‘Sampai Hari Ini Suami Tak Dapat Jumpa Baby’ Diuji Melahirkan Anak Keenam Sendirian

Share

Sebelum ini Mingguan Wanita pernah kongsikan kisah Puan Nur Nina yang bakal melahirkan anak keenam sendirian. Terkini, ibu ini sudah pun selamat melahirkan bayi lelakinya yang bongsu pada 15 Januari 2021.

Dan sampai hari ini suaminya yang bekerja di Sarawak masih belum dapat pulang ke Semenanjung untuk melihat anak kecilnya itu. “Memandangkan masih di seberang laut, hari-hari cuma video call saja.”

Kongsinya dalam entri terbaru nya di grup Kami Suri Rumah.

PJJ Dengan Suami, Melahirkan Anak Keenam Sendirian

“Assalammualaikum, hari suri-suri semua.
Ingat lagi tak kisah saya yang PJJ dengan suami tengah tunggu hari nak bersalin anak no. 6?”

Klik sini untuk baca kisah sebelumnya : Kerana PKP suami di Sarawak, tabahnya ibu bakal melahirkan anak keenam sendirian.

Kisah saya viral kat Mingguan Wanita online dan Metro online. Terkejut juga saya pun. Share saja suka-suka ja untuk momen indah dengan anak-anak.

Tak dak niat minta simpati apa pun.
Berkat doa semua, saya selamat melahirkan baby no. 6 pada 15 Jan 2021.
Patut due 4 Februari.. its boy.

Dugaan Bersalin Secara Pembedahan

Ibu anak enam ini juga maklumkan kelahiran kali ini dia diuji melalui proses bersalin secara pembedahan. Memandangkan ramai yang memintanya untuk berkongsi gambar bayinya. Akhirnya, selepas anak masuk dua bulan lebih, ibu ini lakukan photoshoot depan rumahnya.

Dugaan bersalin kali ini.. emergency czer
Alhamdulillah.
Saya dan baby semua selamat
Ramai yang minta saya share gambar lepas bersalin.
Terima kasih semua yang bagi kata-kata semangat dan doakan saya serta anak-anak saya.

Semalam saya shoot gambar dengan anak-anak.
Baby dah 2 bulan lebih.
Sampai hari ni suami tak dapat balik tengok lagi baby.
Memandangkan masih di seberang laut.
Hari-hari cuma video call saja.

Doakaan saya kuat, tabah dalam membesarkan anak-anak.
Yg PJJ macam saya. Saya doakan hampa semua kuat dan tabah. Hati dan mental kena kuat tau.
Jadi ibu yang hebat buat anak-anak.

Saya lah mak, saya lah ayah pada anak-anak.

#ibuhebat
Mom to six kids

Ibu Hebat Anak 6 Persis Anak Dara

Maklumnya sebelum ini banyak urusan kerja rumahnya dibantu oleh anak sulung lelakinya dan anak perempuan kedua yang masing-masing berusia 13 dan 11 tahun.

Nanti anak-anak inilah yang menjaga adik-adik yang lain. Merekalah bantu uruskan melipat baju, membasuh dan mengemas rumah.

Malah, rata-rata yang melihat perkongsian ibu ini berasa kagum dengan cara ibu ini menjaga badan. Biarpun sudah melahirkan anak keenam, persis tak ubah seperti anak dara.

MW : Sememangnya isteri yang PJJ ini kental jiwa, raga.

Sumber/Foto : Nur Nina

Published by
Netty Ah Hiyer