Definisi kecantikan bagi seorang wanita berbeza-beza. Ada yang menganggap bibir tebal, penuh dan besar itu dianggap cantik, seksi dan menawan. Maka tidak hairanlah, ada yang sanggup buat apa sahaja demi mendapat bentuk bibir idaman dengan walaupun berisiko dan berbahaya.
Suntikan Bibir Ke-21
Seorang wanita di Bulgaria sanggup mengenepikan risiko bakal dihadapi, semata-mata mahu dinobatkan sebagai pemilik bibir terbesar di dunia.
Andrea Emilova Ivanova, 22, yang juga penuntut bidang falsafah menjalani prosedur suntikan ke-21 pada bibirnya baru-baru ini, walaupun sudah diberi amaran oleh doktor supaya tidak melakukannya.
Daily Star melaporkan sebelum menjalani prosedur suntikan asid hyaluronik terbaru itu, Andrea sudah memiliki bibir berlipat kali ganda lebih besar daripada saiz asal.
“Doktor bimbang dan mengatakan bibir saya sudah terlalu besar sehingga ingin mengeluarkan semua asid hyaluronik supaya bibir saya lebih kecil dengan bentuk sedikit berbeza.
Ads
“Tetapi saya dengan bertegas dan menolak pandangan itu serta mengatakan saya akan terus membesarkan bibir. Saya sangat suka bibir besar,” katanya.
Amaran Doktor
Wanita yang dianggap sebagai patung Barbie hidup itu berkata, doktor memaklumkan asid hyaluronik yang tinggi di bibirnya amat merbahaya, tambahan pula suntikan dibuat begitu kerap.
“Tetapi buat masa ini saya tidak mempunyai kesan sampingan dan komplikasi kesihatan,” katanya.
Tambahan suntikan asid hyaluronik di klinik itu menyebabkan bibir Andrea menjadi terlalu besar hingga hampir menyentuh hidungnya.Namun wanita itu dengan bangga berkongsi gambar aksi ciuman besar dengan 62,100 pengikutnya di Instagram.
Ads
Andrea membayar £135 (RM720.74) untuk setiap suntikan dan ini bermakna dia sudah menghabiskan £2,835 (RM15,135.58).
Ketagih Bibir Besar
Wanita itu ketagih memiliki bibir besar dan mula mendapat suntikan pada 2018 dan seronok apabila mendapat pujian.
“Dua minggu lalu, saya melakukan suntikan ke-21 kerana ingin mengekalkan kandungan asid hyaluronik di bibir dan terus menjadikannya lebih besar.
“Asid itu akan diserap di dalam badan dalam tempoh beberapa bulan jadi saya harus terus menambahkannya secara berkala,” katanya.
MW: Macam-macam hal. Tuhan ciptakan dah cukup sempurna tak perlu nak berlebihan.Nak lawa punya pasal silap-silap, bahayakan diri dan beri kesan sampingan di kemudian hari pula nanti.
Isteri baru bersalin diuji kehilangan suami tercinta, Imam maut selepas balik dari melawat pasangan di hospital. Ujian yang sangat berat buat seorang isteri yang baru saja melahirkan anak bila mana suaminya, Nurul Kamal Zulkarnain meninggal selepas balik dari menziarahinya di hospital.
Dalam kejadian menyedihkan ini,Nurul Kamal yang bertugas sebagai Imam Masjid As Siddiq di Taman Iskandar Perdana dekat Seri Iskandar meninggal dunia selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 211.8, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Sitiawan pada Selasa.
Isteri Baru Bersalin Diuji Kehilangan Suami Tercinta
Difahamkan ketika kejadian, mangsa baru melawat isterinya, Nur Firdaus Salwa Mohd Zamrin yang baru sahaja melahirkan cahaya mata yang ketiga mereka di Hospital Seri Manjung pada Isnin.
Memetik laporan Sinar Harian, Ahli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib memaklumkan mangsa juga turut bertugas sebagai Guru Takmir di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Perak Tengah di Seri Iskandar.
Imam Maut Selepas Balik Dari Melawat Pasangan Di Hospital
“Dengan rasa penuh dukacita saya menzahirkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh keluarga Allahyarham atas pemergian beliau yang terlibat dalam kemalangan di lebuh raya WCE pada petang tadi.
“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat setempat kerana beliau dikenali sebagai insan yang berwibawa dalam memimpin serta membimbing umat Islam terutamanya melalui peranannya sebagai imam masjid.
“Jasanya dalam mendidik dan menyumbang kepada pembangunan rohani masyarakat amat dihargai dan akan dikenang selamanya,” katanya menerusi akaun Facebooknya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Serbuk kunyit antara salah satu bahan masakan yang penting di dapur.Jika selama ini mak-mak hanya beli je serbuk kunyit, apa kata kali ni cuba buat sendiri.Pasti lebih menjimatkan, tanpa pewarna tambahan dan terjamin kebersihannya.
Berikut merupakan perkongsian oleh Puan Sumaiyah Abdullah, cara hasilkan sendiri serbuk kunyit semulajadi di rumah yang boleh dijadikan panduan;
“Sharing last sebelum hari raya, saya nak share macam mana nak buat homemade serbuk kunyit dekat rumah.”
Kunyit yang terbaik untuk dituai adalah kunyit yang berusia 7-10 bulan. Kalau nak tahu kunyit dah betul-betul matang, batang dan daun kunyit start mengering. Kunyit yang telah dituai harus diproses dalam tempoh 2-3 hari.
2. Kemudian cuci bersih kunyit tadi. Saya guna berus gigi je. Buang akar sekali tau.
3. Dah cuci bersih, keringkan dan biarkan selama 1 hari. Boleh skip kalau nak cepat.
4. Kunyit tidak boleh dikeringkan begitu saja. Kunyit perlu direbus atau dikukus terlebih dahulu.
Tujuannya adalah untuk;
1. Melembutkan kunyit supaya proses pengeringan menjadi lebih cepat.
2. Menghilang kan bau tanah.
3. Mencantik kan warna.
4. Membunuh kuman atau bakteria bahaya dalam tanah yang melekat pada kunyit.
Tempoh merebus atau kukus paling ideal adalah selama 30-45 minit.
5. Ini rupa kunyit setelah dikukus. Jangan terlebih rebus atau kukus pulak. Warna kunyit boleh berubah.
6. Kemudian kunyit tadi dihiris nipis-nipis. Siap untuk dikeringkan.
Tips menjemur;
1. Elakkan direct cahaya matahari. Seeloknya bawah pokok atau bawah bumbung rumah.
2. Keringkan lebih kurang 7-10 hari. Bergantung kepada cuaca. Kalau cuaca panas terik, lagi cepat kering.
7. Inilah hasilnya selepas 5 hari dikeringkan.
8. Kemudian masukkan kunyit tadi ke dalam pengisar kering. Ulang mengisar beberapa kali sehingga tekstur serbuk kunyit betul-betul halus.
9. Inilah hasilnya. Cantik gitu. Hahaha, masuk angkut bakul sendiri.
10. Cari botol cantik-cantik, kemudian refill. Done, sedia untuk memasak. Selamat mencuba.
Mudah je kan, jadi selepas ni mak-mak bolehlah buat serbuk kunyit sendiri, tak perlu beli lagi dah malah terjamin kebersihannya.
Berita baik buat golongan mak-mak, kerajaan Pakatan Harapan komited untuk menjana suasana yang kondusif dalam negara, khususnya dari aspek kestabilan ekonomi dan pendidikan, bagi membantu menyejahterakan peranan kaum ibu mendidik dan menyediakan anak-anak mereka mengharungi kehidupan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam perutusan Hari Ibu semalam berkata tindakan itu penting bagi merealisasikan potensi mereka (anak-anak) sebagai generasi masa depan untuk negara.
“Bersempena dengan Hari Ibu tanggal 13 Mei 2018, saya merakamkan penghargaan kepada ibu-ibu di seluruh negara, hatta di seluruh dunia di atas kesungguhan serta segala pengorbanan mereka di dalam mendidik anak-anak.
“Untuk semua ibu tersayang, selamat menyambut Hari Ibu 2018,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebook dan Twitter beliau.
Sehubungan itu, Presiden PKR itu berkata Kerajaan PH menghormati dan menyanjungi tinggi semua ibu tanpa mengira bangsa dan agama selain berdoa agar masyarakat mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan keluarga di bawah kepimpinan kerajaan baharu.
Pelantikan Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Perdana Menteri, sebaik parti itu diisytiharkan menang dalam PRU14.
Semoga nasib golongan mak-mak mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan yang baru terbentuk ini.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...