Sesungguhnya sampai bila seorang isteri harus bertahan dalam rumah tangga yang tak bahagia? Sebaiknya, jika ada perubahan pada rutin harian dan juga emosi, mak-mak bertindaklah.
Bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri malahan untuk anak-anak jua. Sudah pasti anak-anak akan merasa tempias jika hubungan mak dan ayahnya tidak berjalan lancar. Ikuti perkongsian
Nur Farhana Rizal dan ketahui sampai bila Seorang isteri dan ibu harus bertahan:
Saya terima banyak soalan daripada para isteri,
“Sampai bila saya hendak bertahan ini puan?”
Ok. Untuk soalan ini, saya kongsikan begini.
Sampai Bila Harus Bertahan
Pertama, lihat diri kita. Jika yang berlaku pada kita adalah kekasaran fizikal yang bukan sekali, malah berkali-kali, bertindaklah puan.
Buat laporan polis, pergi hospital untuk dapatkan rawatan, dan terus ke mahkamah rendah syariah atau pejabat agama untuk kita dapatkan bantuan dan khidmat nasihat.
Tak guna bertahan, bila kekasaran fizikal ni bukan lagi sesuatu yang tidak sengaja, tapi memang badan kita ni jadi bahan untuk dilepaskan amarah.
Anak-anak pun, saya berani jamin, takkan membesar dalam keadaan kesihatan mental yang baik. Bertindaklah puan.
Baca Juga Di sini:
Untuk info lebih menarik, klik saja
di sini. Bertindaklah Bila Ada Perubahan
Keduanya, bila mana, kecederaan emosi puan-puan, telah menyebabkan puan mempunyai perbuatan atau percubaan mencederakan diri puan juga anak-anak puan, sama ada secara fizikal atau secara penderaan emosi.
Contoh, puan pukul diri puan, puan pukul anak-anak, puan memarahi anak-anak sehingga di luar kawalan, puan tidak lagi boleh rasional bila dalam keadaan emosi terganggu, bertindaklah puan.
Pergi ke klinik kesihatan terdekat, beritahu masalah dan tingakah laku yang telah puan lakukan, pegawai perubatan akan membuat surat rujukan kepada kaunselor di hospital.
Semasa sesi, kita bantu puan, dan kita cuba juga memanggil suami juga ahli keluarga untuk sama-sama hadiri sesi kaunseling untuk perbaiki hubungan. Supaya sama-sama boleh bertindak.
Dan mungkin juga, puan akan mendapat celik akal, apa yang mesti dilakukan pada diri puan, dan rumah tangga puan. Sebab kita akan tidak rasional, bila kita tertekan.
Bertindaklah Segera Jika Ada Yang Mudarat
Jadi, di sini, apa yang utama, kita lihat diri kita. Jika terdapat perubahan pada rutin kita, pada emosi kita, pada perhubungan kita terutama dengan anak-anak, yang memudaratkan, bertindaklah.
Jadi, untuk perhubungan macam mana pula, yang puan kata, kita masih boleh bertahan? Dan tak jemu doa tu?
Semoga para wanita dan isteri kesayangan Allah semua yang membaca, akan selalu dimudahkan urusan.
MW: Jika keselamatan mak-mak dan anak-anak terancam, segeralah bertindak. Bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk anak-anak jua.