Sampai Masanya Nanti, Mak Ayah Tinggal Sendiri! Semua Yang Anak Buat Hanya Tinggal Kenangan

Share

Sampai masanya nanti, mak ayah akan tinggal sendiri! Semua yang anak buat hari ini hanya akan tinggal kenangan di ingatan. Memang perit bila mak, ayah semakin menua kemudian anak-anak jauh di mata.

Oleh itu, selagi anak-anak perlukan mak ayah, lakukan yang terbaik buat mereka. Walaupun lelah dabn penat melayan karenah anak-anak, hargailah setiap saat yang ada.

Sesungguhnya suatu hari nanti, kenangan-kenangan yang dicipta hari ini akan subur dalam ingatan.

Sampai Masanya Nanti

Kongsi Ustaz Firdaus Mokthar, hari inilah anak-anak hendak panjat badan kita pun. Sesugguhnya, hari ini lah anak-anak nak minta kita buatkan susu. Dan hari ini lah anak-anak nak minta kita masakkan nasi dan suapkan makan.

Hari ini lah anak-anak nak seronok menari-nari tengok kita balik kerja. Juga hari ini lah anak-anak nak berlari ke pintu bila kita sampai ke rumah. Hari ini lah anak-anak nak kita main kejar-kejar dengan dia.

Malah, hari ini juga mereka akan percaya semua kata-kata kita tanpa sikit pun ragu. Hari inilah mereka nak bertanya soalan yang tak putus, itu dan ini, biar pun soalan berulang-ulang kali.

Mak Ayah Tinggal Sendiri!

Iya, semuanya hari ini. Saat mereka masih lagi kecil dan meletak sepenuhnya kehidupan dengan kita.

Sampai masanya nanti, kita tinggal sendiri. Semua yang anak-anak buat hari ini cuma tinggal kenangan.

Suara, ketawa, pergerakan, menangis, berkejar-kejar dan segalanya tentang mereka hanya bermain di ingatan kita.

Semua Yang Anak Buat Hanya Tinggal Kenangan

Kawan-kawan,

Hiduplah kita dengan kehidupan hari ini. Cari bahagia yang kita ada saat ini. Selagi boleh bermain dengan anak-anak, mainlah. Luangkan masa bermain bersama anak-anak, belikan apa yang anak suka seperti Upin Ipin (Hand Puppet Ehsan)

. Mesti anak-anak teruja bila mak ayah layani anak-anak bercerita dengan Upin Ipin (Hand Puppet Ehsan).

Diajak berlari dan berlumba, buatlah. Diminta dimanja sekejap, layanlah. Anak-anak minta dimandikan, buatlah. Entah sampai bila kita punya peluang nak buat semua tu.

Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Selagi ada.

Baca Juga Di Sini:

Mak Ayah Jangan Risau Anak Lambat Pandai, Asalkan Minat Belajar, Teranglah Hatinya!

Ashira Mama Sporting! Baiknya Hati Teman Anak Lelaki Bertemu Kawan Perempuan “Yang Penting Depan Mata”

Dr Say Menangis Anak Sulung Disahkan Autism “Kenapa Kena Dekat Ace? Dia Bijak, Ceria & Comel. Kenapa Dia?” 

Bila Anak Lebih 2 Orang, Mak Tiada Lagi ‘Hidup Selesa’ Sebab Anak Keutamaan

Mingguan Wanita: Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada setiap mak, ayah. Hargailah dan sayangilah mereka selagi mereka memerlukan mak, ayah.

Sumber : Ustaz Firdaus Mokhtar

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:

Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 019632875

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat