Sambil Smash Raket Badminton, Sempat Juga Jatuh Cinta Pandang Pertama

Share

Pada 1 Mei kelmarin, Dato’ Lee Chong Wei meraikan hari kelahiran isterinya, Datin Wong Mew Choo bersama dua orang anak lelakinya; Kingston dan Terence. Dalam satu perkongsian di facebook beliau, bekas jaguh badminton negara berkongsi bagaimana dia jatuh cinta pandang pertama terhadap isterinya, ketika usianya 15 tahun.

Kongsi mantan jaguh badminton negara ini lagi, hatinya terpaut dengan kecantikan semulajadi yang ada pada isterinya dan juga kelincahan isterinya sebaik pertama kali memandang wanita itu di gelanggang. Setelah menjalin hubungan percintaan selama hampir 11 tahun, pasangan ini akhirnya berkahwin pada 9 November 2012.


A long long time ago, there was this budak mentah kurus kering, umur 15 tahun, naik bus from Penang to KL for badminton competition. Penuh semangat to prove his worth, trying to barge his way into the national team set up. Little he knew in his first outing, he could only enter for mix double category, not his favored single category. Nevertheless, he was so pumped up to do well.

Entering the hall to warm up, he was really focus. Eyes only on the title. Nothing else. Dlm otak nak menang jer, taktik lawan, strategi, wind draft, hall conditions, court sebelah maner lagi “Ong”, dan pesanan motivasi coach.

Hell, all those mental preparation went masok longkang when he saw a 14 years old girl wakil Selangor. Cara dia jalan masok court, stretching, warm up… So elegant, so pretty! Lemah terus lutut itu budak Penang. Nak mintak phone number but she was well protected by her sister and parents. He figured, the only way to win her attention was to win on court. In that competition, every smash, drop, dive, chop performed were to impress her and everytime he scores his eyes curi² scanned around hoping she was watching.

The budak mentah is me, the angel in court of course is my wife Mew Choo. Happy birthday my dereast wife, my definition of perfection. I’m just so blessed to know you and be with you every since. To many birthdays to come. Thanks for everything.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga mereka berdua

Setelah menabur bakti mengharumkan nama Malaysia dalam sukan badminton, Dato’ Lee Chong Wei akhirnya menamatkan karier sukannya dengan membuat pengumuman rasmi mengundurkan diri pada tahun lalu. Atas faktor usia dan kesihatan, pengunduran beliau dilihat memberi lebih masa untuk dirinya menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.

Dalam satu laporan, Chong Wei juga menegaskan dia tidak akan mendesak anak-anaknya mengikut jejak langkahnya dalam bidang sukan badminton. Sebaliknya beliau mahu anak-anaknya membuat pilihan sendiri.

MW yang mengikuti perkembangan terkini beliau di facebook teruja dengan tiap posting yang dimuat naik di facebooknya. Ada sahaja isu menarik yang disampaikan secara santai dan mencuit hati. Walaupun telah menggantung raket, figura istimewa ini sentiasa mendapat sokongan baik dari peminat sukan tanah air mahupun negara jiran seperti Indonesia. Walaupun lewat dua hari, MW juga ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Datin Wong Mew Choo, semoga berbahagia disamping keluarga.

Sumber : Dato’ Lee Chong Wei

Published by
Mastura Burhanuddin