Sambal Udang Terkejut Petai Mengancam! Idea menu berbuka puasa hari ketiga mak-mak jangan fikir lama sangat nanti buntu jadinya. Apa kata jamulah keluarga dengan Sambal Udang Terkejut Petai Mengancam! Makan sekali pasti nak tambah lagi.
Video khas ‘Mak Empal Buka Apa Hari Ini? Khas buat pelayar Mingguan Wanita sediakan resipi Sambal Udang Terkejut Petai Mengancam. Rasa mengancam sambal ni memang tak boleh tolak lagi-lagi dihidangkan dengan nasi panas. Waktu berbuka anda dan keluarga memang tak boleh dilupakan.




Air tangan mak-mak ni memang nostalgia tau. Campaklah apa saja dalam kuali akan menjadi ingatan anak-anak sampai mereka dewasa kelak. Jomlah masak menu kegemaran ramai ini.
Bahan- Bahan :
10 ekor udang
15 tangkai cili kering – dikisar
2 ulas bawang merah – dikisar
Sedikit belacan
Petai
Sos cili
2 ulas bawang merah – dipotong gegelung
Cara Memasak :
- Goreng dahulu udang bila dah kekuningan tos minyak dan angkat.
- Kisarkan cili kering bersama bawang merah dan sedikit belacan
- Bahan yang telah dikisar kemudian ditumiskan, nak jimat pakailah minyak gorengan udang tadi.
- Bila dah garing masukkan sos cili, petai dan udang serta bawang yang dipotong gegelung.
- Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
- Tunggu hingga masakan garing kacau dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.


Menarik Disini : Asam Pedas Ikan Kembung, Kuah Pekat, Cukup Rasa, Nah Ini Resipinya
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.