia bukan melahirkan kita, walaupun dia tak ada pertalian darah dengan kita. Kita tetap perlu letak ibu mertua sebaris dengan ibu sendiri, cuma kadang-kadang yang menjadi sulit dan sukar untuk menganggapnya sedemikian adalah disebabkan penerimaannya terhadap diri kita sebagai menantu dia.
Penghormatan terhadap ibu mertua sama seperti penghormatan kita kepada ibu sendiri kerana dia juga seorang ibu.
Apa Yang Mentua Perlu Ubah
Kemudian untuk mertua, kalau nak menantu anggap anda seperti ibunya sendiri, maka anda perlu menyayangi menantu sebagaimana anda menyayangi anak sendiri. Anda terlebih dahulu perlu menganggapnya sebagai seorang anak, sebelum dia menganggap anda sebagai seorang ibu.
Anda perlu menghargai menantu anda, jangan cari kesalahan dia. Jangan memperbandingkan dia dengan menantu-menantu yang lain. Anda perlu memberikan ruang kepada anak dan menantu anda. Anda perlu menghormati keputusan anak dan menantu anda.
Kehendak dan keperluan mereka dengan anda mungkin tak sama, maka anda perlu berlapang dada dgn cara mereka. Apa yang dibuat mereka, jangan menceritakan aib menantu kepada orang luar sebab seorang mertua yang baik tak akan menceritakan keburukan menantunya kepada orang lain.
Anda juga seorang menantu, maka anda lebih tahu bagaimana cara nak menyesuaikan diri dengan mertua. Maka, bimbinglah menantu anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...