Sampai Hari Ini Erra Fazira Masih ‘Pegang’ Resepi Masakan Abang Zaibo

Share

Khamis tengahari ini, Malaysia dikejutkan dengan berita pilu pemergian pelakon sepanjang zaman, Zainal Ariffin Abd. Hamid atau lebih dikenali dengan panggilan Zaibo.

Rasa sayu kehilangan itu turut dirasai oleh pelakon terkenal Erra Fazira. Pada usia 62 tahun, allahyarham Zaibo menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 1.30 tengahari.

Beliau menderita kanser esofagos. Kanser yang dihidapinya itu langsung tidak disedari telah pun sampai ke tahap empat, sehinggalah Ramadan lalu beliau tak boleh menelan makanan.

Rasa hati Erra atau nama sebenarnya Fazira Binti Wan Chek dicatatkan dalam instagramnya. Sungguh bagi Erra, Abang Zaibo adalah insan yang baik hati malah mereka pernah menunaikan umrah bersama.

 

Sayu Hati Ini Kehilangan Abang Zaibo Yang Baik Hati

Innalillahiwainnailaihirojiun..

Abang Zaibo kini telah tiada, dia telah kembali kepadaNya. Sesungguhnya mati itu pasti.. dunia hanya sementara.”

Abang Zaibo yang saya kenali, sangat baik orangnya.. seorang abang dan ayah yang tak lokek ilmu dan selalu memberi nasihat. Kami pernah berlakon bersama.. pergi menunaikan umrah bersama.”

Rupanya, Erra sendiri dalam perancangan mahu melawat arwah abang Zaibo. Namun, belum sempat hasrat dicapai, Allah lebih sayangkan Abang Zaibo.

Baru rancang dengan kak Intan untuk ziarah abang Zaibo besok.. tapi Allah lebih dahulu menjemput abang Zaibo.”

Ya Allah.. sayu hati ini kehilangan insan yang sangat baik hati ini. Meskipun sudah lama tidak ketemu, keramahannya, kebaikkan sentiasa melekat di hati.”

 

Erra Fazira Masih Pegang Resepi Masakan Abang Zaibo

Abang Zaibo sangat pandai masak, malah ada antara resepinya saya pegang hingga ke hari ini.”

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa abang Zaibo dan terimalah segala ibadahnya walau sekecil zarah.. moga dengan rahmatMu, Dikau letakkan dia di kalangan hambaMu yang beriman dan menjadi penghuni syurga kelak. Amiiinnnnn

.”

Moga damai dan bahagia di sana abang Zaibo.

Teman-teman, mari kita sama-sama sedekahkan AlFatihah buat arwah Zainal Ariffin Abdul Hamid (Zaibo) moga Allah tempatkan beliau bersama hamba-hamba yang soleh.. amiiin.

AL FATIHAH.

Sumber/Foto : Erra Fazira

Published by
Netty Ah Hiyer