Sambal Tempe Basah, Makan Dengan Nasi Panas, Ratah Pun Sedap

Share

Sambal tempe menjadi kegemaran ramai sebagai penambah selera. Jika anda suka melancong ke luar negara, sambal tempe selalunya sering dibawa bersama untuk dinikmati bersama nasi putih.

Ada bermacam versi sambal tempe. Ada sambal tempe kering dan juga basah. Jika anda gemarkan sambal tempe jenis basah, bolehlah cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini.

Paling istimewa sambal tempe yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini versi basah dan bilisnya pun rangup. Boleh buat stok simpan dalam bekas kedap udara. Senang bila teringin nak makan.

Sambal Tempe Basah, Makan Dengan Nasi Panas

RESIPI SAMBAL TEMPE BASAH

BAHAN-BAHAN:

4 paket tempe – hiris nipis & goreng garing

4 biji ubi kentang – potong nipis & goreng
2 genggam ikan bilis – goreng garing
2 ½ sudu makan gula
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam gelugur
1/2 cawan air – sebaiknya guna air panas
Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR HALUS:

25 tangkai cili kering
1 biji bawang besar – jika saiz kecil, tambahkan 1 biji lagi
5 ulas bawang putih
1 cawan minyak masak

Ratah Pun Sedap

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar.

2. Tambahkan gula, garam, bahan perasa dan asam gelugur. Masak lagi hingga pecah minyak dan sambal garing.

3. Tambahkan air. Biarkan sambal mendidih dan menjadi pekat.

4. Masukkan tempe dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.

5. Seterusnya masukkan ikan bilis yang digoreng garing. Gaul lagi hingga semua bahan sekata.

 

6. Siap dan sedia untuk dinikmati. Jika suka, boleh buang lebihan minyak dalam kuali.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

Baca artikel lain di sini: Resipi Sambal Tempe Rangup Versi Petai, Dah Sejuk Pun Masih ‘Crunchy’!

Resipi Sambal Tempe Rangup Versi Petai, Dah Sejuk Pun Masih ‘Crunchy’!

SAMBAL Tempe, Bilis, Kacang Ratah Depan TV Tak Perasan Habis Sebekas!

 

Published by
Has