Mingguan Wanita Talkhow tengahari tadi telah memperdebatkan isu panas yang bertajuk Pedofilia. Bersama tetamu jemputan, Kamal Affandi Hasyim, Penganalisis Jenayah dan Melissa Mohd Akhir, Ketua Pembangunan Kapasiti Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) banyak tips yang dikongsikan mengenai isu ini. Malah selebriti popular, Tomok juga yang dihubungi turut memberikan pandangannya.
“Saya sangat selektif untuk berkongsi gambar anak-anak di Instagram. Macam saya sendiri akan pilih apa yang kita akan letak. Saya kena faham bukan semua benda boleh share di laman sosial. Contohnya gambar-gambar anak baru lepas mandi memang saya tak akan letak. Saya memang berhati-hati. Sebabnya dua tahun lepas ada isu di mana gambar anak saya diletakkan di web site kanak-kanak yang tidak bertanggungjawab. Selepas kejadian itu saya sangat berhati-hati dengan apa yang saya muat naik di Instagram,” ungkap Tomok.
Jadi kepada anda yang tidak sempat menonton MWTalkshow tengahari tadi bolehlah saksikan ulangannya pada jam 5 petang ini. Malah tetamu-tetamu jemputan juga banyak berkongsi tips berguna untuk selamatkan anak-anak anda dari jadi mangsa Pedofilia (Predator).
Jangan Lupa Saksikan Ulangan Program MW TALKSHOW jam 5 petang ini di Astro Prima 105 & Prima HD 121
#MingguanWanita
#MingguanWanitaTV
#MingguanWanitaTalkShow
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121