Sambal Udang Terkejut Petai Mengancam! Idea menu berbuka puasa hari ketiga mak-mak jangan fikir lama sangat nanti buntu jadinya. Apa kata jamulah keluarga dengan Sambal Udang Terkejut Petai Mengancam! Makan sekali pasti nak tambah lagi.
Video khas ‘Mak Empal Buka Apa Hari Ini? Khas buat pelayar Mingguan Wanita sediakan resipi Sambal Udang Terkejut Petai Mengancam. Rasa mengancam sambal ni memang tak boleh tolak lagi-lagi dihidangkan dengan nasi panas. Waktu berbuka anda dan keluarga memang tak boleh dilupakan.
Air tangan mak-mak ni memang nostalgia tau. Campaklah apa saja dalam kuali akan menjadi ingatan anak-anak sampai mereka dewasa kelak. Jomlah masak menu kegemaran ramai ini.
Bahan- Bahan :
10 ekor udang
15 tangkai cili kering – dikisar
Ads
2 ulas bawang merah – dikisar
Sedikit belacan
Petai
Sos cili
Ads
2 ulas bawang merah – dipotong gegelung
Cara Memasak :
Goreng dahulu udang bila dah kekuningan tos minyak dan angkat.
Kisarkan cili kering bersama bawang merah dan sedikit belacan
Bahan yang telah dikisar kemudian ditumiskan, nak jimat pakailah minyak gorengan udang tadi.
Bila dah garing masukkan sos cili, petai dan udang serta bawang yang dipotong gegelung.
Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
Tunggu hingga masakan garing kacau dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Ads
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Aril sebak isteri mengandung anak kedua, 8 tahun menanti selain diuji masalah fibroid. Bagi pasangan berkahwin, anak adalah anugerah terindah dalam hidup mereka. Bagi yang masih menanti, ia bagaikan penantian penuh harapan.
Manakala bagi yang baru mempunyai seorang anak, pasti mengharapkan agar anak sulung ada berkawan dengan kehadiran anak kedua. Satu perkongsian dari pelakon, penyanyi dan pengacara, Aril Pilus di instagramnya, membuatkan ramai sebak. Bukan hanya dirinya tapi anak sulungnya, Tun Adriel Mikael yang kini berusia tujuh tahun turut gembira.
Ya sebak, selepas dirinya dikejutkan dengan kejutan dari isterinya yang kini berbadan dua dan berjaya menyembunyikannya hal itu kepadanya sebulan lamanya. Apa yang membuat selebriti ini menangis, Aril atau nama sebenarnya, Khairil Azam Pilus mereka sudah menunggu lapan tahun lamanya untuk anak kedua selain isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin mempunyai masalah fibroid.
Kongsinya, Bismillahhirrahmannirrahim, alhamdulillah doa kami Allah SWT dengar kena surprise dengna wife sambil minum kopi. Diaa rahsiakan dari saya dalam sebulan lebih, amin.. amin.. amin.. after 8 years waiting, dengan isteri saya ada masalah fibroid Allah SWT kurniakan rezeki kepada hambanya, biarlah saya tak mewah wang ringgit, tapi rezeki Allah swt kali ini cukup-cukup bermakna untuk saya dan keluarga.. amin
Semoga Allah swt permudahkan urusan saya dan keluarga, semoga anda semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT.. amin.
8 tahun Menanti Selain Diuji Masalah Fibroid
Dalam pada menerima berita gembira di sebalik isterinya mengandung enam minggu, Aril berkongsi bahawa doktor telah menasihati agar isterinya menjalani pembedahan membuang rahim selepas kelahiran.
Ini kerana fibroidnya di luar dan dalam rahim isterinya sejak enam tahun lalu.
“Kalau Allah mentakdirkan dua saja anak saya, maka saya redha dan menerimanya. Itulah saja rezeki kami,”katanya.
Dai Syed lebih manja berbanding isteri tercinta, Hana. Sentiasalah layani isteri dengan penuh romantis, persis layanan Rasullah SAW terhadap isterinya dahulu. Sweet juga pasangan dua sejoli yang masih hangat bercinta ni
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagaikan mimpi ngeri apabila Aiman Tino mengetahui 10 ahli keluarganya dijangkiti dan Positif Covid-19. Akui dirinya berasa cukup risau dan gementar apatah lagi keadaan ibunya yang mempunyai penyakit asma dan batuk berpanjangan.
Bagaikan Mimpi Ngeri, Aiman Tino Bimbang Ibu Yang Hidap Asma & Batuk
Ibu bapa Aiman bersama empat adik beradiknya iaitu Nurisfasha, 19, Mohd Haikal, 15, Nur Alya Mahsuri, 12, dan Nina Izzara, 6, kini menjalani kuarantin kendiri di kediaman mereka di Kuala Kubu Bharu.
Manakala, kakak sulungnya iaitu Nurfara Ain, 27, dan suami, Mohd Zafril, 36, serta anak mereka yang berusia sebulan di samping seorang lagi adik Aiman, Nur Qaseh Mahsuri, 10, menjalani kuarantin secara berasingan di Bukit Jelutong.
Siapalah yang tidak risau jika ibu, ayah dan ahli keluarga yang lain positif Covid-19. Aiman yang tinggal di ibu kota berasingan dengan keluarganya yang berada di Kuala Kubu Bharu gementar dengan keadaan ibunya, Hazelina Mat Jalil juga mempunyai penyakit asma dan batuk berpanjangan.
“Setakat ini saya hanya membuat panggilan video untuk mengetahui keadaan diri masing masing. Saya juga tak lepas meniup semangat untuk mereka kuat melawan ujian hebat ini. Mereka kena kuat.
“Bapa saya antara yang akan memaklumkan perkembangan keluarga saya di sana. Keadaan bapa dan yang lain nampaknya makin okey. Tapi yang paling membimbangkan saya ialah melihat keadaan ibu.
“Memang kena beri tumpuan lebih kepadanya. Ibu memang ada asma, malah kerap batuk. Bapa ada cakap mungkin juga ibu ada kuman dalam paru paru. Kalau semakin teruk, bapa tak teragak agak untuk membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya seperti mana dipetik menerusi Berita Harian.
Akui Aiman walaupun keluarganya menjaga SOP namun tidak pasti dari mana mereka dijangkiti.
“Perkara yang selama ini saya minta dijauhi, akhirnya datang juga menyerang keluarga. Saya reda. Hingga kini memang tak tahu di mana puncanya. Sebab mereka semua cuba menjaga diri dan prosedur operasi standard (SOP) sebaik mungkin.
“Cuma kita sendiri tahu bagaimana virus ini semakin berleluasa di luar sana. Ada yang saya baca kena wabak ini walaupun tak bergejala.
“Saya harap ujian yang dunia dan kita lalui ini akan ada penamat dan penawarnya. Saya harap semua kita lebih berhati hati dan patuh perintah kerajaan,” ujarnya.
Diam tak diam, genap setahun pemergian pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair. Sepanjang menempuh ujian rindu berpisah dengan insan tersayang, Bunga Citra Lestari ( BCL ) kekal setia menziarahi pusara arwah suaminya.
Sebagaimana kebiasaan yang dia lakukan sebelum ini, Bunga memuatnaik fotonya berdakapan dengan anak lelakinya, Noah Aidan Sinclair. Betapa rindu keduanya namun cuma dapat meluahkan perasaan rindu tanpa berbalas di tanah perkuburan San Diego Hill Memorial Park, Jakarta.
Dengan sepotong kata-kata yang begitu menyayat hati,
“Hey Daddy, sudah setahun kami pergi meninggalkan kami. Hari ini kamu khabarkan, bukan mudah bagi kami melalui hari-hari mendatang tapi kami akan cuba laluinya dengan baik. Kami baik-baik saja.
“Jangan risau tentang kami. Semoga kamu tenang di sana, kami rindukan kamu.”
Dan ramai juga yang terkesan dengan perkongsiannya itu. Ramai yang memberi kata semangat dan sokongan buat Bunga yang begitu tabah dan setia ini.
Saya Masih Berharap Cuma Mimpi Buruk – BCL
Beberapa hari sebelumnya, Bunga membuat pendedahan eksklusif di saluran YouTube miliknya. Akuinya, kehilangan suami secara tiba-tiba benar-benar memberi tamparan hebat buat dirinya.
“Saat dia pergi, saya sudah dapat menerima yang suami saya sudah tiada. Tetapi entah kenapa saya masih berharap saya cuma bermimpi buruk.
Bertahun saya menjadi pelakon, saya sudah biasa menyerap emosi kehilangan seperti yang dikehendaki pengarah. Nyata ia tidak mempu membuat saya bersedia menghadapi kehilangan yang sebenar.
Selama beberapa hari selepas Ashraf pergi, saya asyik menampar diri sendiri. Bangunlah! kenapa saya masih tidak bangun dari mimpi.”
Akui BCL lagi, suaminya itu adalah orang pertama yang paling dekat dalam hidupnya yang pergi meninggalkannya.
“Saya cakap, Tuhan.. aku redha dan aku ikhlas. Tidak ada momen di mana saya histeria dan tidak dapat terima pemergiannya.
Saya redha, cuma kejutan itu terlalu besar.” kongsinya dalam siri #BCLMelangkahLagi, berjudul Love Story #2 – Hari-hari Terakhir Ashraf.
Selama 12 tahun menjadi isteri Ashraf dan bila mana dirinya diuji kehilangan ini yang Bunga rasakan.
“Saya tidak marah dengan takdir Tuhan. Cuma saya berada dalam situasi ‘tidak tahu’. Selama saya hidup, saya diajar untuk menerima apa sahaja situasi. Apa pun yang terjadi, acceptance, atau penerimaan itu penting, baru boleh ke peringkat seterusnya.
“Saya bertanya kerana saya memikirkan apa yang akan jadi, terutama dalam hidup saya dan anak, Noah. Saya masih ada bapa, bapa Ashraf juga masih ada.
“Tetapi Noah, anak saya, sudah kehilangan bapanya. Di mana lagi saya boleh cari figure yang begitu untuk Noah.”
Kembali hidup sendiri, menjadikan Bunga mula mencari apa sebenarnya yang dimahukan dalam hidupnya.
“Saya seorang yang teratur. Saya ada aturan dalam hidup saya, ada masa untuk keluarga dan ada masa untuk kerja. Bukanlah saya menyesal kerana memberi tumpuan kepada kerjaya. Tetapi hari ini bila difikirkan kembali, saya tertanya, untuk apa saya ‘berlari’ selama ini? Apa yang saya kejar?
“Kalaulah saya tahu masa saya dengan dia hanya 12 tahun, mungkin keutamaan saya juga berubah. Mungkin saya tidak ‘berlari’ begitu, dalam keadaan saya sendiri tidak tahu apa yang saya kejar.”
Ashraf meninggal dunia pada usia 41 tahun akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020, di kediaman pasangan itu di Jakarta.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...