“Sampai 5 Minit Sebelum Pukul 6 Petang” Yana Samsudin Lega Sempat Mengundi. 19 November baru-baru ini, merupakan tarikh mengundi, rakyat memilih pemimpin sekaligus kerajaan yang akan dibentuk untuk tempoh penggal 5 tahun.Kesempatan dan peluang mengundi bagi menunaikan kewajipan pada negara ini pastinya meninggalkan pelbagai momen untuk dikenang.
Bagi pelakon dan pengacara Norliyana Samsudin,38 turut tidak terkecuali menunaikan kewajipan ini. Ibu kepada 2 cahayamata ini cuba sedaya upaya untuk sampai ke Pusat Mengundi di Yong Peng sebelum ia ditutup jam 6 petang, pada sabtu lalu.Ia berikutan kesesakan luarbiasa dijalanraya yang perlu ditempuhi dari Shah Alam menuju ke Yong Peng.
Yana Samsudin kongsikan momen tersebut di Instagramnya baru-baru ini;
Yeayy! Sempat!
Terima kasih pada semua yang bagi semangat tadi! Fuhhh macam pelesit gak ah tadi.. 5 minit sebelum pukul 6 petang yana sampai ke Yong Peng dari Shah Alam.
Tahniah jugak korang yang mengundi hari ni menjalankan tanggungjawab kita. Best kan mengundi? Panjang umur 5 tahun lagi kita keluar mengundi lagi ya!
Sila jalan kan tugas dengan sebaik mungkin YB YB yang sudah di pilih ya
Mingguan Wanita: Alhamdulillah. Walaupun hanya satu undi, namun ia memberi makna yang besar, menunaikan kewajipan pada negara. Terbaik buat Yana Samsudin berusaha sedaya upaya untuk sampai ke tempat mengundi pada waktunya.
Malas sekolah dan hanya tidur sepanjang hari, mak ayah di Beijing, China mengambil tindakan buang anak remaja bermasalah ke pulau tidak berpenghuni.
Tindakan nekad ini rasanya jalan terakhir agar anak ini berubah laku. Mungkin juga remaja dinasihati berkali-kali secara baik namun tidak berubah, jadi ini adalah tindakan yang wajar.
Mak Ayah Buang Remaja Bermasalah Ke Pulau
Seorang remaja bermasalah di China dihukum dengan ‘dibuang’ ke sebuah pulau tidak berpenghuni.
Daily Star melaporkan, nelayan melihat seorang gadis berusia 13 tahun yang mengakui ibu bapanya meninggalkannya di pulau terpencil itu.
Ia sehingga remaja itu dapat belajar mengenai kesusahan hidup.
Remaja itu dilihat berada satu kilometer dari Bandar Rushan iaitu di pantai Shandong.
Dia hanya dibekalkan air dan biskut oleh ibu bapanya.
Menurut media China, ibu bapa gadis itu mengambil tindakan dramatik itu dalam usaha mengubah sikap remaja itu yang suka memberontak.
The Sun melaporkan ia berlaku selepas remaja itu malas bersekolah dan hanya tidur di biliknya sepanjang hari.
Menurut China Press, gadis itu dan ahli keluarganya adalah pengunjung pertama di pulau itu, selepas bertahun-tahun ia tidak berpenghuni kerana ketiadaan elektrik atau sumber air.
Selepas dua hari, dia dilaporkan menemui nelayan yang belayar melalui pulau itu, yang kemudian bertindak menghubungi polis.
Pihak Berkuasa Terpaksa Campur Tangan
Ketika polis tiba di pantai, gadis itu berlari ke arah mereka sambil menangis dan mengatakan: “Saya benar-benar tidak tahan. Mereka memaksa saya untuk bertahan di sebuah pulau yang sepi.
“Saya hanya mempunyai air dan biskut. Saya tidak dapat menyalakan api. Tolong bawa saya ke darat.”
Polis kemudian mengarahkan ibu bapanya untuk mengambil remaja berkenaan dan membawanya pulang ke Chengdu di wilayah Sichuan.
Walaupun pihak berkuasa terpaksa ‘campur tangan’, ayah gadis itu berpendapat tindakan itu sebagai satu kejayaan.
Dia mendakwa anak perempuannya kini lebih dewasa dan yakin berdepan orang ramai selepas insiden berkenaan.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang ketegasan juga perlu dalam mendidik anak-anak. Tak semua masalah boleh diselesaikan dengan cara lembut, namun berpadalah juga kerana bimbang keselamatan anak jika dibiar sendiri begitu.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Facebook dia, hak dialah. Selagi kita rasa dia sengaja hendak menunjuk bahagia, riak. Sampai bila-bila hati kita tak akan bahagia.
Begitulah jika mak-mak seringkali berfikiran negatif pada sahabat-sahabat di muka buku. Tidak dinafikan memang ada etikanya untuk kita berkongsi apa saja di media sosial, namun mak-mak sendiri perlu mengawal emosi daripada terus-terusan bersikap demikian.
Selagi Kita Rasa Dia Menunjuk, Riak Di Posting
Ikuti perkongsian Puan Farhana Fizal ini dan fahami apa yang cuba dia jelaskan:
Maaf ya kepada yang empunya tulisan pada gambar ni. Saya kongsikan sedikit pandangan peribadi saya ya.
Pada saya sebenarnya, jika kita yang ada rasa-rasa macam ini pada apa yang kawan-kawan kita post di FB (facebook) mereka, kita yang sebenarnya ‘sakit’ dalam hati.
Betul, ada etika juga yang perlu kita fahami, bila kita berkongsi. Namun, sebagai yang melihat juga, kita lebih lagi perlu memandang dengan mata kebaikan sahaja sebaiknya. Walaupun kita melihat keburukan.
Terapkan Rasa Bahagia
Ajar dan paksa diri kita, untuk sepatutnya, sentiasa bahagia dengan kesenangan kawan kita, serta sedih dan simpati pula dengan kesedihan kawan kita.
Kita gembira dengan kejayaan kawan kita dan jadilah kita kawan yang sentiasa bersangka baik dan berlapang dada dengan apa sahaja yang kawan kita kongsikan di FB mereka.
Selagi kita ada rasa, dia ni riak, die nak show off, dia ni nak tunjuk bahagia, dia nak tunjuk ada suami kaya, isteri cantik, anak comel, sampai bila-bila hati kita yang tak bahagia sebenarnya.
Ok, pendapat saya, andai kata sekali sudah ada timbul rasa macam itu, hide atau unfollow lah saja kawan itu. Sebab apa? Sebab kita sangat kena pelihara hati kita dari mazmumah sangka buruk yang boleh merosakkan jiwa dan hati kita.
Sebaiknya Doakan Kebaikan
Pada saya, walau apa pun yang kawan-kawan kita post, kita doakan, doakan, doakan. Doa yang kita panjatkan buat kawan-kawan kita, tanpa mereka tahu, insyallah Allah akan kembalikan doa-doa indah itu pada kita.
Ingatan ini lebih utama untuk diri saya, dan moga ada juga manfaat buat kalian. Kita boleh ubah. Kita kawal apa yang di dalam kawalan kita, demi menjaga kesihatan mental dan emosi kita, namun lebih utama iman dan roh kita.
Moga kita pulang pada Dia nanti, membawa hati yang sejahtera, yang Allah cinta dan Rasulullah suka.
Selamat malam buat hati-hati dan jiwa-jiwa yang bahagia.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Gara-gara tak dapat tahan emosi lelaki muda ini, panas hati dan hentak cermin kereta yang dipandu wanita dengan topi keledar. Akibat tindakannya itu menyebabkan keretakan teruk pada cermin kereta.
Rakaman dashcam itu tular di media sosial, sejak semalam polis memburu lelaki itu yang digelar ‘abang botak’ oleh netizen. Kejadian yang disifatkan sebagai pembuli jalan raya ini menemui nokhtahnya apabila abang botak berjaya diberkas. Hari ini mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan.
Secara tak langsung, abang botak terpaksa menyambut lebaran dalam penjara. Sepatutnya Ramadan inilah masa untuk gandakan sabar dan menahan marah.
Ini Punca Abang Botak Hentak Cermin Kereta
Ketika ditanya punca tindakannya itu oleh Majistret, maklumnya pemandu kenderaan itu hampir melanggarnya dua kali sehingga memaksanya menghimpit semula kereta tersebut.
“Saya himpit semula sebab nak ajak berbincang. Tapi dia telah tunjuk jari kepada saya.
“Itu yang menyebabkan saya bertindak sebegitu. Saya minta maaf.”
Dalam sebak abang botak atau nama sebenarnya, Danial Abdullah Tan, 31 membuat pengakuan bersalah kerana melakukan melakukan khianat terhadap pemandu kereta Perodua Alza milik Siew Chean Boon, 58.
Kenderaan itu dipandu anak Siew Cean Boon yang berusia 22 tahun di Jalan Kasturi, Seksyen 12 Taman Bukit Serdang.
Semoga apa yang dialami ini menjadi pengajaran berguna buat pekerja stor ini. Dan sesiapa saja yang memandu di jalan raya. Belajarlah berhemah dan bersabar.
Jalan raya untuk dikongsi bersama, negara kita ada undang-undang dan jangan sesekali bertindak melulu kerana emosi. Kelak diri yang akan menanggung akibatnya.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...